35

6 0 0
                                    

Kavin masih berfikir panjang sejak perjumpaannya dengan Aria beberapa hari lepas. Dia merasakan ada yang tak kena dan ada benda yang tertinggal.

Tapi apa ya?

"Tak boleh jadi ni.", kata Kavin pada dirinya sendiri.

Dia pun mengambil telefon dan dompet bersama kunci kereta.

Hanya dia sorang saja yang berada dirumah. Tak ada lah tambah lagi serabut kalau ada orang tanya.

Kereta Audi milik Ariel menjadi pilihannya. Selepas saja dia menghidupkan enjin kereta, dia terus meluncur pergi.

Pergi mana?

Rumah Aria.

     Tiba saja dihadapan rumah Aria, Kavin memandang rumah itu dengan fikiran kosong. Tetapi, walaupun fikirannya kosong, hatinya bertanyakan pelbagai soalan.

Selepas beberapa minit, Encik Arham keluar dari rumah itu. Dia menaiki kereta miliknya dan terus meluncur pergi entah ke mana.

Dan, Kavin merasakan waktu itu adalah waktu yang sesuai untuknya bertemu dengan Puan Rania.

Kemudian, tanpa berfikir panjang dia terus membuka tali pinggang keledar dan keluar dari kereta. Tak lupa juga buah tangan yang sempat dia beli tadi.

Tokk! Tokk!

Dua kali ketukan diketuk pada pintu.

Beberapa saat kemudian, Pintu itu dibuka dari dalam. Muncullah Puan Rania bersama kerusi roda yang dinaik olehnya.

     "Ya? Cari siapa ya?", kata Puan Rania apabila dia melihat Kavin tercegat dihadapannya.

     "Erm... saya kawan Aria. Dia ada tak?", balas Kavin dengan lemah lembut.

     "Oh, Aria tak ada. Dia tengah kerja sekarang ni. Awak masuklah dulu. Cakap kat dalam kalau awak nak apa-apa. Kat luar ni panas." pelawa Puan Rania.

Kavin menyimpulkan senyuman. Lalu, dia pun masuk ke dalam rumah itu dengan buah tangan dibawa.

     "Makcik, saya ada bawa cenderahati. Untuk Aria sebenarnya. Makcik kata dia tak ada, jadi saya bagi makcik lah.", kata Kavin dengan sopan bahasanya.

Serius lah aku cakap macam ni? Haha.

"Susah-susah je awak bawa semua ni. Nama awak Kavin kan? Ada datang sekali makan malam kat sini haritu.", kata Puan Rania dengan mengingat kisah malam itu.

"Haah, ya saya. Saya la tu.",

"Saya nak tanya makcik satu soalan boleh tak?", tanya Kavin. Ekspresi wajahnya diubah serius sedikit.

"Boleh. Apa dia tu?",

"Makcik sakit apa?",tanya Kavin.

Pun Rania terdiam. Wajahnya nampak sedikit tersentak dan kesedihan mula muncul.

"Maaf kalau saya menyibuk.", celah Kavin untuk memotong kesedihan di muka Puan Rania itu.

Kavin mula duduk di atas sofa itu selepas Puan Rania terhenti disebelah meja kopi yang terletak ditengah ruang tamu itu.

"Bukan makcik tak nak bagitahu, tapi makcik ada trauma pasal kejadian ni.", kata Puan Rania sambil menyeka air matanya yang sudah membasahi pipi.

Kavin tetap dengan pendiriannya. Dan juga tetap mahu lengkapkan segala yang penuh tanda tanya walau apa pun yang jadi.

     "Kalau awak ingat layanan makcik dekat Aria, awak akan faham apa yang makcik cuba nak ceritakan semua ni.", sambung Puan Rania selepas dia menenangkan dirinya.

Coincidence Where stories live. Discover now