"Habis tu si budak Arris tu macam mana?", tanya Ariel kepada Adiel yang sedang menghirup air kopinya di meja makan.
"Biar lah dia kat sana. Bosan nanti dia balik lah tu.", jawab Adiel bersahaja.
"Dia kalau bosan tak adanya nak balik. Paling teruk pun dia berpindah-randah dari negara ke negara.", kata Ariel. Dia mengambil segelas air dan duduk berhadapan Adiel.
"Aku yang penat lelah buat kerja, sedap dia je habiskan duit aku.", balas Adiel.
"Huaaaaa... Eh? Kau kat sini kak? Tak menjemput adik kesayangan ke.", celah Julian. Sempat dia menguap besar.
"Ah diamlah kau. Pergi buat sarapan untuk aku sana.", balas Ariel sambil mengarah.
"Apasal aku lak? Kau lah yang buat. Kau kan perempuan. Patut lah tak ada orang yang nak.", kata Julian.
"Tak apa. Aku tak kesah. Dari kau tu bodoh. Perempuan mana lah yang sanggup hadap kau. Penakut pun ada.", Ariel menghirup airnya.
"Hab-",
"Sudah. Pagi-pagi jangan nak bertekak. Aku cabut dua-dua tekak nanti kang.", potong Adiel dengan ayat Julian yang tak sempat habis.
"Baik aku masak untuk diri aku sendiri.", kata Ariel yang dituju pada Julian.
"Sumpah aku tabik dekat orang yang kahwin dengan kau nanti.", balas Julian.
Ariel pun bangun dari duduknya. Barang-barang yang mahu dimasak di keluar kan. Sempat dia menjeling pada Julian yang sedang memerhati.
Tiba-tiba, ada satu tangan menyentuh bahu Ariel.
Ariel pun memandang ke belakang melihat gerangan yang menyentuhnya.
"Biar aku masak.", kata Kavin.
"Tch! Tahu lah pro, nak tunjuk lagak pula. Tak apa. Teruskan.", balas Ariel dengan kelebihan Kavin. Nadanya juga terselit untuk mencabar jejaka itu.
"Tengok orang lah sister!", jerit Kavin dengan bangga.
"Eleh. Dia pandai masak bukan sebab apa pun. Bonus dekat skill je.", celah Julian. Dia menggulingkan matanya keatas.
"Jealous cakap.", kata Adiel yang memerhati keadaan itu dari tadi.
"Tah. Dengki lah tu.", kata Ariel pula.
Julian tidak membalas. Dia pun menjeling kepada mereka dan terus beredar dari dapur. Ruang tamu dituju.
Kavin pun memulakan masakannya pada pagi itu. Adiel dan Ariel hanya diam menunggu. Membuat hal sendiri dulu sebelum makanan siap dihidang.
Enjin kereta mula kedengaran masuk ke dalam garaj.
Kemudian, muka Aidan terpapar apabila dia membuka pintu.
Dalam masa yang sama, Dean dari atas melangkah turun kebawah. Dia dan Julian melihat Aidan yang baru masuk.
"Mana?", tanya Dean kepada Aidan.
"Minum.", balas Aidan ringkas.
"Ha?! Minum!? Kenapa tak ajak?", Julian terus duduk dari baringannya selepas mengetahui kemana Aidan pergi sepanjang malam.
"Satu kerja aku pula bawak balik anjing.", sindir Aidan.
"Excuse me. Elok sikit eh.", balas Julian dengan menyilangkan kedua tangannya.
"Aidan tu kalau sorang, elok je minum berbotol-botol sampai tak mabuk. Asal dengan kau je, lain.", celah Dean. Dia sudah lali dengan keadaan.
"Aku tak nak enjoy sorang-sorang! Hahaha!", balas Julian sambil membaringkan balik badannya di sofa itu.
20 minit sudah berlalu. Makanan yang dimasak oleh Kavin sudah terhidang oleh Ariel. Mereka yang lain pun sudah duduk di meja makan.
"Rasa biasa je. Dia punya hiasan yang melebih.", kata Julian selepas menyuap sesudu di dalam mulutnya.
"Tak, sekarang ni apa yang engkau dengki sangat eh? Depan makanan pun engkau nak komen ke? Sebelum aku rodok garfu ni dalam kerongkong kau, baik diam.", kata Ariel sambil mengacu garfu ditangan. Dari tadi dia menahan geram.
"Arris tak ada je engkau buat perangai bodoh. Bodoh tu simpan sikit untuk anak cucu engkau nanti.", sambung Ariel lagi. Sangat pekat perkataan 'engkau' disebut.
Adiel, Kavin, Aidan dan Dean menahan gelak mereka. Kemarahan Ariel kepada Julian menjadi bahan lawak mereka.
"Tak malu ke kena marah dengan perempuan.", kata Kavin. Dia masih menahan gelaknya lagi.
"Betul lah aku cakap. Kau masak biasa je rasa. Tapi kau punya hiasan macam nak kahwin kan mee aku dengan mee kau.", balas Julian dengan marah.
"Makanan pun jadi isu. Lepas ni kau tak payah lah makan. Lagi senang kalau tak payah masak untuk kau.", kata Adiel. Dia pun tahan saja geram terhadap Julian itu.
"Aku... Haih...", Julian memotong ayatnya sendiri. Dia pun menghela nafas berat.
Kemudian, Aidan pun bangun dan mengambil pinggan milik Julian. Dia meletakkan di halaman luar melalui pintu dapur.
"Weh apa ni...", kata Julian pasrah dengan tindakan Aidan.
"Kau kalau nak bising pergi kat luar. Nak melalak ke apa, kat luar. Kitorang nak makan dengan tenang.", arah Aidan. Dia siap menunjukkan kawasan luar dengan tangannya.
"Tak boleh lah macam tu.", kata Julian memujuk Aidan.
"Aku ni dah dikira elok letak pinggan kau dekat meja barbeku yang kita selalu lepak tu. Pergi sekarang.", kata Aidan dengan tegas.
Julian pun memandang yang lain. Mereka juga memandang kearahnya. Dia memandang kebawah sambil melepaskan keluhannya.
Dia pun bangun dan terus keluar tanpa memandang kebelakang.
Adiel, Ariel, Dean, Kavin dan Aidan mengekor mata mereka melihat Julian. Mereka pun melepaskan gelak.
"Nanti kita masak, makanan dia khas dekat luar.", kata Ariel sambil menyuap sesudu ke dalam mulut.
YOU ARE READING
Coincidence
Action[ONGOING] Siri 1 -Coincidence Siapa sanggup menaruh harapan tinggi dekat lelaki yang rupa elok sehingga menjadi top 1 global visual. Siapa je tak nak, kan? Aku pun nak. Perempuan mana yang tak cair bila ada lelaki yang kacak, baik dan pandai laya...