"Fuck.", kata Arris sepatah.
Tanpa berfikir, dia mula membuat tendangan 360 darjah itu dengan mengejut tanpa lelaki itu bersedia.
Pistol yang lelaki itu pegang telah terlepas dari tangannya dek kerana sepakan Arris tadi.
Julian yang perasan dengan situasi dihadapannya terus bertukar serius mukanya. Benda kelakar tadi dia tolak ketepi dulu. Kejap lagi ungkit balik.
"Orang tu dah attack Julian dengan Arris.", kata Dean melalui earpiece yang bersambung dengan Adiel.
Adiel tidak membalas. Dia memandang Kavin sebelum berkata.
"Jom."
Adiel masuk menapak di ruangan yang Arris dan Julian masuk tadi. Dan... ya. Arris dan Julian sedang berlawan dengan lelaki misteri itu.
Bangg!!
Bangg!!
Adiel menembak ke arah lelaki misteri itu.
Sangkaan dia mungkin akan terkena, tetapi tidak. Lelaki misteri itu lebih fokus dengan keadaan dan lebih peka.
Adiel mencampakkan pistol milik Arris dan Julian kearahnya. Dan Arris pun tangkap dengan tangkas. Tapi tidak bagi Julian.
"Eh.", latah Julian sedikit selepas dia tak dapat tangkap pistol yang dibaling Adiel tadi.
"Adiel joget dangdut. Hahahaha!", sambungnya lagi bagi menghiburkan dirinya. Selepas itu, dia pun mula menembak ke lelaki misteri itu.
Aidan dan Firdaus yang mendengar tembakan yang bertalu-talu itu terus mereka turun dari tingkat atas.
Melihat lelaki misteri itu lincah mengelak segala peluru.
Tiba-tiba, Ariel yang entah dari mana berlari naik tangga mendapatkan Aidan dan Firdaus yang tercegat di situ.
"Aku rasa aku tau budak tu kat mana.", kata Ariel. Aidan dan Firdaus tepat memandang kearahnya.
"Kat sini ada bilik bawah tanah. Tapi pintu yang mana satu pun aku tak tahu.", luah Ariel. Dari tadi sebenarnya dia mencari pintu untuk ke bawah tanah.
"Kejap, aku bagitahu Dean.", balas Dean. Dia pun mengeluarkan telefonnya dan mendail nombor Dean yang berada di dalam van.
"Hm?", jawab Dean dihujung talian selepas Aidan mendail nombornya.
"Cuba kau scan bangunan ni. Akak kata perempuan tu ada kat bawah tanah. Tapi tak tahu yang mana.", balas Aidan.
Dean tidak membalas. Dia pun mengimbas bangunan itu menggunakan alat khas yang diperbuat daripada Ariel.
Tit! Tit! Tit!
Satu bunyi menunjukkan terdapat sesuatu yang dicari Dean.
"Ada satu pintu betul-betul bawah tangga. Dia tersorok sikit la tapi. Pandai-pandai lah kau cari.", kata Dean. Dia pun terus memutuskan panggilan.
Benda yang berbunyi tadi ialah keberadaan Aria. Dan Dean terus mencari dimana pintu keluar masuk bilik bawah tanah itu.
Aidan pun terus bergerak turun tangga dengan diikuti Ariel dan Firdaus.
Tempat itu sudah gelap, tambah pula bawah tangga itu tersorok. Lagi gelap lah jawabnya.
Aidan meraba dinding tangga itu. Apabila dia merasa seperti kayu, tangannya mencari tombol pintu pula.
Ktakk!
Pintu itu tiba-tiba terbuka sendiri. Melilau mata Aidan menilik pintu itu. Pelik.
"Pintu ni tak guna tombol. Ada suis kat sini.", kata Firdaus. Dia lah yang menekan suis itu dan membuatkan pintu terbuka sendiri.
YOU ARE READING
Coincidence
Action[ONGOING] Siri 1 -Coincidence Siapa sanggup menaruh harapan tinggi dekat lelaki yang rupa elok sehingga menjadi top 1 global visual. Siapa je tak nak, kan? Aku pun nak. Perempuan mana yang tak cair bila ada lelaki yang kacak, baik dan pandai laya...