3

10 0 0
                                    

"Tak jawab.", kata Aidan selepas dia menelefon seseorang. Adiel yang mendengar terus menutup komputernya.

"Tak apa. Dia memang susah nak jawab call orang. Balik nanti cakap dekat Arris malam ni kita meeting dekat restoran aku.", balas Adiel. Rupanya yang menelefon Arris tadi ialah Aidan. Kejadian mereka tidak diketahui lagi oleh mereka.

"Aku nak gerak dulu. Nak makan. Lapar.", kata Ariel.

"Tadi kau tak makan ke?"

"Macam mana aku nak makan, aku terus ke sini.",

Adiel tidak membantah. Dia hanya mengangguk sedikit. Ariel mencapai surat tadi dan beg tangannya lalu terus keluar. Keadaan masih sama dari tadi. Banyak mata-mata yang tertumpu pada Ariel.

Sedang elok dia memandu, tiba-tiba matanya tertumpu pada kereta BMW yang teruk tu.

"Punya gila lah accident kereta tu.", kata Ariel. Sambil dia lalu, matanya menilik kereta tersebut.

"CY 9?", bisik Ariel sendiri ketika dia membaca nombor plat kereta itu. Kening dikerut seperti cuba mengingatkan sesuatu.

"Jangan-jangan...", tanpa mengendahkan keadaan disitu, Ariel terus memecut laju kedepan. Tangannya elok menekan skrin telefon.

The person you were calling-

Terus dia matikan panggilan. Kemudian dia tekan pula nombor lain untuk dihubungi.

"Tolong check location Arris.", arah Ariel selepas panggilannya dijawab.

"Kenapa?", balas Adiel dihujung talian. Dia kemudian menuju ke arah Aidan dan Dean membuka loud speaker untuk kedengaran mereka.

"Aku tak tau. Kereta dia teruk ni kena langgar.", cerita Ariel.

"Bila kau nampak?",

"Baru je tadi."

Jari jemari Dean elok saja laju menaip papan kekunci laptop dihadapan. Segala jenis benda digodam. Telefon, kereta, jam, tapi semua memberikan tiada isyarat.

"Error.", balas Dean sepatah.

"Ariel.", panggil Adiel.

"Ha?", jawab Ariel dihujung talian.

"Dean kata error. Benda yang dia cari semua tak ada. Dari-",

You are the loser.

Tiba-tiba komputer itu mengeluarkan satu lagu yang aneh. Dengan skrin tiba-tiba bertukar glitch. Ariel yang terdengar bunyi itu terus teringatkan sesuatu. Telefonnya terus ditutup. Adiel yang fokus dengan keadaan itu terus tercengang apabila Ariel terus hilang dari talian.

Puas dia berfikir, akhirnya...

"Tunggu dua puluh empat jam.", kata Adiel.

"Ughh...", satu keluhan lemah meruangi satu bilik itu. Bilik yang gelap dan hanya diterangi sinaran matahari dari tingkap atas.

Kavin terbangun dari pengsannya. Mata cuba dibuka perlahan melihat sekeliling. Kening berkerut. Tempat itu sangat tidak pernah dilihat. Dia pandang ke sebelah kanan. Melihat Arris terbaring tidak sedarkan diri. Dan di kiri pula Julian yang baru saja sedar.

"Watch them closely."

Kavin yang dengar dengan ayat itu terus dia cepat-cepat sedarkan diri sepenuhnya.

"Julian!", jerit Kavin dalam bisikan. Julian yang masih mamai memandang ke arah Kavin.

"Hm..?", balas Julian lemah. Seperti baru sedar dari mabuk. Dia pun perlahan-lahan melihat sekeliling. Tak sampai seminit dia bangun dari duduknya dan merangkak ke besi depan.

Keadaan mereka kini diletakkan di dalam lokap polis yang terbengkalai lama. Mereka bertiga diletakkan dalam lokap bersebelahan tetapi diasingkan.

"Arris mana? Dia tak bangun lagi ke?", bisik Julian ke Kavin sambil dia kembali merangkak ke besi yang memisahkan mereka berdua.

Kavin memandang Arris. Keadaannya sama seperti tadi. Kemudian dia melangkah ke singki yang terletak tidak jauh darinya. Pili air itu dibuka. Air pun keluar. Tapi, yang keluar hanyalah air karat. Sangat coklat warna air itu. Kavin membuat muka jijik sebelum dia terpaksa kemam air itu di dalam mulut.

Julian yang melihat keadaan Kavin pun membuat muka jijik.

"Kalau aku memang tak aku nak buat."

Kavin melangkah ke besi yang memisahkan ruang dia dan Arris. Kemudian dia memancutkan air dalam mulutnya ke muka Arris. Tak sampai lima saat, Arris bangun dengan terbatuk-batuk. Sedikit air termasuk dalam hidungnya.

"Uhuk! Uhuk! Apa sial?! Uhuk!!", kata Arris.

"Shh!! Perlahan sikit suara kau!", jerit Kavin dalam berbisik.

Arris hanya memandang Kavin dengan sedikit batuknya yang tersisa. Dia pun melihat keadaan sekeliling. Matanya melilau. Sangat tidak familiar.

Pangg!!

Kedengaran rantai besi terkena dengan besi lokap. Mereka bertiga terus menoleh kearah kiri.

"Good morning, boys. How was your sleep last night?", salah seorang dari luar bersuara. Arris, Kavin dan Julian cuba mengecam, tetapi apa kan daya dengan cahaya ruang hanya terang pada tempat tertentu sahaja membuatkan lelaki itu tidak kelihatan.

" Lorcan? Is that you? Did i really got you? Wow! Hahaha!!", kata lelaki itu dengan besar. Arris yang mendengar namanya disebut, emosinya terus naik.

Arris atau nama penuhnya Arris Lorcan Emillian. Lorcan itu hanyalah nama samarannya yang sangat famous. Jadi, dia tahu la kalau orang luar panggil dengan nama samaran tu, orang tu dikehendaki. Simple.

"I don't want to talk to much. So, i'll be right back. See you soon!", kata lelaki itu sebelum dia keluar dan menghempaskan pintu.

Arris tidak berganjak. Dia hanya menahan marah dari tadi. Kemudian dia bangun dan menuju ke dinding dan terus menumbuk dinding itu.

"Argh!", dinding itu sedikit retak. Nafasnya turun naik dengan kasar.

"Tak ada guna kau marah. Kita dah kena tangkap dengan polis jadian. Buruk tempat ni. Diorang tak ada amek cleaner ke?", kata Julian dengan perasaan bertukar setiap ayat.

"Oh my god, sis. Kita tak ada jalan lain. Adakah ini kita punya peluang terakhir untuk hidup?", Arris berlakon seperti pondan. Ayat Julian tadi diajuk olehnya.

"Tak kelakar la, barua.", Julian menjeling Arris.

"Mana ada aku buat kelakar.",

"Kau ajuk aku tadi.",

"Aku ajuk kau. Tapi tak buat kelakar.",

"Pergi mati la, barua.",

"Kau la, barua.",

"Kau la.",

"Kau-",

"Sudah lah Alibaba oi. Penat aku kat tengah-tengah dengar korang bertekak.", celah Kavin. Dia yang berada di tengah pun penat dengan mereka berdua berbalas mulut.

"Heih... Apa la nasib. nak tunggu dua puluh empat jam pun tak tahu sekarang pukul berapa.", kata Arris keluh. Dia terus baring ditengah ruang itu dengan membantalkan lengannya.

Coincidence Where stories live. Discover now