33

8 0 0
                                    

Arris menyandarkan badannya pada dinding bersebelahan lif. Matanya melihat sekeliling. Pekerjanya yang baru datang itu melihat Arris seakan melihat artis pujaan mereka.

Arris buat tak endah. Dia hanya berada disitu seperti patung. Fikirannya masih ingat perbualan Kavin dan Ariel semalam.

"Ui. Kau buat apa tercegat kat sini?", tanya Kavin.

Panjang umur!

Kavin menegur Arris yang bersandar pada dinding itu bersama tangannya memegang secawan kopi. Tangan sebelah lagi dimasukkan ke dalam poket seluar.

Arris kembali berdiri dan menjongketkan sebelah keningnya sebelum berkata.

"Aku tak suka masuk campur hal orang. Tapi sekarang ni aku ada banyak benda nak tanya kau.", kata Arris. Dia memandang anak mata milik Kavin.

"Ha?", Kavin tak faham. Dahinya berkerut seribu

"Aria. Aku dengar korang cakap semalam.", jujur Arris.

Wajah Kavin berubah cuak. Apa yang dia dengar semalam?

"Tau cuak pula muka kau.", kata Arris yang nampak perubahan riak muka Kavin.

"Apa yang kau nak?", nada Kavin berubah serius. Dia cuba mengawal perasaannya.

"Rilek lah. Aku nak tanya kau beberapa soalan. Rooftop lah, apa lagi.", ajak Arris. Dia tahu tempat yang mereka berada sekarang ni tidak sesuai untuk bertanya hal sedemikian.

Tiba di rooftop, mereka berdiri berhadapan sambil tangan mereka dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Apa yang kau nak tahu?", Kavin memulakan perbicaraan.

Arris berdecit sebelum menjawab.

"Siapa Aria? Kau kata tu bukan dia.", tanya Arris. Wajahnya serius.

"Aku tak tahu. Aku pun tengah cuba nak cari jalan siapa dia sebenarnya.", jawab kavin.

"Habis tu, yang pasal mak dia tu pula? Apa cerita.", tanya Arris lagi.

"Mak dia tu, mangsa kita sebelum kita porak-peranda dengan-", Kavin memotong ayatnya sendiri.

"Sorry.", sambungnya. Dia sedar yang dia akan sebut nama yang tak disukai Arris.

Arris berdehem. Keadaan sunyi sepi seketika.

"Sambung.", Arris mengarah Kavin untuk menyambung ayatnya.

"Mak dia mangsa keadaan kita waktu kejadian terbesar tu.", Kavin menyambung ayatnya yang terpotong tadi.

Arris diam tanpa berkata. Kejadian itu sangat segar apabila diingat kembali.

Dia lah orang yang tak berhati perut. Kejadian yang sangat ngeri, suara orang meminta tolong, dia hanya diam melihat keadaan itu.

"Okey, apa kisah pasal kau dengan Ariel pula?", tanya Arris. Kalini, ekspresi wajahnya tidak memberi sebarang tanda dia tengah main.

Kavin diam dalam beberapa saat.

"Apa kisah kau pula? Kalau dengan kitorang kau dengan Julian. Tapi dekat luar, kau hilang entah mana. Asal?"

Beberapa hari lepas...

Julian ditolak sehingga tersungkur di tanah. Habis baju dan seluarnya melekat cebisan rumput. Dean yang menolak Julian hanya membuat reaksi muka bersahaja. Langsung tidak rasa bersalah.

"Arris mana?", tanya Kavin. Wajahnya sangat serius menanyakan soalan.

"Aku tak tahu!", tengking Julian. Dia segera bangun berdiri.

"Haih... tadi kata kau dengan dia. Habis tu mana dia?"

"Aku tak tahu! Sumpah aku tak tahu.", kata Julian dengan bersumpah.

Adiel yang turut berada disitu dia berdiri. Julian dihadapan dia hanya melihat.

"Kalau kau tak tahu Arris kat mana, kenapa aku call kau tadi kau kata kau dengan dia?", kata Adiel. Dia melangkah ke Julian.

Julian berdiam diri. Dia lupa yang dia menipu sekarang ni adalah orang atasannya. Dan juga orang yang berkebolehan lebih darinya.

"Hm, suspicious. Why not, kau bagitahu perkara sebenar.", celah Dean. Dia seperti dapat mengagak.

Julian hanya memandang Dean tanpa sebarang kata. Kemudian dia beralih pula pada Adiel dan Kavin. Dia menarik nafas sebelum bersuara.

"Fine. Dia kalau dekat luar, dia gerak sorang. Bila balik or dekat office je dia dengan aku. Senang cerita, kalau dengan korang je dia dengan aku.", kata Julian. Dia mula bercerita.

"Dia pergi mana?", tanya Adiel.

"Aku tak tahu.", jawab Julian sambil menggelengkan kepala.

Adiel memandang Kavin dan Dean. Mereka bertiga memandang antara satu sama lain.

"Tapi..."

Adiel, Dean dan Kavin serentak memandang Julian.

"...aku perasan yang dia akan dropped off sendiri dekat satu tempat. Lepas tu ada orang ambil dia pergi tempat lain.", sambung Julian.

Arris keluar dari kereta Alphard yang membawanya ke sebuah rumah corner lot berwarna kelabu. Pintu rumah itu dibuka dari dalam apabila dia melangkah masuk melepasi pagar.

Encik Arham berdiri dihadapannya. Satu sampul bersaiz A4 pada tangannya diberikan pada Arris. Dan sampul itu bertukar tangan.

Arris membuka sampul itu dan keluarkan beberapa surat di dalam.

"Ada lagi ke appointment dia lepas ni?", tanya Arris.

"Ada. Tapi tak menentu. Tarikh akan datang dalam 6 minggu lagi.", jawab Encik Arham.

Rupanya itu adalah rekod kesihatan Puan Rania. Arris kerap mengambil tahu keluarga itu tanpa pengetahuan yang lain. Hanya dia sorang saja yang bertindak sedemikian.

"Okey.", balas Arris dengan anggukan kepalanya.

"Masa Aria kena culik haritu, keadaan dia tak ada apa-apa serius kan?", tanya Encik Arham. Wajahnya kelihatan risau dengan anak tunggalnya.

"Hm. Dia okey. Kakak aku dah cek semua. Tak ada apa yang serius.", jawab Arris.

"Mak dia still berdendam dengan dia lagi ke?", sambung Arris dengan pertanyaan.

Encik Arham mengangguk. Kepalanya ditunduk kebawah.

"Tak apa. Biarkan. Nak halang pun tak boleh.", kata Arris. Dia pun kembali keluar untuk balik.

Benda ni kedengaran remeh. Tetapi, ada benda yang yang tersirat di sebalik mi.

"Kak...", sapa Kavin kepada Ariel yang berada di dapur.

Ariel memandang Kavin sebelum dia berkata.

"Nak apa?", tanya Ariel.

     "Aku memang sure yang tu bukan Aria.", kata Kavin. Nadanya seperti merayu mahukan sesuatu.

     "Heih... kalau tu bukan dia, habis tu siapa? Dia je anak tunggal. Nak kata kembar pun, celah mana?", balas Ariel. Dia merenjis tangannya.

Kavin terdiam tanpa kata. Ada betulnya juga apa yang dikatakan Ariel.

Dia serabutkan rambutnya sendiri.

     "Apa benda yang jadi ni!", raung Kavin. Nampak macam orang gila pun, ya.

     "Tak, yang kau serabut sangat ni kenapa? Benda kecik je pun. Tak adanya orang nak copy paste dia tu. Aku tengok dia tu sama je.", kata Ariel. Selepas dia mengelap tangannya yang basah, dia melangkah pergi.

Tinggal Kavin keseorangan di situ.

Coincidence Where stories live. Discover now