Beberapa bulan kemudian...
"Terima kasih.", kata Aria kepada pelanggan yang baru lepas beli barang kepadanya. Dia pun hanya mengekor pelanggan itu dengan mata sehinggalah pintu memisahkan.
Dia kemudian sambung kerjanya yang tertangguh tadi. Kedai LE25 yang beroperasi 24 jam itu menjadi pilihannya.
Kerana kebelakangan ini dia kerap tidur lewat, jadi dia menawarkan dirinya untuk bekerja pada waktu malam. Shift nya bermula dari pukul 8 malam hingga 4 pagi.
Atau sebab yang lain, kedai LE25 itu adalah kedai paling dekat dengan rumahnya. Jarak hanya 7 minit saja.
Tingg!
Bunyi loceng pada pintu yang menandakan ada pelanggan masuk, Aria terus bersedia di kaunter. Dia kena peka dengan keadaan kerana hanya dia sorang saja yang bertugas.
Walaupun kedengaran agak membahayakan, tetapi kamera litar tertutup sangat banyak dan berada di setiap penjuru. Tiada titik buta.
"Kira yang ni dik.", kata pelanggan itu selepas dia meletakkan semua barang yang diambil.
Kedengaran bunyi barang di scan oleh Aria memecahkan situasi yang sunyi antara mereka. Selepas itu, barang itu diletakkan ke dalam plastik.
"Semua sekali RM22.60." kata Aria.
Pelanggan itu pun menyerahkan kad kreditnya.
Dengan sekali tap, kesemua barang telah dibayar.
"Terima kasih.", Aria menyerahkan beg plastik kepada pelanggan itu.
Selepas pelanggan itu hilang dari pandangan, Aria sambung kembali kerjanya yang terbiar tadi.
Dia buat sehingga lah tamat waktu kerjanya.
"Status?", tanya Adiel kepada Dean. Matanya tidak beralih dari skrin komputernya.
"Single.", celah Kavin.
"Bukan kau.", Adiel menjeling Kavin yang berada di sofa.
"Status mana satu kau nak?", tanya Dean. Soalan Adiel tadi dibalas dengan soalan.
"Status mak kau. Status update graf untuk meeting kejap lagi la. Aiyoo.", kata Adiel.
"Oh. Yang tu kau tanya Julian. Dia kata nak buat. Sebab banyak benda meningkat. Dia nak tahu dulu la tu.", balas Dean. Tangannya laju menekan papan kekunci.
"Mana pula dia?"
Tiba-tiba pintu terbuka dari luar. Kalini pintu bilik Adiel bernasib baik kerana pintu itu tidak dibuka dengan kasar sehingga bertembung dengan dinding.
Muncullah Arris bersama sahabat sehati sejiwanya, Julian. Mereka terus di duduk di sofa.
"Panjang umur. Mana status graf yang kau buat tu?", tanya Adiel. Matanya masih tidak beralih dari skrin komputer.
"Oh benda alah tu. Aku dah siap dah. Faham pun dah. Double check pun dah. Semua dah.", jawab Julian dengan yakin.
"Dah hantar?", Adiel mengangkat kening.
"Dah. Aku hantar kat Aidan.", balas Julian dengan yakin.
Adiel memandang kearah Aidan. Mereka bertentangan mata sesaat. Kemudian, Aidan seperti faham dengan pandangan Adiel itu. Tangannya terus laju menekan papan kekunci.
"Haah. Dia dah hantar.", kata Aidan selepas mengecek emailnya tadi. Kemudian, dia pun menghantar email itu kepada Adiel untuk memeriksa kerja Julian.
YOU ARE READING
Coincidence
Action[ONGOING] Siri 1 -Coincidence Siapa sanggup menaruh harapan tinggi dekat lelaki yang rupa elok sehingga menjadi top 1 global visual. Siapa je tak nak, kan? Aku pun nak. Perempuan mana yang tak cair bila ada lelaki yang kacak, baik dan pandai laya...