14

12 1 0
                                    

     Di bilik lain, masih ada seorang lagi yang terperangkap bersama. Cuma mereka berenam tak tahu yang ada seorang lagi bersama mereka.

Aria membuka matanya. Syiling di atas dia pandang. Bibirnya mengukirkan senyuman apabila dia terasa katil itu sangat selesa. Berguling-guling dia baring. Sehingga lah dia sendiri tersedar. Terus dia duduk dari pembaringannya.

     "Eh, kat mana ni?" keliling bilik dia menilik. Sangat tak familiar. Siap dengan makanan pun ada.

Biliknya sama saja dengan yang lain. Ada makanan dan minuman, bilik luas, selesa dan lain lagi. Tapi fikiran dia satu je.

     "Saya kena culik ke?"

Ariel membuka telefonnya. Satu mesej menghantar lokasi oleh nombor yang tidak dikenali.

+33 893 472 119

📍location

meet us here. only yourself.

don't bring anyone for a backup.

also, your family and friends is
here too.

Ariel hanya baca tanpa membalas. Lokasi yang diberikan dia semak dahulu. Dia memberikan kepada orang suruhannya untuk menyemak. Dari kedudukannya sekarang, hanya 20 minit saja untuk ke sana.

Kemudian, dia mengambil beberapa barang yang tersimpan di dalam stor. Beg yang muat untuk barang tersebut dia capai dan mula susun.

Selesai menyemak, Ariel terus gerak menuju ke lokasi. Dua buah beg dia letak di dalam bonet kereta. Tanpa membuang masa, terus dia menghidupkan enjin dan meluncur pergi.

Sampai saja di lokasi tersebut, Ariel membaca nama hotel tersebut. The Glorious Hotel. Kemudian, dia mengeluarkan alat khas untuk mengimbas bangunan tersebut.

Alat tersebut dia menyambung ke laptop milik Ariel. Bukan saja bilik berlainan, tapi tingkat pun lain sekali. Ariel sudah mengesan siapa di bilik mana. Dia pun terkesan sekali dengan kehadiran Aria.

"Siapa pula perempuan ni. Ni mesti kerja Kavin ni. Dia sorang je yang rajin goda perempuan.", kata Ariel sambil mengesan kedudukan di dalam hotel.

"Nampaknya diorang dekat bar. Tingkat bawah tanah pula tu.", sambung Ariel. Dia hanya mengesan kawasan yang menunjuk bayangan manusia. Kawasan yang tiada tu dia tak usik.

Sedang leka dia mengesan, ada satu bayangan yang sangat familiar bagi dia. Ariel zoom in dekat orang tersebut. Keningnya semakin berkerut.

"What? Brad Robert Jr.?" kata Ariel. Dia sangat kenal dengan lelaki tersebut. Sedikit senyuman terukir dibibir.

"Not gonna lie. This is so easy to handle."

Tanpa melengahian masa, Ariel terus menutup laptop nya. Beg yang dia siapkan dirumah tadi diambil dan digalas. Dia pun mula masuk ke dalam bangunan itu.

Tingkat 7 dia menjejak. Itulah tingkat pertama yang dia akan keluarkan orang di dalam. Tak ingat siapa, tapi diantara mereka berenam.

Kunci yang dibiarkan diluar, Ariel ambil. Terus dia buka pintu yang berkunci itu dengan senang. Buka saja pintu...

"Adiel?", kata Ariel selepas dia membuka pintu itu.

Coincidence Where stories live. Discover now