19

13 0 0
                                    

"Okey, sekarang ni saya tanya elok-elok. Kenapa boleh jadi macam ni?", tanya polis itu kepada dua pesalah dihadapannya.

"Dia ni langgar kereta saya.", jawab Amir. Amir ialah lelaki pemilik kereta Honda Civic tadi.

"Kenapa awak langgar kereta dia?", tanya polis itu kepada Dean pula. Amir disebelah kembali berlagak. Tadi bukan main kecut telur!

Dean tidak menjawab. Tangannya menyilangkan di dada. Wajahnya tanpa sebarang reaksi.

"Kalau awak tak jawab, macam mana saya nak selesaikan masalah ni?", kata polis itu yang menunggu jawapan dari Dean.

"Susah sangat ke nak jawab. Kalau dah salah tu, mengaku je lah.", celah Amir.

Dean hanya menjeling. Nasib lah dekat sini. Kalau dekat luar memang dah tembak dah kepala tu.

"Aku tak ada sebab lah nak langgar kereta kau. Setakat Honda Civic. Tch!", cebik Dean. Sempat dia merendahkan kereta milik Amir tu.

"Berlagak kau eh. Mentang-mentang dekat balai.", kata Amir yang sudah mula meninggikan suara.

"Sudah. Jangan nak gaduh kat sini. Saya tanya tolong jawab."

"Apa yang awak buat sampai dia boleh langgar kereta awak?", sambung polis itu. Dia bertanya kepada Amir.

"Dia-",

"Nak tukar lane pun tak bagi signal. Macam mana lah dia ni boleh lepas lesen? Huh?!", kata Dean. Belum sempat lagi Amir habiskan ayatnya dah kena potong.

Amir memandang Dean dengan jelingan tajam. Dean membalas jelingan itu dengan muka tiada reaksi.

"Cuba cek Amir punya IC kalau dia ada lesen.", arah polis itu kepada rakan disebelahnya.

"Habis tu kenapa sampai awak nak tembak dia?", tanya polis itu kepada Dean pula.

Dean tidak membalas. Dia menjeling ke atas dan menggelengkan kepalanya.

"Awak boleh kena denda dan senjata awak ni...", polis itu menunjuk pistol milik Dean.

"...akan kena rampas dari kitorang. Faham? Bagus.", jawab polis itu dengan soalannya sendiri.

Dean masih dengan perangainya. Tiada langsung reaksi ditunjukkan.

"Cantik pistol ni. Apa brand dia?", tanya polis itu dengan minat senjata milik Dean.

"Colt M1911A1.", jawab Dean ringkas.

Polis itu menutup mulutnya.

"Bukan kaleng-kaleng...", kata polis itu.

"Tuan. Amir ni tak ada lesen. Kereta yang dia guna tu pun bukan dia punya.", kata rakan kepada polis itu.

"Hm... denda, penjara atau kedua-duanya?", kata polis itu kepada Amir sambil mengecilkan matanya. Sengaja dia takut-takutkan lelaki itu.

Dean yang dengar itu hanya tersenyum sinis.

"Patut pun.", kata Dean.

"Jangan macam ni tuan. Saya tak nak kena penjara. Saya pun tak ada duit nak bayar denda.", rayu Amir.

"Yang tu kau bincang kat mahkamah nanti.", kata polis itu kepada Amir.

"Motor aku tu siapa nak ganti rugi?", tanya Dean tanpa memandang Amir disebelah.

"Motor kau tu Yamaha kan? Kalau nak aku ganti baiki boleh lah.", kata Amir dengan penuh rayuan. Salah sendiri tanggung lah sendiri.

"What? Yamaha? Tch! No, bro. I use Suzuki. Suzuki Hayabusa. Can you handle that?", balas Dean tanpa simpati dengan rayuan Amir.

"Habis lah kau Mir.", bisik polis itu pada dirinya sendiri.

"Haya... busa...," kata Amir. Termenung dia. Bak kata pepatah, biar putih tulang, jangan putih mata.

Kini, otak Amir bercelaru. Berfikir masalah duit. Denda kena bayar. Ganti rugi motor kena tanggung. Bukan biasa-biasa motor tu. Tambah pula kereta yang rosak tu lagi.

"Haih... settle kan kes aku dulu lah. Ada kerja ni.", pinta Dean kepada polis itu.

Selesai saja kes yang ditimpa Dean, Dean mengemaskan dirinya. Helmet di atas meja dia ambil.

"Awak punya motor ada dekat belakang. Kalau-"

"Buang jelah.", kata Dean. Tak sempat polis itu habiskan ayatnya, Dean sudah potong.

Polis itu tercengang. Belum pernah dia jumpa orang suruh buang kenderaan sendiri. First time!

"Oh. Okey. Apa-apa nanti kitorang update. Hati-hati balik.", kata polis itu kepada Dean.

Dean hanya menundukkan sedikit kepalanya. Kemudian, dia terus keluar dari balai itu.

Telefon yang berada dalam poketnya dia keluarkan. Nombor seseorang dia dail.

Tutt... Tutt...

"Hello?", jawab Kavin yang berada dihujung talian.

"Ambil aku.", balas Dean.

"Kat mana?" tanya Kavin.

"Balai.", jawab Dean sepatah.

"What the blup blup! Apa jadi?", kata Kavin yang agak terkejut itu.

"Ah! Ambil dulu. Bye."

Dean terus letak panggilannya. Makin dilayan nanti tak balik pula dia.

Coincidence Where stories live. Discover now