Sekarang, aku berseorang. Pegun dihadapan pintu bilik wad. Tak sampai sedetik, terlintas pula sesuatu dalam otak.
"Agaknya dia dah bangun ke belum?" soalku sendiri.
Tanpa membuang banyak waktu, sikuku menolak pintu bilik wad itu perlahan.
Saat kaki baru sahaja ingin melangkah masuk, aku lihat susuk lelaki itu sedang mengeringkan rambut. Mungkin dia baru habis mandi?
Aku terkaku seketika. Telan air liur samar. Apa aku patut buat ni? Masuk aje atau skip dulu.
Lelaki itu sedar dengan kehadiranku dibalik pintu. Namun, dia tak peduli. Acuh tak acuh.
Kulihat dia sudah naik keatas katilnya. Laju aku tolak pintu itu untuk masuk. Wajahnya kelihatan dingin. Meremang bulu roma aku. Grrrrr...
Dengan langkah yang agak tempang, aku kuatkan semangat menuju ke katil. Aku naik lalu menyandarkan tubuhku dikepala katil.
Keadaan terasa canggung. Masing-masing diam. Lah iyalah, nak cakap pasal apa juga kan?
Air yang berada dimeja kecil disampingku itu aku ambil. Aku teguk beberapa kali air itu lalu diletakkan semula ditepi. Lega. Terasa kering pula tiba-tiba tekak aku.
Aku kembali diam. Dan tiba-tiba pula terlintas dibenakku tentang rancanganku semalam. Rancangan mencari kawan!
Lantas aku toleh ke samping. Kelihatan jelas lelaki itu sedang bermain telefonnya macam biasa. Ck! Tak ada komunikasi langsung.
Aku tepis dulu pemikiran negatifku kat tepi. Lalu, aku mula membuka suara.
"Errr...hai!"
Senyap. Bunyi cengkerik. Aku rasa makin canggung.
"Errr... saya dengar awak dah setahun dekat sini. Mesti awak tak ada kawankan?" Aku cuba cari perkara yang nak dijadikan cerita.
Kepalaku dilentokkan ke kanan. Masih tak kena layan.
Aku berdecak kesal. Bapak sombong mamat ni!
Tapi aku tak mengalah, aku tetap paksa diri nak berkenalan dengan dia.
"Nama awak siapa?"
Aku bertanya lagi. Mestilah nak tahu nama dia, kalau tak macamana nak kenal.
Dia masih diam. Rasa macam sapaanku hanya angin yang melintas semata-mata baginya.
"Hello? Do you hear me? Saya tanya ni nama awak siapa?"
Kedengaran memaksa eh? Maaf, aku cuma nak tahu nama dia siapa aje.
Kali ini ada sedikit tindak balas. Telefon yang dipegangnya dilepaskan.
Ini masanya. Aku soal dia semula.
"Ehem...What is your name?" ulangku.
Ingatkanlah kalau dia dah lepas telefon, dia akan layan aku. Tapi...
Krik krik krik...
Hampa!
Okey. Aku mengalah. Kalau macam ni lah perangai, sampai tahun depan pun aku takkan dapat jawapan.
Aku membaringkan tubuhku sempurna diatas katil. Kutarik selimut putih hospital itu hingga paras kepala. Senang cerita tutup semua. Malaslah nak berkenalan macam ni, sombong! Huh!
"Han"
Aku tersontak didalam selimut. Is that him? Pertama kali aku dengar suara dia.
Perlahan selimut putih itu aku turunkan paras bawah mata. Aku melirik kesamping.
YOU ARE READING
[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇
RomanceHidup seorang Erina Wardah tak segembira yang bernafas disekelilingnya. Semenjak dia disahkan menghidap penyakit kronik di zaman kanak-kanak, hidupnya mula bergantung sepenuhnya dengan ubat. Secara tak langsung, dia ditahan di hospital buat sementa...