fourty-nine

3.6K 189 24
                                    

Di awal subuh, aku terbangun daripada lelap. Mata terus luas terbuka. Niat aku bangun awal bukan sebab nak tunaikan solat. Tak boleh, maklumlah datang bulan. Tapi bukan itu jawapannya. Aku bangun awal sebab tekak tiba-tiba rasa dahaga.

Wuish, Erina. Dalam tidur pun boleh dehidrasi. Apa lah yang kau mimpi semalam sampai kering semacam rasa leher. Nak kata mimpi dikejar anjing liar tak ada juga. Mimpi aku gelap. Kosong, langsung tak ada sebentuk gambaran.

Selimut yang membungkus badanku langsung ditendang. Tak ganas, sekadar nak larikannya ke tepi sudah.

Aku bangun dari katil. Duduk sekejap ditepi birai untuk memakai hoodie kelabu milikku. Malas nak pakai tudung, pakai sahaja penutup kepala. Asal tak nampak rambut, itu sudah cukup menaikkan keyakinanku.

Langkah di atur keluar daripada bilik tidur. Setelah pintu dikuak perlahan, aku langsung beranjak ke ruang dapur. Namun, niatku untuk ke dapur langsung terpadam saat mata tak sengaja ternampak bilik tidur di sebelah yang masih terang dengan lampu. Macam mana aku tahu ada lampu? Sebab pintu tu tak ditutup rapat-rapat. Jadi serpihan cahaya dari bilik itu terbias ke luar.

Dan aku tahu, itu bilik Han. Tapi apa dia buat awal-awal pagi macam ni?

Gatal rasa kaki nak mendekat. Nasib tak garu, kalau tak nak berkudis agaknya kaki ni aku buat. Tapi nak halang apa? Erina Wardah kan degil sikit.

Semakin dekat kaki melangkah, semakin terdengar pula bunyi suara. Makin lah rasa nak melekat kat muka pintu. Tapi belum sempat telinga nak bercium dengan pintu, mataku langsung terbelalak luas. Jantung rasa nak keluar daripada badan, tapi rasa nak luluh dalam masa yang sama.

Aku pandang dua belah tapak tangan. Bergegar habis. Allahu!

Nak tahu apa aku nampak?

Han.

"Sadaqallahulazzim..."

Kitab suci Al-Quran dicium tiga kali. Kemudian diletakkan di atas meja dengan penuh berhati-hati. Songkok hitam yang diletakkan atas kepala pula perlahan-lahan ditanggalkan. Maka satu lagi rahsia terbongkar.

Han islam!

Sungguh rapuh hatiku melihatnya. Rapuh dan rasa bersalah mula menghantui diriku.

Bodoh kau Erina! Kenapa kau selalu tuduh Han bukan islam sedangkan kau tak pernah langsung bertanya. Bukan sekali kau tuduh, tapi berkali-kali. Macam manalah perasaan Han bila aku selalu cakap lepas dengan dia sebelum ni?

Aku masih termenung. Pegun tak bergerak sehinggalah aku rasa silau. Ada cahaya terang dihadapanku. Aku angkat kepala, pandang depan.

Pintu bilik dibuka luas. Seluas-luasnya sampai si pembuka itu jelas kelihatan sedang berdiri di hadapanku. Mata kami saling berlaga. Aku tatap Han. Wajahnya jelas memberitahu bahawa dia sedang terkejut. Terkejut sebab aku tiba-tiba berdiri macam orang bodoh depan bilik dia atau terkejut sebab rahsianya terang-terang dah bocor?

Sekali lagi mata coklatnya ditatap penuh kecewa. Sampai hati dia tak jujur dengan aku.

"Erina..."

"Tell me the truth. I'm all ear. Saya harap lepas ni tak ada lagi rahsia antara kita berdua, Han." Aku potong sebelum dia mula bermada bicara.

Han telan liur samar. Kemudian dia mengangguk. Aku tarik senyum. Baguslah kalau dia nak berjujur dengan aku. Tak adalah aku nak tahan malu sebab asyik tuduh dia yang bukan-bukan lagi selepas ni.





"Sejak bila?" Aku mulakan sesi soalan jawab. Awal-awal pagi dah jadi wartawan tak berjaya. Mata pun dah tak kelat lagi. Segar semacam bila nak interview Encik Han Dylen ini.

[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now