twenty-one

4.2K 233 11
                                    

Di pagi Jumaat yang penuh barakah ini, aku pergi ke hotel untuk bekerja. Seperti biasa. Hanya sedikit lambat aku masuk kerja hari ni. Ada benda yang aku nak buat.

Sebaik sahaja tiba di hadapan pintu utama hotel, aku terus bergegas masuk. Nak ke suatu tempat. Housekeeping department.

Tanganku tak kosong. Terdapat seplastik makanan yang aku bawa sejak berada dalam kereta tadi. Pagi tadi, sempat lagi aku singgah ke gerai Mak Timah sebab nak membeli makanan untuk staf hotel. Tak banyak tapi cukuplah untuk niat nak bersedekah.

Seperti selalu, Carlo akan menjadi driver setiaku. Awal pagi tak sah kalau tak ada sekujur tubuh itu sedang berdiri di hadapan pagar rumah. Puas aku tolak pelawaannya untuk ambil aku, tapi alasannya tetap sama. Arahan Encik Han katanya. Setia betul!

Sebab dia yang tumpangkan aku pagi tadi, aku minta di berhenti kat tepi jalan dimana gerai itu berada. Memujuk. Nasib Carlo tak banyak bunyi. Tak marah langsung dengan aku. Malah dia sempat puji aku baik hati. Kembang pula aku bila dapat pujian percuma. Haha!

"Selamat pagi!" sapaku sebaik sahaja berada di dalam bilik rehat staf. Makin lebar senyumku bila kebetulan nampak Alin dan Kak Tika sedang mengemas barang-barang.

Mereka menoleh serentak.

"Eh Erina! Selamat pagi juga!" balas Alin ceria. Lambai teruja dia kearahku.

Aku mengayun kakiku menghampiri mereka berdua.

"Alin dan Kak Tika dah sarapan?" Aku lentokkan kepalaku untuk menatap mereka.

"Belum lagi" kata Kak Tika sembari tersenyum.

Aku petik jari. Peluang! Plastik makanan ditangan yang berisi nasi lemak dan kuih-muih itu aku angkat. Tayang sikit.

"Baguslah tu. Saya datang ni ada bawa nasi lemak dan kuih untuk Kak Tika dan Alin. Saya beli lebih. Mana tahu staf lain nak juga."

Plastik itu aku serahkan kepada Alin. Mereka melihat isi didalamnya. Berbinar-binar mata Alin dan Kak Tika bila tengok.

"Wah betul ke ni? Thank you Erina!" peluk Alin. Gembira betul dia. Kenapa? Lapar sangat aku rasa agaknya.

Aku mengangguk. Kemudian Alin lepaskan aku dari pelukannya. Bagi aku ruang bernafas.

"Jadi yang lebihnya ni, Kak Tika dan Alin nak bagi siapa? Erina ni main beli aje tadi" kataku sambil pandang mereka berdua.

Nampak Kak Tika seperti sedang mencari sesuatu...mungkin juga seseorang?

"Kak Tika cari apa?" tanyaku. Penasaran aku dibuatnya.

"Tunggu sekejap. Kak Tika nak panggil Farhan dulu. Farhan oh Farhan!"

Aku berkerut. Pandang Alin dengan muka blur.

"Farhan?" Aku menghampiri Alin. Buat muka tak kenal siapa empunya nama itu.

"Oh...Farhan tu staf bahagian housekeeping department ni juga" jelas Alin.

Ouh. Aku angguk. Rupanya...

"Farhan!!" laung Kak Tika kuat. Mengalahkan speaker kat studio pak cik aku.

Terkejut. Sikit lagi nak bergegar seisi ruangan itu Kak Tika buat. Nasib tak runtuh siling atas. Kalau tak, kembali jumpa Maha Pencipta lah jawabnya.

Tak lama selepas laungan itu bergema, datang seorang lelaki sederhana tinggi mendekati kami. Dia tutup telinganya. Aku rasa itu kut Farhan.

"Ya ya...tak payahlah nak terjerit-jerit Kak Tika. Sakit telinga saya dengar tahu tak?" kata lelaki itu kesal. Dua tangannya naik menggosok telinga. Hampir pekak mungkin aku rasa.

[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now