thirty-three

3.8K 225 9
                                    

Aku masuk dan menutup pintu kereta dengan rapat. Memperbaiki sedikit cara duduk dan mula menghela nafas kecil.

"Puas hati encik suruh saya berlakon?" soalku.

Han yang sedang memasang tali pinggang keledar itu nampak seperti sedang tersenyum misteri. Sebelah sudut bibirnya sedikit ternaik. Tersengih.

"You are good at acting, mariposa" ucapnya.

Aku tak tahu lah, adakah itu satu bentuk pujian atau usikan. Tapi nampak macam dua dalam satu.

"Encik kenapa? Dua menjak ni saya perasan encik nampak lain. Rasa ada sesuatu yang tak kena. Encik ada benda nak share ke?" tanyaku tiba-tiba.

Han terdiam seketika. Aku nampak dia sedang telan air liur samar. Rasa macam soalan yang aku tanya dia ni tak sengaja buat dia checkmate.

"Nothing" sahut Han akhirnya.

Tapi aku masih rasa tak puas hati. Nak juga tahu alasan perilakunya yang mendadak berubah itu.

"Tipu. Encik tak macam ni selalu. Mesti ada sesuatu yang encik sembunyikan dari saya kan? Just tell me if you have a problem" ujarku lagi.

"You will know it later" itu dia kata.

Haih...letih rasanya menunggu. Dia kata nanti aku bakal tahu juga alasannya. Tapi sampai bila?

"Is they are your friends, mariposa?" soal Han sambil menukar gear. Kereta mula bergerak.

Bila dengar itu, aku hela nafas berat lagi.

"Not 'are' but 'were'" jawabku perlahan.

"Why?" Han mula bertanya.

"They betrayed me as a bestfriends" balasku. Tayang muka tak berperasaan.

Entah kenapa hati rasa sakit bila teringat kembali kenangan lama. Betapa tergamaknya diorang buat aku macam ni. Tak sangka. Seumur hidup aku tak pernah sangka diorang sanggup tikam aku dari belakang.

Mengingat kembali itu, terasa hangatnya pelupuk mataku kini. Rasa macam ada cecair panas yang mula berkumpul di mataku. Berusaha aku tahan supaya tak keluar.

Memang air mataku belum mengalir, namun isakan kecil mula kedengaran. Tak nangis tapi tersedu. Dan mendengar isakan kecilku itu berjaya buat Han sedikit tersontak.

"Are you crying?" tanya Han. Dia pandang aku sekilas sebelum tumpuannya di alihkan semula ke hadapan.

Aku cuma diam. Tak membalas pertanyaan yang berbaur simpati Han itu.

Seminit tak bergumam, aku dengar Han menghela nafas perlahan.

"Did they do something wrong with you?" soalnya. Nada bicara Han bertukar lembut. Tak ada kekerasan langsung yang aku rasakan.

Lama-lama aku tenung keluar tingkap kereta, akhirnya aku kuatkan juga diriku untuk membalas pertanyaan Han itu.

"Sakit" kataku dengan mata yang mula berkaca-kaca lagi.

Han diam. Dia masih setia mendengar luahan isi hatiku.

"Encik tahu betapa sakitnya hati seseorang itu bila sedar dirinya dikhianati oleh sahabat sendiri. Sahabat yang hampir separuh masanya di bahagikan bersama semata-mata nak mereka rasa gembira dan tak ingin ditinggal untuk selamanya. And i'm the one of them." luahku.

"Hanya dengan satu kekurangan yang terlihat dalam diri sahaja, mereka sanggup hina dan lupa beribu kebaikan yang pernah diberikan depan mata"

Berhenti kemudian aku tersenyum kecil. Lebih tepatnya aku tersenyum miris. Hatiku terluka. Dan luka yang lama itu sehingga kini masih terasa parutnya.

[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now