six

4.7K 283 9
                                    

Malam itu aku terbangun dari lelap. Terjaga kerana rasa nak pergi tandas. Sebab penghawa dingin dekat ruangan wad itu mungkin cukup menyejukkan, aku dah tak tahan lagi. Rasa nak terkucil.

Perlahan aku bangun dari baring. Tak nak mengganggu ibu yang nyenyak tidur disofa hempuk disamping katil.

Saat kaki ingin mencecah lantai, belakang badanku terasa nyeri yang teramat.

"Arghhh" aku meringis perlahan. Mulut didekap. Mata tertutup rapat. Tak ingin ibu terbangun gara-gara aku.

Dalam keadaan sakit yang begitu parah, aku tetap kuatkan semangat bangun untuk ke tandas. Setapak demi setapak, akhirnya aku pegun dihadapan pintu bilik air.

Aku menguak pintu itu lalu melangkah masuk kedalam. Kulihat diriku dihadapan cermin singki.

Pucat.

"Are you okay, Erina?" aku bercakap dengan diriku sendiri. Mata melihat susuk kembarku yang berada dalam pantulan cermin sederhana tersebut.

Tak dapat nak tipu, wajahku waktu ini benar-benar putih pucat seperti mayat. Sungguh menyeramkan. Ditambah lagi wajahku yang cangkung dan tubuhku yang kurus berjaya menampakkan tulang-tulang badan.

Aku tunduk kebawah sebelum pandang cermin semula.

"I'm okay...but i'm not. I'm hurt Erina. Hurt. Sakit. Aku tak tahan. Aku nak balik. Balik macam dulu. Hidup sebelum sakit. I'm miss all the moment"

Aku meraup wajahku yang basah dengan air mata.

Kemudian aku berdiri mengiring. Ingin melihat sesuatu. Belakang bajuku ditarik naik. Dibalik pantulan cermin itu, aku dapat melihat jelas ada parut pembedahan dibelakang tubuhku.

Aku tarik senyum miris.

"I know it. You are strong Erina"






Tiga hari kemudian, aku disahkan boleh pulang kerumah. Memandangkan banyak perkembangan yang terjadi padaku setelah doktor memberikan aku ubat yang sesuai, aku dah boleh menggerakkan badanku. Tak sepenuhnya tapi setidaknya dah tak susah aku nak berjalan macam sebelum ni.

Jujur aku kata, aku sangat gembira bila dapat tahu doktor kata macam tu. Lebih kurang seminggu juga aku kat sini. Akhirnya boleh pulang!

Kini, aku sedang duduk dibirai katil sambil memasang telinga. Mendengar dan melihat Dr. Wong yang sedang memberikan pesan sebelum kami pergi. Tak lupa juga ada beberapa jenis ubat sudah berada diatas meja hadapan katilku. Doktor sedang menjelaskan tentang ubat itu.

"Okey, so untuk Erina ada 4 jenis ubat yang dia kena makan setiap hari"

Ibu, ayah dan aku tetap pasang telinga.

Doktor kembali membuka suara. Kotak ubat yang dipegangnya itu ditilik sekali pandang.

"So first, ubat yang saya pegang ini ialah ubat steroid jenis Prednisolone. Ubat ni akan bantu rawat dia punya artritis dari terus merebak ke seluruh badan. Makan ni 2 kali sehari, 4 biji sekali makan."

Aku telan air liur. Banyak gilerr!

Kemudian Dr. Wong gapai ubat seterusnya.

"Next, ini pula ubat MTX, stands for Methotrexate. Ubat ni ada yang jenis tablet dan ada juga yang jenis cecair. Yang cecair tu kita terpaksa guna cara suntik. But for trial, kita akan cuba bagi dia yang jenis ubat telan dulu."

Ibu ayah angguk. Aku tetap diam tak berkutik.

"Methotrexate ni ialah ubat kemoterapi yang digunakan untuk merawat barah dan penyakit autoimun. Memandangkan imun badan dia agak kurang dan tak stabil, sel-sel dan tisu badan dia akan cepat terganggu akibat penyakit JIA yang dihidapi Erina. So for protect that, Erina kena makan ni setiap hari sebanyak 3 biji."

[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang