twenty-three

4.6K 272 5
                                        

Selesai masak. Makanan yang sudah siap aku letakkan di atas meja makan. Tak lupa juga segala pinggan mangkuk. Semua aku dah susun dengan rapi.

Aku pandang jam yang melilit di tangan.

"Lima minit lagi dah nak pukul lapan. Rasanya sekejap lagi kut diorang balik." kataku. Mengharap firasatku benar.

Dan tak lama selepas aku berkata-kata, kedengaran bunyi ketukan pintu dari depan. Aku mula tersenyum. Mesti Han!

KLAK!

Bila dengar itu, aku yakin kata kunci rumah Han ni berjaya dibuka. Sempat berfikir. Mungkin yang buka pintu tu ialah Han. Kalau bukan pun mungkin Carlo. Sebabnya antara kami bertiga sahaja yang tahu password rumah ni. Han percaya Carlo. Dan aku rasa dia juga percayakan aku. Terasa spesial la pulak.

Pintu belum buka lagi, aku guna kesempatan tu nak siapkan apa yang patut. Pastikan pengurusan makan malam ni nampak terurus dan sempurna. Jangan buat malu sudah!

Usai itu, aku pandang semula kearah pintu hadapan yang tak jauh dari meja makan itu. Tak jauh, tak juga dekat. Masih dapat dilihat dari jarak meja makan ni berada.

Pintu tiba-tiba dikuak. Buat mata terus pandang orang yang membuka pintu itu. Tepat sangkaanku lagi. Han. Diikuti Carlo.

Mereka jalan bersebelahan. Bila aku pandang sekali, wajah lelaki disamping Carlo itu kelihatan letih. Mimik wajahnya nampak kusut. Dia tak tunjuk tapi aku dapat rasa. Hati kuat berkata-kata. Ini mesti Han penat bekerja seharian.

"We're back tesor---" terhenti.

Carlo yang nampak bersemangat tadi tiba-tiba terpegun. Mata melilau cari sesuatu. Hidung pula digerak-gerakkan. Lagak seperti terhidu sesuatu.

"I smell something. Sedap!"

Carlo tutup mata. Kaki gerak sendiri menghampiri meja makan. Aku yang memang sudah sedia berdiri kat situ, hanya sibuk memerhati. Nak tegur tapi tak jadi. Carlo nampak macam dah larut dalam pemikiran sendiri.

Sampai meja, aku nampak Carlo terus buka mata. Luas.

"Wow! Who cook this, tesoro?? Awak sendiri ke?" tanya Carlo sambil pandang hidangan atas meja. Kerusi meja makan itu terus dia tarik dan duduk.

Bila dengar soalan Carlo itu, aku angguk. Dia terkejut lagi.

"Seriously?? Untuk siapa?" soal Carlo.

"For us? Maybe?" jawabku. Penuh selamba. Gelak kecil kedengaran.

"Ehem..." Bunyi orang berdehem. Aku terus pandang kearah punca suara itu.

Han dengan muka menyampahnya. Pandang aku dengan reaksi biasa. Tapi cukup menakutkan.

Aku telan air liur. "Errr i mean...saya masak ni sebenarnya untuk Encik Han dan Carlo" aku perbaiki ayat. Takut dia salah faham pula.

"Betul ke ni? Thank you tesoro!" ucap Carlo. Ceria.

Tak lama selepas itu, aku nampak Han berjalan kearah kami. Tayang muka tak beremosi.

"Makanlah. Saya memang masak ni sebab Encik Han dan Carlo" kataku lagi. Gugup sedikit. Takut-takut nak pandang mata Han.

"You are too good, tesoro. Untung siapa dapat awak ni. Complete package" sempat Carlo puji.

Aku yang dengar ni pun terasa muka dah naik membahang. Bukan sebab Carlo. Tapi sebab Han. Kenapalah Carlo puji aku depan-depan Han. Tengok sekarang apa jadi? Kan dah jadi bahan tenungan Encik Han Dylen!

[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang