fifthy-eight

4.1K 193 3
                                    

Tubuh kedua orang lelaki itu automatik mengeras saat mendengar suara dingin seseorang lelaki mula menyapa. Aku juga turut tertegun. Sebabnya suara itu...suara yang sangat aku kenali.

"Lepaskan dia sebelum ajal maut menanti kamu berdua" lelaki itu mula bersuara lagi. Kali ini nadanya lebih kepada mengancam.

Kedua orang lelaki tadi langsung bangun dan menoleh kebelakang. Aku juga turut memandang ke arah yang sama.

Semakin deras air mataku jatuh saat susuk tubuh Han kini berada di hadapan mata. Silap, dihadapan kedua orang lelaki itu tadi.

"Sial!" Lelaki pertama itu melayangkan satu penumbuk secara mengejut ke arah wajah Han. Namun Han sempat menahan tangan kotor lelaki itu daripada melekat ke wajahnya. Dan ditolak kasar tangan itu sehingga lelaki itu mengaduh kesakitan.

"Bodoh, macam mana kau boleh ada di sini?!"

"Aku tak kesah semua tu...Yang penting, kau tau tak perempuan yang kau orang nak sentuh tu isteri aku!" Han mencengkam kuat kola lelaki pertama itu.

Tak ingin jadi pengecut dan hanya duduk diam, lelaki kedua itu pula datang memberikan penumbuk padu pada wajah Han. Kuat hingga bergema satu tempat itu.

"Shit!"

Kepala Han terteleng ke tepi. Setitik darah merah keluar memancut dari mulutnya.

"Abang!" jeritku sembari menangis kuat. Ya Allah, apa aku patut buat?

Baru aje aku nak angkat tubuh, aku nampak Han menggeleng ke arahku.

"Stay there, sayang!" jeritnya. Meyakinkanku.

Aku tak tahu lagi apa yang patut aku lakukan selain menurut katanya. Dan waktu itu, Han sudah mula berperang fizikal dengan lelaki- lelaki itu. Dua lawan satu!

Ya Tuhan...tak sanggup aku nak tengok. Aku lebih rela menutup mata dan telinga daripada melihat pertempuran mengerikan ini. Darah yang mengalir di sudut bibir Han itu sahaja sudah buat aku rasa nak pengsan.

Sampailah aku dengar bunyi orang mengerang kesakitan, mataku mula dibuka kembali. Apa yang ada didepan mataku kini berjaya buat aku terkejut.

Dua orang lelaki itu tergeletak lemah di atas tanah yang basah. Bermakna Han berjaya menewaskan mereka biarpun jasadnya cuma satu. Han kuat.

"Sayang..." laju Han menghampiriku.

Sekali lagi, air mataku kembali bergenang saat susuk tubuh Han berada depan mata.

"Abanggg..." teresak-esak aku menangis.

Han yang melihat itu langsung menarik tubuh genitku ke dalam pelukannya.

"Shhhh...it's okay, sayang. Semuanya dah tak ada apa-apa" sedaya upaya Han memujukku lembut. Rambutku yang terdedah diusapnya perlahan.

"Abang, Erina takut. Erina hampir kena..."

Tak sanggup aku nak meneruskan ayat seterusnya. Terasa begitu berat dan jijik sungguh perkataan itu.

Han yang seakan tahu apa yang ingin aku katakan terus mengeratkan pelukannya.

"It's okay, sayang. Abang ada" bisiknya.

Kepalaku dibenamkan di dada bidangnya. Han sengaja membiarkan aku menangis lama di sana. Tak putus-putus dia menyalurkan semangat kepadaku.

Aku angkat semula kepalaku. Kemudian pandang Han dengan mata yang masih merah dan berkaca-kaca. Seraut wajahnya aku tilik. Penuh dengan luka dan lebam di muka tampannya.

"Abang, abang cedera" kataku. Suara nak menangis tapi berusaha aku tahan.

Han menggeleng kecil. Dia koyak senyuman tipis.

[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang