-The End-

8.2K 261 50
                                    

Angin bayu malam menyerpa kulit muka. Dingin dan menyegarkan pada masa yang sama. Mata bundar larut pada pandangan langit gelap yang dihiasi dengan berjuta bintang dan bulan terang.

"Mia bella" Suara garau masuk ke dalam gegendang telinga.

Mia bella, si cantik saya. Aduh ada-ada sahaja dia ni.

Han mendekatiku yang masih larut dalam tenungan langit malam. Dari belakang, aku dapat rasa tangannya naik melingkari pinggangku. Kemudian, naik lagi mengelus perutku yang semakin membukit.

"Tak elok malam-malam macam ni kat luar. Nanti demam" kata Han lembut.

"Saja, teringin nak tengok bintang" balasku bersahaja.

Han diam sebelum dia meletakkan dagunya di bahuku. Matanya turut memandang ke arah langit.

"Bintang?" Suara Han kedengaran pelik.

"Haah. Kenapa?" soalku.

"Abang tak nampak pun"

Lantas aku menoleh ke kanan, pandang Han yang sedang berkerut muka sambil memandang langit hitam.

"Abang tak nampak? Rabun ke?" soalku. Agak bimbang pula.

Silih berganti Han pandang aku dan langit. Lagi dan lagi, aku jadi bingung dan tak sempat nak mencerna apa-apa, Han terus membuka suara.

"Oh abang dah tahu kenapa!"

Han senyum. Badanku dipusing sedikit untuk menghadapnya. Aku turuti, tak membantah.

"Kenapa?" soalku dengan riak penuh tanda tanya.

"Sebab bintang tu dah ada depan mata. Lagi cantik dan bersinar" ungkap Han.

Bila dengar itu, bibirku automatik mengukir senyuman manis. Ayatnya, perghh sampai betul ke jantung. Segan pula rasa hati.

Aku mengangkat muka. Baru berura-ura mahu membuka suara, terasa perutku ditendang. Macam tahu-tahu aje si bayi ni mama dia sedang kena puji. Dan gara-gara itu, aku mendesis perlahan sebelum tangan mendarat ke perut.

"Kenapa ni, sayang? Baby tendang lagi ke?" Han mula cemas.

Aku mengangguk. Setelah itu, aku mengukir senyuman.

"Kali ni terlebih aktiflah, abang. Mungkin sebab dia terdengar papa dia puji mama dia cantik." kataku.

"Yeke?" Spontan tangan Han mendarat ke perutku. Dia nak periksa. Dan sekali lagi, terasa perutku ditendang saat tangannya berjaya mendarat di situ.

Mata Han membulat, buatkan aku tersenyum manis ke arahnya.

"Ya Allah, kuatnya dia tendang" Han sedikit terkejut. Melihat itu, aku terkekeh kecil.

"Dia gembiralah tu." kataku bersahaja.

Seketika, Han merendahkan tubuhnya. Membiarkan wajahnya separas dengan perut buncitku.

"Jaga sikit kelakuan tu, sayang. Kesian kat mama" kata Han. Seolah-olah sedang berinteraksi dengan bayi dalam perut.

"Okay papa" sahutku dengan suara yang dikepit.

Han dongak kepala ke atas. Pandang aku dengan pandangan dan senyuman penuh makna. Sebelum dia bangun, Han mengecup perutku penuh kasih. Sayang betul dia dengan anaknya.

"Thank you, sayang" Suara Han kedengaran ikhlas.

Kedua belah tanganku digapai dan digenggam kemas.

"Untuk apa?" tanyaku laju.

"Untuk semuanya. Thank you for accepting me as your husband. Thank you for always being by my side. Thank you for always giving me the spirit and always being strong in the face of challenges despite losing a few times. As a husband, I really appreciate it." luah Han.

"Dengan izin Allah, InshaAllah abang akan jaga keluarga kecil kita dan berusaha buat Erina bahagia selamanya. Abang cintakan Erina. Dan cinta abang ini bukan untuk melemahkan hati sayang, bukan membawa kepada putus asa, dan bukan juga untuk menimbulkan air mata. Tapi cinta abang ni ikhlas. Cinta yang menghidupkan pengharapan dan menguatkan hati dalam perjuangan menempuh onak duri kehidupan"

Aku meng-awww dalam hati. Sumpah, ayatnya sangat menyentuh jiwa dan raga. Ini yang buat aku rakus cinta dengan si suami ni. Aigoo...

Aku membalas genggaman tangan Han. Setelah itu, mataku lembut memandang ke arah wajah tampannya.

"Cinta itu ibarat lingkaran yang tiada titik penghujungnya, abang. Erina harap, kita akan tetap menjadi lingkaran tu sampai maut yang memisahkan kelak." Kali ini, aku pula bermadah bicara. Penuh makna dan penuh kasih yang terpancar di sebalik manik mata.

Kemudian tangan kanannya aku tarik dan dilekapkan di dadaku.

"Here. My love is always in here. Dan isi hati seorang Erina Wardah hanya mampu ditakluki oleh sebaris nama, iaitu nama abang seorang." ucapku. Seakan ingin membuktikan bahawa hatiku hanya ada dirinya.

Han senyum dulu sebelum bibirnya mengucup belakang tanganku lembut.

"My beloved wife, you are my present, and all of my tomorrow. Therefore, let's face the future that awaits us together." Justeru itu, tubuhku ditarik dan dipeluk.

"I love you, abang" ucapku lembut.

"I'm more infinity love you, mariposa" balas Han juga. Ubun-ubunku ralat diciumnya tanpa henti.

Malam itu, kami saling menyalurkan kehangatan sesama sendiri. Dalam posisi yang sangat rapat, kami sama-sama mengulum senyuman manis. Mengungkapkan ayat cinta dengan bersaksikan bulan dan bintang. Tak lupa juga, alam semesta.

Aku tersenyum. Dalam hati aku berdoa. Ya Allah, jika ini kesudahannya, maka kekalkanlah. Berikanlah kami kebahagian di dunia dan akhirat. Redailah kami. Selamanya, kekalkan hubungan kami hingga ke syurga Firdaus kelak. Amin Ya Rabbal Al-amin.

Aku pandang si suami yang sedang memandang ke arahku dengan pandangan kasih. Dan sekali lagi, aku tersenyum lembut.

Rambutnya aku main-main. Diselak ke kiri kanan sambil batin turut berkata-kata...

Suamiku, Han Dylen. Saya cintakan awak dan saya janji hanya awak yang selalu ada di hati saya. Untuk selamanya...

Forever and ever...


–The end–


~Dengan itu, Isi Hati Erina Wardah dengan
sukacitanya melabuhkan tirai~

To all of my readers, i really wanna say thank you for support me until done this story. Big heart for you guys from me. Maaf kalau ada penggunaan ayat yang sedikit tunggang terbalik dan typo yang agak dahsyat ya...hehe. Sayang semua...

syakinah❤️

♡♡♡♡♡

Spin-off Isi Hati Erina Wardah. Known as Carlo Revino, Mr Han Dylen's Bodyguard

He is Knight In The Shining Armor, sweet dan protective

He is Knight In The Shining Armor, sweet dan protective

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kepada semua readers...InshaAllah kalau tak ada halangan, saya akan buat spin- off cerita ni untuk Carlo juga. Bila tu tunggu aje dulu. Masih dalam proses. Hurmm...tunggu announcement ya? 🦋

Thats all, again thank you! ❤️

🎉 You've finished reading [𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇 🎉
[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now