Kaki diayunkan menuju ke pejabat atau lebih senangnya bilik doktor. Tempat dimana doktor-doktor berehat dan buat kerja sendiri. Bila dikira-kira, banyak juga barang aku nak ambil. Rasa macam diri kena buang kerja pun ada. Haih... apalah nasib aku.
"Carlo..." aku panggil lelaki yang berjalan beriringan aku itu.
"Yes, tesoro?" sahutnya tanpa pandang aku. Kaki sibuk jalankan tugas.
Aku diam dulu.
"Awak tahu ke pasal ni?" soal aku dengan nada biasa.
"Pasal Encik Han hukum awak jadi doktor peribadi dia ke?"
Carlo pandang aku sekilas. Aku angguk. Mengeyakan.
"Pasal tu sebenarnya saya tahu." kata Carlo jujur.
Tanpa sebarang reaksi terkejut, aku tetap berjalan.
"Kenapa tak bagitahu awal-awal kat saya?" soalku lagi.
"I'm just doing my job. Han didn't ask me to tell you before he told himself"
Aku berdecak. Setia betul! Han ni memang tak boleh bawa bincang.
"Why, tesoro? Is there has any problem?" tanya Carlo selepas nampak aku bereaksi begitu.
Aku geleng.
"Tak adalah. Saya cuma geram. Geram dengan bos awak tu."
Siap genggam dua tangan. Rasa macam nak layankan penumpuk.
Carlo tergelak melihat aku.
"Thats normal, tesoro. Awak kena faham. Encik Han memang macam tu selalu." kata Carlo dengan sisa tawanya.
"Walaupun awak nampak Encik Han tu dingin, sebenarnya dia baik." tambah Carlo lagi.
"Baik? Saya tak nampak langsung!" aku membangkang.
Kami tiba dihadapan pintu berwarna kelabu itu. Bilik pejabat. Masih pegun, tak bergerak.
"Dekat sini ke, tesoro?"
Aku angguk selepas dengar soalan itu dari Carlo.
"Tunggu sekejap. Saya nak cek."
Aku buka pintu. Kepala masuk dulu. Memeriksa kalau ada orang atau tidak.
Bergelonjak rasa hati bila nampak ada kawan-kawanku sedang duduk bertukar cerita. Ada juga beberapa orang kenalan aku sedang sibuk buat tugas masing-masing. Tak ramai, jadi bolehlah Carlo masuk.
Aku pandang Carlo semula.
"So how?"
"Awak boleh ikut saya masuk" putusku.
Aku tayang senyum. Kemudian berbalik menarik pintu tersebut. Carlo pula ikut aku dari belakang.
Saat pintu berjaya dibuka, semua pandang aku.
"Erina!"
Satu suara menjerit memanggilku. Aku tersenyum. Tahu sangat siapa gerangan tu. Qaisara.
Qaisara berlari kearahku. Diikuti dengan Kak Fiza. Dipeluknya tubuhku erat sampai tak bernafas aku dibuatnya. Tapi aku tetap balas. Untuk kali terakhir.
"Betul ke apa yang orang-orang kat hospital kata tentang awak tu Erina?" soal Qaisara. Masih dalam pelukan. Namun tak seerat tadi.
Lerai pelukan. Aku pandang Qaisara dan Kak Fiza bergilir-gilir.
Angguk.
"Kenapa? Awak ada buat salah dekat Encik Han ke, Erina?" soal Kak Fiza dengan mimik muka tak percaya.

YOU ARE READING
[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇
RomanceHidup seorang Erina Wardah tak segembira yang bernafas disekelilingnya. Semenjak dia disahkan menghidap penyakit kronik di zaman kanak-kanak, hidupnya mula bergantung sepenuhnya dengan ubat. Secara tak langsung, dia ditahan di hospital buat sementa...