fourty-eight

4.3K 231 20
                                        

Meja petak kecil di ruang tamu itu aku ketuk dua kali. Lalu dua cawan kopi diletakkan dia atas sana. Berhati-hati agar tak tertumpah setitik pun air kopi tersebut di atas meja.

"Ini dia, two special coffee. One for you and one for me." kataku sambil melabuhkan perlahan punggung di atas sofa. Tangan pula menolak sedikit cawan kecil itu supaya mendekati Han.

Han tergelak kecil. Merdu aje suara dia ketawa. Mendayu-dayu gitu.

"Patutlah rajin. Rupanya dia pun nak minum sekali" kata Han sambil tayang sengih.

Aku senyum. "Mestilah. Dah nak dengar cerita bertahun-tahun, mestilah kena buat air sekali. Nanti haus dipertengahan jalan, terpaksa gantung episod lagi. Tak nak lah macam tu, kita kena cergas." ucapku dengan gaya buang tabiat.

Setelah memastikan keadaan kembali tenang, Han ambil peluang untuk sambung bercerita. Dup dap dup dap jantungku menunggu.

"Selepas dia dah tolak saya, dia tarik pula saya bangun dan tolak saya ke dinding. Dan waktu tu lah, kepala saya terhantuk kuat dan mengalami gegaran pada sistem otak"

"Kepala saya banyak keluarkan darah. Tapi dia orang langsung tak kesah. Malah lagi dia orang suka. Tak puas hati, diorang tendang pula kaki saya. Sampailah perbuatan dia orang terhenti gara-gara ditengking oleh seseorang. Seorang budak lelaki datang, menghentikan keadaan. Dan awak tahu siapa?" Han terus pandang aku.

Aku angguk. "Carlo" jawabku, setahu maklumat.

Han petik jari. "Ding dong, tepat sekali" katanya.

"Nasib baik ada Carlo. Dia penyelamat awak, Han." kataku.

Bila dengar itu, Han angguk. "You right. Dialah yang ceritakan semuanya pada cikgu dan ibubapa saya. Carlo memang budak baik. Walaupun dia lagi muda daripada saya, tapi saya rasa dia lebih berfikiran matang. Jauh kalau nak dibandingkan dengan diri saya yang pengecut suatu masa dulu tu." Kedengarannya Han seperti sedang memuji Carlo. Tersenyum sakan aku dengar. Kalau lah ada Carlo, mesti dia gembira. Siap peluk si encik bos. Haha!

"Selepas kejadian tu, saya disahkan menghadapi masalah otak. Kerana gegaran pada otak saya terlalu kuat, cara berfikir saya pun dah banyak terjejas. Setahun saya di tahan di hospital. Hidup saya murung, tak ada kawan. Ramai aje yang nak dekat tapi saya cuba elak. Saya masih trauma dengan orang baru. Lama-lama hidup, saya dah berubah jadi dingin. Kurang berinteraksi, sampailah satu hari tu datang seorang bidadari cantik entah darimana tinggal sebilik dengan saya..." Terjongket-jongket kening Han pandang aku.

Merona terus wajahku dengar. Bukan aku tak tahu siapa 'bidadari cantik' yang dimaksudkan si Han itu.

"Tapi dulu bidadari tu kurus, sekarang dah tembam pipinya" tambah Han.

Sudah, mula lah tu nak mengusik!

"Jaga sikit mulut tu eh. Ada juga yang kena lastik guna getah sayur ni tak lama" rengusku. Sampai hati dia nak bandingkan aku yang dulu dan sekarang. Memang lah jauh beza!

Han tergelak. Terhibur sangat gayanya. Selesai gelak ketawa, dia sambung ayat pemanisnya kepadaku yang sudah tarik muka masam.

"Tapi bidadari tu makin comel. Sangat." puji Han.

Sudahnya pipiku pula jadi ubi rebus. Tadi jadi cuka, sekarang jadi kicap pula?

[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang