Aku menyandarkan tubuhku di permukaan depan pintu bilik VIP. Aku masih tak bergerak sejak beberapa minit lalu. Apa yang aku buat? Otak ligat bekerja. Ada yang membuatku musyhkil dan tertanya-tanya.
"Siapa Han sebenarnya? Bilik biasakan ada, macamana dia boleh ada kat bilik VIP?"
Aku silang tangan di dada. Memikir bagaimana ini semua boleh terjadi. Kaki mula dihayunkan. Berjalan ke tangga yang aku guna tadi.
"Hmm..." Berfikir lagi.
Darimana aku nak dapatkan sumber pengetahuan tentang Han. Adakah aku patut tanya orang sekeliling?
"Aku kena cari tahu!" putusku. Kaki aku lajukan. Pemegang tangga dipegang. Badan pula laju turun ke bawah.
Sesampainya di lantai satu, aku terus atur langkah ke bilik rehat khas doktor. Sama seperti selalu. Lepas buat tugas, balik pejabat.
Saat aku ingin berjalan menuju bilik doktor, kebetulan ada Kak Fiza dan Qaisara. Tak berapa jauh, hanya beberapa meter dari tempat aku berdiri. Mungkin diorang baru balik dari kafeteria kut?
Tiba-tiba, terlintas idea bernas difikiranku. Apa kata aku tanya Kak Fiza dan Qaisara pasal tadi. Agak-agak dia orang tahu tak pasal Han? Haraplah dia orang tahu siapa Han Dylen ni sebenarnya.
"Erina!"
Aku dengar Qaisara jerit memanggilku. Tayang senyum di wajah. Aku pandang mereka. Tanpa membuang masa, laju kakiku melangkah ke arah dua susuk tubuh itu.
"Kak Fiza! Qaisara!"
Kini, aku sudah berdiri tepat di hadapan mereka. Wajahku bertukar serius. Nak mula jalankan misi soal siasat.
Berkerut seribu bahasa dahi Kak Fiza dan Qaisara waktu lihat wajahku.
"Erina, awak dah ke.... eh!-"
Pergelangan tangan Qaisara dan Kak Fiza aku sambar. Membawa mereka ke pejabat kami yang tak jauh beberapa meter dari pandangan mata. Sangat dekat. Toleh kanan, dah terpapar pintu.
Pintu pejabat aku tolak guna siku dan langkah masuk ke dalam. Dua belah tangan masih setia menggenggam tulang lengan mereka.
"Awak nak buat apa ni Erina?"
Semakin bingung Kak Fiza aku buat. Tapi aku tetap berkeras menarik mereka ke tempat duduk. Hal penting!
Kami tiba di meja tempat duduk kami. Dua buah kerusi yang ada di depan aku tarik. Mempersilakan Kak Fiza dan Qaisara duduk.
"Have a sit first"
Mereka duduk. Dahi dah berkerut teruk pandang aku. Mencurigakan!
Selepas mereka duduk, aku pun tak buang masa. Kerusi hempuk beroda milikku pula aku tarik lalu labuhkan punggung diatas sana.
Mata pandang sepet kearah mereka berdua.
"Awak ada nak bagitahu sesuatu ke Erina? Nampak macam penting aje tu"
Kak Fiza dah dapat tangkap fikiran aku. Aku pandang kiri kanan. Cantik! Tak ada orang.
Aku pandang mereka semula.
"Saya nak tanya something ni..."
Aku mulakan sesi soal jawab.
"Apa bendanya tu?" Qaisara pula yang membuka suara.
"Korang kenal ke siapa Han?" tanyaku dengan muka tak tahu apa-apa.
Nampak mereka sedikit terkejut dengan soalanku.
"Han? Erina ingat ke nama panjang dia siapa? Ada banyak Han dekat dunia ni" Kak Fiza bertanya semula. Wajah macam tahu siapa Han yang aku maksudkan.
YOU ARE READING
[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇
RomanceHidup seorang Erina Wardah tak segembira yang bernafas disekelilingnya. Semenjak dia disahkan menghidap penyakit kronik di zaman kanak-kanak, hidupnya mula bergantung sepenuhnya dengan ubat. Secara tak langsung, dia ditahan di hospital buat sementa...