fourty-four

3.6K 224 23
                                    

"So, sekarang macam mana? Dah percaya?" Han yang berdiri tepat disampingku langsung menegur.

Mataku yang sedari tadi memerhati bingkai sijil yang tergantung kemas di atas dinding restoran itu terus berkelip. Leka sangat baca sijil itu. Dan bila aku perhatikan secara terperinci, di sudut bawah sijil itu ada sebaris nama yang sangat aku kenali. Disertai dengan tandatangan yang selalu aku nampak di pejabat Hotel De' Stella.

Sekarang, tak ada yang aku tak percaya lagi. Betul lah bahawa Han adalah pemilik restoran itu. Sah, dia lah yang nak dipuji olehku tadi.

"Wah, sangat saya tak sangka. Encik pemilik restoran ni. Sekaligus pengurus Hotel De' Stella. Tak penat ke?" Aku pandang Han dengan wajah yang terbias riak kekaguman. Tapi dalam masa yang sama, risau juga aku dengan kondisi Han yang sebenarnya tak berapa nak sihat dari segi otak.

"Restoran ni hanya sekadar sampingan aje. Just hobby" Mudahnya cara dia cakap. Terbungkam mulut aku dengar.

"Hobby? Restoran gah dan terkenal macam ni encik kata hanya sekadar hobi?" Lagi aku nak tayang muka tak percaya.

Tapi Han langsung tak terbeban dengan reaksi wajahku. Dia hanya mengangguk seadanya. Tak kesah dengan apa-apa.

"Yes, macam tu lah. Sebab saya tahu, kalau saya nak tanggung dua tempat dalam masa yang sama, saya mesti tak akan mampu. Awak sendiri tahu, semakin banyak beban yang saya fikir, semakin terjejas jugalah kesihatan otak saya."

Untuk pertama kalinya, aku dengar Han sedikit meluah. Aku tahu apa yang dia fikir sekarang, tapi aku dapat rasa dia sedang penat.

"Don't push yourself too hard. Encik penat ni" Bila dengar Han kata seperti itu, aku mendadak risau. Walaupun aku juga sakit, tapi tugasku untuk menjaga dia. Rasa sayang aku dengan dia sukar nak diungkap dengan kata-kata. Cuma perbuatan yang mampu membuktikan segalanya.

Han senyum. Manis tapi nampak kelat.

"Sebab tu tugas di sini, saya serahkan kepada orang yang saya percaya. Sebahagian diurus, selebihnya tanggungjawab saya" kata Han.

Aku cuma angguk bila dengar serba sedikit penerangannya. Tak tahu nak kata apalagi selain mengingatkan dia supaya jangan terlalu stress. Tapi bila aku tatap wajahnya, langsung tak ada tanda-tanda dia sedang stress dengan kerja atau sebaliknya. Hanya penat. Mungkin sebab tekanan? Eh, sama aje. Stress lah tu kan.

Lama aku tenung anak matanya.

"Encik penat ke? Muka encik nampak letih aje ni" aku bertanya dengan lembut. Tak nak tinggikan suara. Takut tak pasal-pasal aku yang jadi punca tekanan dia.

Sekali lagi Han menggeleng sembari tersenyum.

"Tak ada lah" ucapnya.

Dia kata dia tak penat, tapi melalui air muka dia sahaja aku dah tahu dia sedang berbohong. Itu lah, struggle sangat buat preparation untuk aku. Ini yang buat aku tambah bersalah.

Aku pandang jam yang melilit dipergelangan lenganku. Tak lewat, tapi aku rasa kami kena pulang sekarang. Dah malam pun, tak elok balik lambat. Lagipun, ada benda aku nak buat. Iaitu rawat Han. Jaga makan minum ubat dia. Kebetulan, aku pun nak makan ubat.

"Encik Han, jom balik." ajakku. Berusaha pujuk dia dengan baik.

Han memusing badannya menghadapku. Bibirnya diukir senyuman menggoda.

"Sebenarnya awak yang penatkan?" kata Han dengan nada mengusik.

Eh dia ni suka hati aje!

Laju-laju aku geleng. Menidakkan. Walaupun sebenarnya 'ya' tapi bukan itu matlamat aku sebenarnya.

[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now