sixty-five

4.9K 198 41
                                    

Kau boleh Erina. Kau boleh! Aku menguatkan diri sendiri. Dengar cakap dan bertahan sikit lagi!

Segala peperangan yang berlaku di depan mata berusaha aku abaikan. Ibaratnya, aku sedang mencuba membutakan mata, memekakkan telinga sekarang ni. Bunyi-bunyi keganasan pura-pura aku tak dengar.

Tapi hakikatnya aku hanyalah manusia biasa. Manusia yang punya hati dan perasaan. Yang boleh membezakan baik dan buruk. Dan yang penting, manusia yang tak ingin melihat orang yang paling dicintainya diseksa dan terseksa.

Tidak! Bukan dengan cara ini!

Lagi sekali mata spontan terbuka saat telinga cekap mendengar orang mengerang kesakitan. Aku menujukan pandangan ke arah suara itu. Bukan Han, tapi Carlo.

Lawan Carlo bukan lagi seorang, tapi tiga orang. Entah darimana jatuhnya, tapi ini sungguh mengejutkan. Setiap kali Carlo berjaya menewaskan satu lawannya, yang lain pula datang dan melumat Carlo. Jatuh bangun, jatuh bangun. Itu yang Carlo lakukan sehingga dirinya benar-benar jatuh lemah. Namun begitu, Carlo masih menggunakan sisa tenaganya untuk bersaing. Tangkas. Seperti sudah tertanam dalam diri yang dia tak boleh kalah hari ini.

Tiba-tiba, aku rasa tanganku bagaikan ditarik kasar oleh seseorang dari belakang. Aku menoleh, anak buah Azrell!

Aku menjerit kecil dan Amran langsung mendekatiku. Mata helangnya lekat memandang anak buah Azrell. Tanpa membuang masa, tangan kekarnya naik menumbuk muka lelaki itu. Kuat sampaikan aku sempat mendengar orang itu mengaduh sakit.

Dia pegang wajahnya yang menjadi mangsa dera Amran. Dan automatik itu aku langsung terlepas dari cengkamannya.

"Sini, Erina!"

Bila dengar Amran memanggilku, laju aku mengangguk dan berlari laju ke arahnya. Menyorok dan berselindung dibelakang badan Amran.

"Jangan gerak"

Amran menasihatiku sebelum dia kembali menjalankan misi mematahkan tulang orang. Aku hanya jadi pemerhati yang turut merasa sakit. Sesekali menjerit dan mengetup mata, ngeri!

"Kau tunggu sini ya, Erina. Jangan pergi mana-mana. Aku nak bantu Carlo."

Aku pandang bawah. Seperti yang dijangkakan. Lawannya sudah tumpas dan tumbang atas tanah. Syukur masih bernafas.

Baru sahaja aku ingin menahan Amran, dia kembali membuka mulut. Dalam-dalam mataku dipandangnya. Seperti ada tulisan di sebalik mata bundar itu.

"Erina. Tolong janji dengan aku. Walaupun apapun yang terjadi, tolong jaga diri kau baik-baik, okey?"

Terbentang luas kerutan di dahiku saat ayat itu keluar dari mulut Amran. Kata-katanya biasa sahaja, namun seperti tersimpan isi tersirat disebaliknya.

Aku menggeleng, tak faham.

"A...apa maksud kau ni, Am? A...aku tak faham" soalku dengan mata yang mula bertukar merah.

Amran mengulum senyum, lembut. Tanpa menjawab apa-apa, dia langsung berlalu ke arah Carlo yang ligat berlawan dan kini meninggalkan aku sendiri.

Bukk!! Bukk!!

Bunyi tumbukan berpadu. Carlo dan Amran sama-sama bekerjasama melawan musuh mereka.

BANGG!

Aku terbatu. Air liur bagaikan tersekat ditengah-tengah kerongkong.

Perlahan-lahan, kepala dipusing ke arah bunyi tembakan itu. Dada berdebar, seperti ada sesuatu yang telah terjadi. Lagi!

Perhatianku beralih kepada si suami.

[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now