Hari ni aku kena bangun awal. Macam selalu. Hari-hari lain pun aku selalu juga bangun awal untuk pergi kerja. Tapi kali ni atas sebab lain. Malam semalam, Carlo hubungi aku kata Han ada majlis penting awal pagi ni. Tepat jam 9 pagi, dia dah kena ada dekat Ballroom Hotel. Tak sangka juga aku bila Carlo kata majlis ni bertujuan untuk meraikan ulang tahun Hotel De' Stella yang ke-10. Wow!
Mesti bos aku tu segak hari ni kan?
"Good Morning, Carlo!" sapaku duluan sebaik sahaja masuk dalam perut kereta.
"Good morning too, tesoro!" balas Carlo.
Carlo yang duduk di seat pemandu itu aku pandang atas hingga bawah. Tak berkelip mata pandang dia. Wow!
"You look handsome today, Carlo!" aku terpesona dengan Carlo untuk seketika. Tak dapat nak tipu, dia pun dah macam CEO hari ni.
Carlo senyum. Dia tergelak kecil bila dengar aku puji dia tampan.
"Thank you for your praise, tesoro. Saya sangat hargai itu. Tapi jujur kata, Encik Han lagi hensem daripada saya." kata Carlo seraya tersenyum.
Bila dengan nama Han di sebut, aku terus toleh belakang. Kosong. Kemudian pandang Carlo semula.
"Encik Han mana?" soalku.
"In his penthouse. Tengah bersiap untuk majlis." jawab Carlo. Gear kereta di tukar dan mula melanjutkan perjalanan.
Aku mengangguk. Terbayang-bayang susuk lelaki itu dalam benak. Haih...tak sabar nak jumpa. Nak tengok reaksi pertama dia bila pandang muka aku. Adakah dia masih anggap aku musuh dia atau apa? Maklumlah lepas kejadian semalam aku terus pecut lari dari rumah dia. Buat macam diri tak bersalah langsung.
To Mr. Han, I'm sorry!
"Oh ya, semalam awak pergi mana? Saya cuba cari-cari awak tapi tak ada pun kat mana-mana." soal Carlo sambil fokus dengan pemanduannya.
Eh? Aku terdiam. Lidah tiba-tiba jadi kelu. Tengah fikir. Errr...apa nak bagitahu dia ni. Semalam kan aku tengah melukis dengan Han!
"Errr...saya ada kerja sikit. Encik Han panggil saya semalam." kataku.
Betul lah aku kata kan? Han yang panggil aku. Bukan aku yang terhegeh-hegeh nak pergi tempat dia.
Carlo hanya angguk. Kemudian sambung tugasnya. Memandu dengan cermat sampailah kami tiba di Hotel De' Stella.
"Carlo, kita tunggu kat sini ke?" tanyaku sebaik sahaja aku dan Carlo berdiri di luar Ballroom Hotel. Tepatnya nampak macam kami tengah berdiri di pintu belakang.
"Yes. No need to go his house. Sekejap lagi Encik Han datang" jawab Carlo. Kiri kanan dia pandang. Macam tengah kawal sesuatu. Tapi aku tak tahu apa.
"Awak buat apa, Carlo?" Aku tak tahan diri nak bertanya. Dia nampak pelik. Pagi-pagi dah buat aku bingung.
Bila dengar aku tanya dia macam tu, Carlo terus tegakkan tubuh. Berdehem kecil.
"Nothing" itu dia jawab.
Itu aje? Hmm...baiklah. Bukan urusan aku nak sibuk tugas dia. Nanti di kira 'busy body'. Tak nak aku!
"Tesoro, awak masuk dulu. Jangan masuk dari pintu depan, just use this door." kata Carlo tiba-tiba.
Aku pandang dia dengan kerutan di dahi. Hmmm...Tadi dia kata tunggu Encik Han, ni dia suruh aku masuk dulu lah pula.
"Okey? Tapi awak? Awak tak masuk sekali ke?" soalku.
Carlo senyum seraya menggeleng. Tatapan lembut dia bagi aku.

ANDA SEDANG MEMBACA
[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇
RomanceHidup seorang Erina Wardah tak segembira yang bernafas disekelilingnya. Semenjak dia disahkan menghidap penyakit kronik di zaman kanak-kanak, hidupnya mula bergantung sepenuhnya dengan ubat. Secara tak langsung, dia ditahan di hospital buat sementa...