"Come, Erina" Han dengan lagak paling gentleman mengajakku untuk ke meja makan.
Aku cuma angguk. Langkah diatur ke arah meja bulat yang terhias cantik itu. Bila kaki dah semakin dekat dengan meja itu, semakin jelas juga dekorasi disekelilingnya. Aku tak salah nilai. Tak kira jauh atau dekat, hiasan ni memang tetap cantik. Pandai Han pilih.
Han menarik kerusi untukku. Teragak-agak aku nak duduk.
"Duduklah" kata Han.
"Sayakan boleh tarik kerusi sendiri. Kenapa encik nak tolong saya pula ni?" soalku. Masih tak percaya dengan Han. Malam ni aku memang dilayan macam tuan puteri olehnya.
"Sebab awak rajin, saya buat semua ni untuk awak. Anggap sahaja malam ni, awak beruntung sebab saya layan awak macam ni, Erina" kata Han.
Bila dengar penjelasan itu, aku hanya mengangguk. Setelah Han tarik kerusiku, dia berjalan ke arah bertentangan denganku. Kerusinya juga di tarik sebelum dia melabuhkan punggungnya. Melihat Han yang sudah duduk, tanpa membuang masa, aku juga turut menghenyak perlahan punggungku di atas kerusi itu.
Kami saling berpandangan. Suasana sepi menyelimuti kami sehinggalah alunan muzik mula menyapu halwa telinga kami berdua.
Tolong, jangan buat aku awkward!
Aku diam tak berbunyi. Hujung kain baju dipintal-pintal tanda janggal. Untuk pertama kalinya, aku tak pernah duduk berduaan dengan lelaki dalam keadaan seromantik ini. Yang lagi aku tak faham, kami berdua bukannya ada apa-apa hubungan istimewa pun.
"So, how old are you today?" Han mula membuka suara.
Bila dengar sahaja suara Han, aku langsung tersedar ke alam nyata.
"Apa encik?" Aku suruh dia ulang. Maklumlah menghayal, telinga macam kena tutup.
Han menggeleng sembari tertawa kecil. "You look so nervous, mariposa" kata Han dengan sisa senyumannya.
Aku sedikit menunduk ke bawah. Kemudian mengangguk. "Sikit" kataku perlahan.
"Jangan risau, Erina. Di sini hanya ada awak dan saya. No one else in here" kata Han.
Aku kembali memberanikan diri menatap anak mata gelap Han itu. Bila dia kata di sini tak ada orang, aku langsung teringat sesuatu.
"Encik Han..." panggilku. Sekeliling tempat ni aku pandang.
"Hmm" gumam Han. Tanda panggilanku sudah disahut olehnya.
"Encik kata di sini hanya ada kita berduakan...?" tanyaku.
Han angguk.
"Tadi Aaron kata, tempat ni adalah restoran paling terkenal dan laku di kota ni. Tapi kenapa bila saya tengok, seorang pelanggan pun tak ada. Sunyi." luahku.
Bila dengar aku mula buka suara, Han cuma angguk.
"Kenapa encik?" soalku.
"I booked this place" jawab Han.
Bukan main terkejut aku bila dengar jawapan dia itu. Meluas terus rasa mata. Tak percaya Han sanggup buat macam ni. Demi menyambung hari jadi aku?
"Encik sanggup tempah tempat ni? Untuk saya?" soalku. Gugup.
Lagi-lagi aku nampak Han mengangguk.
"Tapi tempat ni mahal" kataku. Dari luar pun aku dah boleh rasa aura duit.
"Saya sanggup bayar walaupun mahal" ucap Han.
"Saya tahu encik kaya. Tapi encik sepatutnya simpan duit encik untuk kegunaan lain." tegurku. Tak marah, cuma nasihat. Aku bukan siapa-siapa kalau dia nak buat macam ni. Lain lah kalau aku isteri dia.
YOU ARE READING
[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇
RomanceHidup seorang Erina Wardah tak segembira yang bernafas disekelilingnya. Semenjak dia disahkan menghidap penyakit kronik di zaman kanak-kanak, hidupnya mula bergantung sepenuhnya dengan ubat. Secara tak langsung, dia ditahan di hospital buat sementa...