fourty-one

3.5K 210 15
                                    

Lama aku menunggu di sini. Sesekali menoleh ke kiri kanan untuk melihat sama ada dia dah datang balik atau tak. Tapi apa yang aku dapat adalah kosong. Sampai hari nak senja pun dia tetap tak datang.

Dia kata tunggu beberapa minit. Tapi ini dah lah lebih jam. Badan dan lutut aku pun dah mula naik sakit. Tambahan lagi suhu dekat sini  tinggi dan berjaya buat tulang aku masuk angin. Bercakap pun keluar wap sejuk.

Aku memeluk tubuhku sendiri. Entah kenapa aku rasa tak sedap hati.

"Mana Han ni?" aku bergumam sendiri. Risau terjadi sesuatu dengan dia. Kalau lah aku ada nombor telefon Han, boleh lah aku hubungi dia. Tanya "Encik kat mana?"

Lama aku tenung sekeliling. Orang-orang pun dah banyak tinggalkan kawasan ni. Maksudnya, orang dekat sini makin lama makin sedikit. Dia punya sikit tu hanya boleh di kira dengan satu tangan.

Saat aku sedang termenung, mataku mula berkaca-kaca. Kenapa? Sebab aku rasa takut. Takut Han lupa aku dan takut ada sesuatu yang tak baik terjadi dengannya. Mengingat kejadian tempoh hari dimana kami diekori oleh orang misteri itu pun dah buat aku gelabah separuh mati.

"Ya Allah, mana dia ni?"

Aku akhirnya berjalan sedikit jauh dari tempat aku berdiri tadi. Berusaha mencari Han di mana-mana. Mana lah tahu dia ada dekat sekitar sini aje kan?

Tapi tiada. Semua tempat kosong. Hancur berkeping-keping hatiku bila mendapat kenyataan seperti itu.

Aku diam menunduk untuk seketika. Sehinggalah aku rasa ada seorang lelaki datang mendekatiku, terus aku angkat kepala.

Bukan Han tapi...

"Aaron!" Nampak dia pun aku dah rasa sedikit lega. Tapi tak lega mana pun. Otakku masih memikirkan keberadaan Han Dylen.

Aku melirik ke belakang Aaron. "Where's Mr. Han?" tanyaku. Batang hidung dia pun aku tak nampak bersama Aaron tadi.

"Follow me, Erina" Soalanku langsung tak diendahkan oleh Aaron.

Dia mengajak untuk ke suatu tempat. Aku tak tahu di mana, tapi aku tetap mengikutinya. Diam dan hanya mengorak langkah di belakangnya.

Sampai depan kereta, kami terus naik dan memulakan perjalanan. Aku menjenguk ke luar tingkap kereta. Hari semakin gelap. Kota-kota Paris pun aku nampak sudah mula diterangi oleh lampu-lampu kedai dan jalan. Cantik.

"Lama lagi ke nak sampai?" aku bergumam sendiri.

"Sekejap lagi nak sampai" balas Aaron.

Mataku terbuka luas. Tak berkelip langsung.

Aku tak salah dengar kan?

Laju aku toleh ke arah punca suara di sebelah kananku ini.

"Awak boleh cakap melayu??" soalku. Tayang muka tak percaya.

Dalam fokus memandu pun, Aaron sempat mengangguk. "Mestilah saya tahu. Saya kan orang Malaysia" jawabnya.

Semakin membuntang mataku dengar. Betul ke? Wah, aku tak terfikir pun sebelum ni.

"Tapi muka tu tak nampak macam orang Melayu pun" kataku. Tatap wajahnya dari tepi, langsung tak nampak ciri-ciri darah melayu.

"Awak ada darah kacukan ke?" soalku lagi.

Aaron geleng kepala. "Nope. I don't why. Tapi ibu dan ayah saya dua-dua orang melayu. Sampai sahaja saya, muka mat salleh" kata Aaron.

Anak pungut kot?

Eh, tak baiklah Erina!

"It's a miracle" kataku penuh riak kekaguman.




[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now