fifthy-three

3.3K 170 16
                                    

Kerusi meja makan aku tarik lalu menghenyak punggungku di atas sana. Amran yang nampak mukaku yang serta merta berubah langsung berkerut hairan.

"Kau kenapa, Erina? Siapa call?" tanya Amran.

"Postment salah alamat" mudah jawapanku. Memang sejak dalam perjalanan ke sini lagi aku cuba mencari alasan.

Amran mengangguk. Fuh, selamat aku!

"Patutlah keruh aje muka tu. Salah alamat rupanya" kata Amran.

Aku sekadar mengangguk sebagai respons.

"Macam-macamlah sekarang ni. Salah alamat lah apa lah. Risau kekadang. Nasib tak salah landing ke hati" omel Amran.

Haa sudah! Mula lah si Amran ni nak ber cia kuasa tiga dia tu.

Tak tahu nak balas apa, aku cuma mendengar. Malas nak layan. Kemudian itu, langsung aku suruh dia tukar topik.

"Oh ya, sementara menunggu makanan. Bagitahu lah apa yang kau nak bagitahu aku tu."

Seakan teringat sesuatu, aku terus tepuk tangan sekali. Amran yang duduk bertentanganku sejak tadi sudah mula menunggu aku buka cerita. Tak sabar ke?

"Aku dah nak kahwin!" Aku senyum lebar. Wajah tampan Ham tiba-tiba muncul dalam otak.

"Hah?! Seriuslah?!"

Reaksi yang sudah aku agak. Amran terkejut. Meja dihempas sekali membuat orang sekeliling tumpang melihat.

"Seriuslah" Aku meyakinkan Amran.

"Dengan siapa?" Dia mengorek jawapanku lagi.

Aku cuma diam. Seterusnya biar sahaja si Amran tu cari jawapan sendiri. Bukan aku tak tahu, otak dia ni terlebih cerdik sikit. Mesti dia tahu siapa bakal suami aku tu.

Amran pandang aku. Matanya mula menyepet curiga. Seperti sedang menganalisa.

"Encik Han?"

Ding dong!

Kan aku dah kata, Amran cerdik!

"I guess you answer is right" kataku santai.

Membulat mata Amran. Tak percaya agaknya.

"Macam mana boleh?"

Bila dengar dia tanya macam tu, aku terus  menceritakan pengalaman aku dan Han di Paris. Cerita dari Han sebenarnya kenal aku sampai dia lamar aku macam orang gila di level paling atas menara Eiffel Tower. Dan tak tinggal informasi, Han islam. Tolak candle light dinner dan tragedi tersadung di tangga aje kat tepi.

"So, kau kena datang waktu majlis akad nikah aku nanti."

Amboi awal kau bertindak Erina!

"Kalau tak, aku tak nak mengaku kau kawan aku lagi dah" siap ugutan sedas aku bagi.

"Bila majlis nikah kau tu?" soal Amran, masih berfikir.

"Sebulan lagi"

"Awal gila! Jarang aku dengar majlis secepat ni. Kau ni betul ke? Nak panadol bagitahu, aku beli" Terkejut betul Amran dengar.

Aku tergelak, kemudian mengangguk. Yakin.

"Lagipun ibu dan ayah dah setuju. Dia orang kata kami mampu, buat apa nak tangguh benda baik lagi."

Ya, itulah yang ibu dan ayah kata. Bila dapat tahu Han kaya, mereka terus buat cadangan. Han cuma mengikut, tak ada masalah katanya. Everything on his fingertips!

"Sumpah, dengar cerita kau ni aku tetiba jadi jealous." kata Amran tiba-tiba.

Tergelak pula aku dengar.

[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now