Setengah jam dihanyut dengan perbualan, kami akhirnya tiba di sebuah kedai makan. Kedai makan terbuka. Atau boleh aku kata warung gerai makan yang berkeluasan maksima?
Aku menjenguk dari tingkap kereta. Wah, sudah beberapa bulan aku tak ke sini. Rasa rindu pula menggamit dalam diri.
"Jom turun"
Suara Amran menyentakkanku daripada terus termenung. Lantas kepala menoleh ke arahnya. Amran dipandang. Terkejut juga aku bila sedar Amran dah turun kereta.
"Wuish, sejak bila kau keluar?" soalku dengan nada tersontak.
"Lima minit yang lalu" jawabnya.
"Eh aku tak perasan pun!"
Naik terkejut aku bila jawapan Amran itu menyapa halwa telingaku. Lima minit? Dahsyat sungguh termenung aku ni.
"Dah kau menghayal..."
Betul! Aku setuju dengan apa yang Amran kata. Sebab aku menghayal.
"Dah...jom turun" pelawa Amran. Tiba-tiba jadi gentleman.
"Okey tapi...tunggu. Aku nak bagitahu Han dulu." kataku seraya mencapai telefon sendiri.
Dahi Amran kelihatan berlapis.
"Maksud kau?" soal Amran tak faham.
Aku tersengih kecil. Bibir bawah diketap perlahan.
"Sebenarnya dia tak tahu lagi aku keluar dari rumah" selamba dan tenang wajahku tatkala berkata.
Terbuntang biji mata Amran bila dengar ayat yang dituturkan olehku.
"Apa?! Kau ni betul ke tak? Encik Han tak tahu? Kalau dia marah kat kau macam mana? Kau tu dah lah isteri dia. Jalan tanpa pemberitahuan suami...memang sah masuk dalam mulut singa lah kau, Erina" Suara Amran bergema di luar kereta. Kuat sangat. Nasib baik orang tak nampak. Kalau tak memang masuk isu viral ni.
Aku tetap tayang muka setenang air di tasik. Biarpun tenang, padahal dalam hati cukup gelisah. Nak bergegar lutut bila ayat Amran tu seakan menampar kesedaran diriku sendiri. Auch!
Aku tarik senyum. Mata kembali ditala ke arah sahabat aku itu.
"Jangan risau. Aku yakin Han takkan marahkan aku."
Ya, Erina. Yakin aje lah kau!
Kedengaran nafas berat daripada Amran. Dia mengangguk sekali dengan wajah yang terpalit kerisauan. Kadang-kadang aku terfikir...Amran ni kenapa? Tahap risau dia mengalahkan ibubapa aku.
"Okey... Aku tinggalkan kau dalam ni. Kau call lah Encik Han dulu. Aku tunggu kat luar"
Aku senyum seraya mengangguk sebelum Amran menutup kembali pintu kereta bahagian pemandu.
Suasana kembali hening. Hanya aku seorang sahaja yang berada dalam kereta Honda Civic kepunyaan Amran ini. Mataku memandang ke arah layar skrin. Agak berdebar juga rasanya menanti panggilan telefonku disambung oleh sang suami. Dup dap dup dap dan...
"Helo?" Suara garau penuh maskulin itu mula menyapu hujung telinga.
Aku tarik nafas, cuba bawa bertenang dan berdoa semoga Han tak marahkan aku. Aku yakin!
"Helo, abang" sapaku seraya tersenyum.
"Yes, sayang? Ada apa telefon abang ni?" Lembut sungguh suara Han. Jadi takut pula tiba-tiba nak berterus terang.
"Eh nak call suami sendiri pun tak boleh?" Aku menyakat Han sembari menjegil mata sendiri.
Gelak halus Han kedengaran dari seberang sana. Gelak yang penuh dengan aura kelelakian, garau dan juga...seksi.
![](https://img.wattpad.com/cover/288812959-288-k430608.jpg)
YOU ARE READING
[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇
RomanceHidup seorang Erina Wardah tak segembira yang bernafas disekelilingnya. Semenjak dia disahkan menghidap penyakit kronik di zaman kanak-kanak, hidupnya mula bergantung sepenuhnya dengan ubat. Secara tak langsung, dia ditahan di hospital buat sementa...