twenty-seven

3.8K 233 6
                                    

"Wah!"

Itu reaksi pertamaku bila tatap sekeliling bilik ini.

"Banyaknya lukisan! Is this your art room?"

Aku yang tadinya terpusing-pusing dalam bilik kerana teruja, akhirnya kembali bersabung mata dengan Han. Aku pandang Han dengan mata yang berbinar-binar.

"Yes. This is my art room. Tempat saya melukis dan letak semua hasil lukisan di dalamnya." jawabnya sambil turut pandang sekeliling.

Aku mengangguk faham. Oh macam tu!

Eh?

"Tapi kenapa encik bawa saya pergi sini?" soalku tak fahm. Aku tatap matanya. Tayang muka macam budak lima tahun depan Han.

Senyap. Pertanyaanku tadi Han tak balas. Dibiar kosong tanpa jawapan. Kecewa juga lah aku dibuatnya. Lagi-lagi bila sedar dia langsung tak pandang muka aku ni.

Aku pandang Han yang kini berjalan ke suatu sudut. Sudut di mana terdapat sebuah meja yang diletakkan alat-alat melukis di atasnya. Segala kanvas putih, berus dan cat warna lengkap tersedia di atas meja itu.

Han menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya di atas sana. Tak habis itu, kerusi kosong yang ada di sebelahnya juga dia tarik keluar.

"Come and sit here" Han menepuk-nepuk kerusi itu dengan tapak tangannya. Mata pandang aku yang masih jauh pegun berdiri dari hadapannya.

Aku sengetkan kepalaku ke kanan. Tengah mencerna ayat dia tu. Hmm...adakah tu juga satu arahan?

"Okey?". Walaupun tak berapa nak faham sangat, aku akhirnya mendekati Han. Berdiri di tepinya dan mula melabuhkan punggungku di atas kerusi disampingnya itu.

"Encik nak buat apa?" soalku sebaik sahaja duduk di sebelahnya.

Dia pandang aku. Aku pula pandang dia dengan sebelah kening terangkat. Tagih jawapan. Aku bukannya nak dia pandang aku. Yang aku nak jawapan dia.

"Painting?" Dia pula yang tanya aku.

"Encik nak melukis ke?" soalku lagi. Korek jawapan sampai lubang cacing.

"Yes" akhirnya dia jawab. Matanya beralih menatap kanvas putih yang pegun di atas meja itu.

"Seriously?? Encik nak melukis sekarang ni? Encik tak sibuk ke?"

"I'm free now" kata Han.

"Encik stress ke?" tiba-tiba aku tanya. Sebab teringat kata-kata Han hari tu. Dia pernah kata, dia akan melukis untuk hilangkan tekanan dia.

"Nope"

"Habis tu?"

"Bosan" Han merungut.

Terkejut. Untuk pertama kali dalam sejarah, aku tak pernah nampak Han merungut dengan alasan macam ni. Wow...tak sangka! Orang macam dia ni pun boleh bosan.

"Tak pernah-pernah encik macam ni. Bosan sangat ke tu?" sempat aku sindir dia. Bergurau dengan Han.

"Iyalah bosan. Setakat pandang muka awak ni, tambah stress otak saya aje. Daripada pandang lama-lama, lebih baik saya melukis. Hilang lah juga sikit tekanan ni"

Aku ternganga mendengarnya. Mata pula terkebil-kebil tak percaya.

"Amboii mulut! Unlimited!" Aku tahan geram. Tangan nak naik memukul Han tapi tak berani. Hish!

Han tak kata apa-apa. Senyap. Hanya senyuman versi pencair hati ditayang. Naik merah wajahku bila nampak dia senyum.

Please don't! Tolong jangan buat aku luluh sekarang Han! Bukan masanya!

[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now