Sudah beberapa hari yang berlalu, kondisi kesihatanku tetap sama. Mual dan rasa nak keluarkan semua isi yang ada dalam perut kempisku. Badan tak ada kurangnya, lemah dan lembik semacam. Namun, aku tetap kuat. Tunjuk muka bersahaja dan sihat walafiat di hadapan si suami. Han Dylen.
Ya, aku perlu kuat!
Usai menghantar Han di hadapan pintu pagar, aku melambainya tinggi. Han turut membalasnya dengan sengih lebar. Setelah itu, keretanya dihidupkan. Lalu bayangan kereta berwarna hitam kilat itu luput dari perkarangan rumah agam mewah ini.
Aku melepaskan hembusan nafas berat. Pintu rumah ditutup rapat lalu tubuhku disandarkan di dinding berdekatan. Sekali lagi, perut rasa mencucuk-cucuk. Tekak rasa pahit dan loya. Kepala rasa nak meletup dan berputar tiga ratus enam puluh darjah. Pening. Ya Allah, aku dah kenapa?
Satu detik...Dua detik...Tiga detik...
Akhirnya, keadaan kembali menjadi sedia kala. Pening yang bergelonjak kuat di kepalaku tadi kini tidak lagi terasa. Namun sebaliknya, tekak dan perut aku terasa semakin teruk. Dengan kuasa kaki yang aku ada, lantas aku berlari ke bilik air dan memuntahkan semua benda basi di singki.
Bila rasa puas hati, aku kembali terduduk lemah. Penat, sungguh aku penat.
Aku merenung ke dalam tangan sendiri. Terasa ada rintik-rintik peluh di atas permukaan telapak tanganku. Basah teruk, kalau ada baldi ni mahu penuh segelen dengan air peluhku.
Dalam posisi yang sama, aku diam menyepi. Sesekali cuba mencerna apa yang terjadi kepadaku dua menjak ni. Kadang-kadang, aku terfikir. Aku ni kenapa, ya? Aku mengandung ke?
Mengandung?
Aku tersontak dengan pemikiran sendiri. Tawa kecil aku hambur bebas. Mengarut sungguh. Takkan lah secepat ni ada bayi kecil di dalam perut buncit aku ni.
Tapi...bila difikir kembali. Aku telan air liur. Tak mustahil kan kalau ada nyawa yang baru hendak bernafas di dalam jasad aku ni. Yang terhasil daripada hubungan antara sepasang kekasih sah.
Tanpa sedar, tangan kananku dibawa naik mengusap lembut perut sendiri. Lembut seperti membelai anak kucing yang sedang lelap dengan nyamannya.
Aku senyum sendiri. Kalau benar ada bayi dalam ni, ingin aku menangis kegembiraan.
Untuk memastikan bahawa aku benar-benar berbadan dua, aku nekad untuk ke klinik. Hari ini seorang diri. Ya, aku ingin merahsiakannya dan jika benar aku mengandung, aku nak buat kejutan dan hadiah penuh makna kepada Han.
Air mata yang bergenang sedari tadi tak mampu lagi hendak di tahan. Jatuh berderai dengan penuh makna. Ya Tuhan...
Aku...aku mengandung!
"Alhamdulillah!" Tak putus-putus aku memanjatkan tanda kesyukuran ke hadrat ilahi.
Gambar kandungan beberapa minggu yang terpapar jelas di atas kepingan kertas filem itu aku tatap dan elus perlahan.
"Anak mama..." gumamku seraya tersenyum lebar.
Han Dylen
Sebaris nama itu tak henti-henti berlegar dalam kepala. Nama lelaki yang bakal bergelar seorang bapa. Bapa terbaik. Alahai...

YOU ARE READING
[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇
RomanceHidup seorang Erina Wardah tak segembira yang bernafas disekelilingnya. Semenjak dia disahkan menghidap penyakit kronik di zaman kanak-kanak, hidupnya mula bergantung sepenuhnya dengan ubat. Secara tak langsung, dia ditahan di hospital buat sementa...