fifthy-seven

3.7K 175 9
                                    

Sekali lagi, tubuhku rasa nak menggigil. Tak tahu nak rasa takut, gelabah atau naik angin mendengar kata-kata si Unknown Number tu.

Congratulation to you and Han...

Up to one step, i will make sure you guys have a nice life...

Kurang ikhlas. Bernada sinis.

Ya, dia hubungi aku lagi. Di hadapan Carlo.

"Shit!" Meja ditumbuk sekali, bergema. Mata lelaki itu tajam menahan geram.

"Awak pun kenal dia juga ke Carlo?" soalku takut-takut. Sumpah seram bila pandang Carlo yang tiba-tiba bertukar garang. Sebiji macam Han kalau sedang marah.

"Yes, i know. Lelaki yang buli Encik Han dulu. Dia memang selalu ganggu Encik Han. Tapi saya tak tahu pun sampai bos dah kahwin dia masih nak kacau. Dan yang paling saya tak boleh nak terima akal, awak pun dah terlibat sekali." kata Carlo. Naik turun nadanya.

"Dia ugut kami, Carlo. Saya takut"

Aku menunduk, menekur lantai tanah. Entah kenapa, penglihatanku nampak begitu kabur. Terasa ada berlian jernih yang bertakung di birai mata.

Carlo hela nafas berat. Dia ukir senyuman di hadapanku.

"Jangan takut, Erina. Saya percayakan Encik Han. Dia takkan biarkan semua ini berlaku. He loves his women...and he never let anyone hurt and touch you. I know that. Trust me, tesoro" kata Carlo. Lembut.

Lama aku diam. Hujung jari telunjuk pun sudah mula naik mengesat air mata.

"Saya sayang Han. Dan saya tak nak dia terseksa. Cukuplah dia menderita suatu masa dulu dan tak nak semuanya kembali berulang di masa bahagia dia sekarang. Saya nak dia hidup gembira bukan sengsara." luahku menahan sebak yang tiba-tiba menyerang dada.

"Me too, tesoro. Saya yakin Han akan bahagia hidup dengan awak. Matlamat hidupnya dah tercapai. Tiada apa lagi yang dia inginkan selain berada di sisi awak, Erina. Sebelum dan selepas, itulah yang selalu dia bagitahu saya. Look...how love him with you. You lucky to have him. And Han also lucky to have women like you."

Mengenang ayat Carlo, hati beransur-ansur tenang. Aku koyak senyum tipis.

"Thank you, Carlo." ucapku ikhlas.

"My pleasure, tesoro. Lagipun memang betul pun" kata Carlo.

Aku mengangguk, mengeyakan sahaja.

Carlo kembali menyandar tubuh di belakang kerusi. Santai. Tapi tak tahu kenapa, waktu sekarang ni juga aku rasa nak mengajukan soalan kepadanya lagi. Rasa tak puas. Lepas satu, ada lagi satu.

Dan soalan tu, mungkin sudah tiba masanya untuk bertanya walaupun agak loya nak ambil tahu.

"Carlo..." panggilku perlahan.

"Hmm?" Kening Carlo dijongket ke atas.

"Errr...saja nak tanya. Awak tahu tak siapa nama lelaki yang telefon saya tadi tu?" Aku ketap bibir setelah itu. Tutup mata dan sekarang rasa nak bagi high-five dengan permukaan meja.

[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now