Siang malam aku berlalu, aku hanya duduk di rumah. Buat apa-apa yang patut. Dan bila bosan, baca novel. Ataupun scroll media sosial. Tapi bosan juga bila asyik terperuk di dalam rumah. Dan bila Amran ajak aku keluar, terus aku setuju. Oh ya...Amran dan aku masih berhubung rapat. Dulu sampai sekarang, dekat aje.
Aku dan Amran hanya keluar berdua. Maklumlah lama tak berjumpa. Hampir sebulan. Eh? Lama tak tu?
Amran ajak aku pergi mall. Katanya nak bawa aku jalan-jalan. Bawa main boling. Dating konon, aku tumbuk muka dia baru tahu.
Sudahnya aku hanya bersetuju. Terima cadangan dia. Bagus juga lah dia dah ajak aku jalan. Tak lah mereput aku dalam rumah ni.
Aku hanya memakai seluar palazo hitam dan baju blaus coklat. Selendang krim dililitkan ke kepala. Kalau janji Amran bukan janji Melayu, mungkin pukul sepuluh pagi dia dah siap menunggu di depan rumahku.
Tepat-tepat pukul sepuluh pagi, Amran Whatsapp aku. Menyatakan bahawa dia dah tiba. Nasib baiklah aku dah siap. Amran kalau dah berjanji memang tepat. Itu yang buat aku tabik dengannya.
"Hai, Erina! Kawan baik aku yang cantik lagikan comel. Lama tak nampak kau. Rindu!" tegur Amran sebaik sahaja aku masuk ke dalam kereta.
Aku sekadar membalas hai balik. Malas nak layan perangai dia. Amran aku tengok segak dengan seluar jean dan baju T Polo berwarna hitam. Santai tapi bergaya. Dia ni, kalau diam mesti nampak maco. Apatah lagi dengan tubuhnya yang lean muscular. Tapi, sekali mulut dia berbunyi, terus lari semua awek mengurat. Pedas! Dari dulu sampai sekarang, memang savage!
Tapi aku tetap terima dia seadanya. Kalau orang yang lain lari daripadanya hanya kerana sifat dia yang macam tu, orang tu yang rugi. Sebab Amran seorang kawan yang sangat baik. Dari bangku sekolah sampailah sekarang, tak pernah dia tak tolong aku bila dalam kesusahan. Kebaikan dia mengalahkan kawan-kawan aku yang lain. Sebab tu aku selesa dengannya.
"Kita nak pergi mana?" soalku. Tali pinggang keledar dipakai.
"IOI City Mall"
"Haih kau ni...aku tahulah tempat tu dekat , tapi tak payahlah nak asyik pergi situ aje. Bosanlah." rungutku.
"Aku tahu kau cantik, Erina. Tapi boleh tak kau duduk diam-diam dan ikut aje. Aku juga yang drive bukan kau" balas Amran.
Menjeling aku dengar. "Hmm iyalah...kau bukannya sayang aku pun." bibir aku cebikkan ke depan. Merajuk la cam ni!
"Ya, Tuan Puteri. Kalau macam tu Tuan Puteri nak pergi mana?" soal Amran. Sempat sindir aku sedas.
Aku berfikir sejenak.
"Haaa..apa kata kita pergi Sunway Piramid nak?" Aku memberi cadangan. Harap diterima.
"Kau sure ni nak pergi sana?" tanya Amran lagi.
Bila dengar dia tanya macam tu, aku terus angguk laju. Yakin seratus peratus.
"Aku sure. Lagipun kat sana pun ada boling kan?" aku pandang Amran dengan mata yang tercilik luas.
"Kau okay tak ni kalau nak jalan-jalan? Main boling? Aku baru ingat yang kau tak boleh main benda berat" kata Amran lagi.
"Halah....Aku okey aje ni. Asal kau setuju dengan aku nak pergi sana. Lagipun aku janji aku akan main sekali aje benda tu." berusaha aku pujuk. Kelip mata beribu kali.
Amran pandang aku. Tatapannya seperti sedang berfikir. Memberi pertimbangan.
"Hmm...okeylah. Apa-apa demimu, Tuan Puteri. Saya hanya menurut perintah. Jom kita ke Sunway Piramid." Dia tabik. Sindir aku lagi.

ANDA SEDANG MEMBACA
[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇
RomanceHidup seorang Erina Wardah tak segembira yang bernafas disekelilingnya. Semenjak dia disahkan menghidap penyakit kronik di zaman kanak-kanak, hidupnya mula bergantung sepenuhnya dengan ubat. Secara tak langsung, dia ditahan di hospital buat sementa...