Untuk kedua kalinya, aku sangat tak sangka Han akan bawa aku ke tempat yang sungguh cantik ini. Destinasi kedua selepas Luxembourg Garden.
Seine River
Dari apa yang aku selalu dengar, kata orang sungai tu antara tempat yang wajib dikunjungi oleh para pelancong dari luar negara. Tak rugi, sebabnya cantik dan kita boleh menikmati pemandangan keindahan kota Paris sambil menaiki Cruise Boat. Dan yang buatkan aku rasa nak melompat gembira lagi adalah bila dapat tahu Eiffel Tower juga terletak berdekatan dengan sungai ni.Sebaik sahaja kami tiba, mata terus lekat memandang ke arah tempat itu. Mulutku yang hampir nak terbuka luas akibat kagum itu laju di tutup guna telapak tangan.
Macam yang orang-orang kata, tak ada satu pun kebohongan yang aku nampak. Seratus peratus betul. Indah dan cantik sahaja.
Baru berdiri kat depan boat, belum lagi naik. Itu pun aku dah separuh mati kekaguman dengan pemandangan depan mata.
Han yang sedang berdiri di hadapanku hanya memerhati. Mungkin dia sedang bagi aku masa untuk mencerna pemandangan ini sebelum bakal menikmati pemandangan yang luar biasa lagi di atas boat nanti.
"Sebelum ni, saya tak pernah sangka saya dapat menikmati permandangan indah macam ni depan mata saya sendiri." gumamku sambil tersenyum.
"I think you should try to get on the cruise first" ucap Han sambil berlagak santai.
Bola mataku terus menatap ke arah wajahnya. "Best ke kalau naik cruise?" aku tetap bertanya walaupun tahu betapa seronoknya kalau naik.
"More than best." kata Han. Langsung berbinar mataku mendengarnya. Rasa teruja pun tiba-tiba dah sampai tahap maksimum.
"Ye ke??"
Han mengangguk. "Yes. Kalau tak percaya, jom." ajaknya.
Dengan hati yang cukup gembira, aku mengangguk dan mula mengikutinya dari belakang. Sesekali aku nampak Han berhenti sebab tak nak aku berjalan di belakangnya. Katanya, dia nak aku berada di sebelahnya. Takut bahaya konon. Tiba-tiba dia jadi protective. Pelik juga tapi aku tetap patuh akan arahan. Sampailah kaki sudah mula berpijak di atas Cruise besar itu, aku langsung berlari anak ke hadapan kapal. Meninggalkan Han yang nampak seperti hanya memberikan aku kebebasan.
"Wah!" kagumku, tak dapat nak sorok tayang muka terlebih teruja.
"Cantiknya!" kataku lagi.
"Right?" ucap Han tiba-tiba. Dia kini berdiri disampingku sambil turut memandang ke arah pemandangan yang sama. Dengan bot yang bergerak ini, kota-kota Paris nampak semakin lama semakin jauh ke belakang.
Aku mengangguk seraya tersenyum manis. "You right" kataku sambil memandang ke arah Han sekilas.
"You just wanna stand here, mariposa?" soal Han.
YOU ARE READING
[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇
RomanceHidup seorang Erina Wardah tak segembira yang bernafas disekelilingnya. Semenjak dia disahkan menghidap penyakit kronik di zaman kanak-kanak, hidupnya mula bergantung sepenuhnya dengan ubat. Secara tak langsung, dia ditahan di hospital buat sementa...