eighteen

4.1K 237 6
                                    

Aku dan Han kini berada di dalam sebuah kedai. Hanya dengan sekali pandang sahaja, aku dah tahu ini kedai apa.

Berkerut. Aku pandang sekeliling.

"Kita buat apa kat sini?" aku bertanya. Bingung. Kenapa waktu-waktu macam ni, dia bawa aku pergi kedai alat seni.

Dari hadapan kedai lagi, terpapar nama Art Shop. Dan dari situ aku tahu, kedai yang kami pijaki sekarang ini ialah kedai barang-barang seni.

Han tak membalas. Lebih selesa diam. Kemudian, dia berjalan ke satu sudut. Melihat itu, aku hanya ikut.

Sambil berjalan, sambil itu jugalah mataku sibuk melihat sekeliling kedai. Pandang barang-barang yang ada. Semua yang dijual dalam kedai itu adalah barang-barang untuk melukis. Dari berus halus hinggalah cat warna. Lengkap. Semua ada.

Sesekali aku pandang lukisan yang tergantung sempurna di atas dinding kedai. Permandangan matahari terbenam yang berwarna jingga bersama dengan dua bayangan manusia yang saling bertaut antara satu sama lain. Sepasang kekasih mungkin? Senyum sendiri. Satu yang boleh aku kata bila lihat lukisan itu. Cantik!

Han berhenti. Automatik langkahku turut terhenti. Nasib aku sempat sedar kalau tak, mau bercium aku dengan belakang tubuh sasa Han ni.

Tangan Han aku nampak sedang mencapai sesuatu. Aku hanya memerhati. Apalah yang dia nak beli tu?

Benda yang dia ambil itu sudah berada tepat dalam tangan. Kerut. Aku sengetkan kepala ke kanan. Kanvas putih?

"Awak nak buat apa dengan canvas tu?" tanyaku.

"Nak dijadikan kipas panggang ayam" jawab Han selamba.

Stupid!

Sakit hati? Memang pun. Geram betul aku dengan jawapan dia tu. Orang betul-betul, dia nak main-main.

Aku ketap gigi. Menahan geram.

"Why? Do I use your money if I want to buy it?" soal Han sambil tangan sibuk mencari barang seterusnya. Cat warna atau berus, mungkin?

Aku diam. Dalam otak memikirkan kebenaran kata-kata Han itu juga. Hmm...betul juga kata dia. Bukannya dia guna duit aku pun untuk beli barang yang dia nak. Itu hal dia lah, kenapa aku nak geram.

Aku hela nafas. Kalah.

"No..." jawabku perlahan. Nada bersalah, tersirat kata maaf.

Setelah siap cari barang, Han atur langkah. Pergi kaunter pembayaran. Untuk bayar barang. Aku hanya mengikutinya dari belakang. Memerhati setiap langkahnya. Kanvas yang dia pegangnya tadi dikepit dicelah ketiak. Tangan kanan masuk mengambil beg duit. Lalu mengeluarkan kad didalamnya.

"all two hundred and fifty five ringgits" kata cashier itu.

Aku yang berdiri sedikit jauh dari kaunter ternganga mendengarnya. Gila mahal! Dia beli sekeping kanvas, beberapa buah cat dan berus melukis aje pun. Apahal sampai kelangit harga dia ni? Mencecah kepala dua. Tak dapat nak diterima dek akal betul la.

Kalau aku yang berdiri ditempat Han sekarang ni mesti aku dah letak balik barang-barang tu. Berfikir bahawa lain kali aje kut aku akan beli. Sebab apa? Tak ada duit nak oii!

Itu yang aku rasakan. Namun berbeza dengan Han. Tak banyak bunyi, aku nampak dia terus meletakkan kadnya diatas kaunter. Selamba sis!

Oh ya baru ingat, Han kan kaya. Pemilik hotel gah di Malaysia, bayar dua ratus ringgit pun dia rasa macam bagi dua ringgit.

Setelah selesai membayar, Han kembali menghampiriku.

"Jom..." ajaknya.

Berkelip lalu aku angguk. Kaki diatur untuk menjejak keluar kedai yang boleh tahan mahal selangit harga barangnya.

[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now