Sedang saya makan nasi berlauk seorang diri di kedai mamak, datang seorang sister menanyakan kepada saya, "sis bila nak update? Dah dua tahun ni sis?" Lalu saya menjelaskan kepadanya saya bukanlah seorang sis walaupun saya menulis novel romantik komedi.
Sister tersebut tidak puas hati lalu mencekak leher saya dan menengking, "Diam! bila nak update? Apa jadi dengan Mia Sofea? Mana Cikgu Amin? Bila diorang nak kahwin? Kata novel pasal isteri tak jadi isteri pun?" sehingga terpercik air liurnya di dalam air sirap saya.
Selera saya patah. Betapa cantik pun sister tersebut bila dah tersembur air liur spoil jua. Kemudian saya menjelaskan kepadanya bahawa saya sedang menulis novel wattpad misteri bertajuk "Dia Bernama Puteri". Saya buat keputusan untuk siapkan novel ini dahulu barulah saya consider balik untuk novel isteri popular. Susah nak switch otak kepada mood romantik bila dah fokus kepada misteri dan twist.
Sister tersebut melepaskan cengkamannya dan mengangguk faham. Dia berkata lagi, "update lah sis!" Ish, tak faham betul la budak ni! Bazir masa aku explain.
Apapun berita baik, saya dah completekan novel wattpad misteri saya "Dia Bernama Puteri". InsyaAllah saya cuba sambung novel Isteri Popular pulak sejauh yang boleh. Doakan supaya saya dipermudahkan update.
Novel misteri saya jemput baca semua, free reading dari awal sampai habis. Boleh tengok kat profile wattpad saya. Sementara tunggu novel isteri popular ni.
ANDA SEDANG MEMBACA
Isteri Paling Popular!
RomanceCover by: Canva Model: IG @sema.henna Amin adalah seorang guru sekolah menengah yang sukakan kehidupan yang aman, normal dan biasa. Namun segalanya berubah apabila dia dijodohkan dengan Mia Sofea, seorang artis wanita paling popular dan ternama..
