BAB 4

4.4K 288 6
                                    

Dibuka bukunya dan segera menulis nota apa yang cikgu sudah tulis dihadapan. Xavier meletakkan kepalanya di lengannya dengan mata tidak lepas dari memandang Rez.

Rez perasan akan renungan jejaka tu tapi dia malas mahu mengambil kesah. Mata dia kan? Lantak lah.

"Nama kau Rez je ke?"soal Xavier.

"Farezel"Terkaku Xavier. Farezel? Dia seperti teringat akan sesuatu tapi dia lupa apa benda tu.

"Kalau aku panggil Fa boleh?"terhenti tangan Rez yang sedang menulis.

"Aku tak suka."datar suaranya dan menyambung menulis nota.

"Okey kalau kau tak suka aku panggil nama tu. Biar aku panggil kau sayang boleh?"Xavier tersenyum nakal. Tidak pernah dia mahu senyum kepada perempuan tapi kalini dia khaskan pada gadis tu walaupun senyuman dia agak miang.

"Xavierrr apa yang kamu cakap tu hah? Tak nampak saya sedang mengajar depan ni?"Xavier segera membuka buku dan menyalin nota di hadapan tu.

Tergeleng kecil kepala Rez melihat jejaka di sebelahnya ini.

Bunyi sahaja loceng rehat, semua pelajar bingkas bangun untuk ke cafe.

"Rez. Jom"Gadis tu menyimpan bukunya di dalam beg. Baru sahaja dia mahu melangkah pergi, Hujung bajunya ditarik oleh seseorang.

Ditoleh ke arah orang tersebut ialah Xavier.

"Man first"King's menjelirkan lidah mereka ke arah tiga gadis tu sebelum keluar dari kelas tersebut.

"Ada yang aku pijak mati sekejap lagi!"Dira mengepal penumbuknya. Dia tidak puas hati dengan Malique yang sering menggangu nya semasa dia sedang menulis.

"Dah dah jom pergi makan."DG turut keluar dari kelas tu untuk ke cafe.

Rez menyuap bihun sup tu ke dalam mulutnya. Dira dan Syah hanya tersenyum saja melihat gadis tu. Berselera sungguh Rez harini.

"Pagi tadi kau tak sarapan kan?"Mengecil mata Dira memandang Rez. Gadis tu mengangguk saja.

Dicapai serbuk cili dan dituang ke dalam bihun sup nya. Dia suka pedas.

"Aippp jangan banyak sangat. Nanti perut kau sakit."Syah mengambil botol serbuk cili tu dari tangan Rez. Mau habis sebotol tu kalau dapat dekat Rez.

"Comel Rez makan. Nampak tak pipi dia kembung."Xavier menoleh ke belakang melihat gadis tu. Terukir senyuman nipis di bibirnya. Rasa geram pula mau mencubit pipi Rez .

"Asal aku pulak yang geram dengan pipi Rez?"menajam mata Xavier melihat Malique.

"Aku tanda Rez dulu. Kau ambil lah si Dira tu."Assyraaf menepuk bahu malique.

"Nampaknya cik abang Xavier kita dah tangkap cinta cintun dengan Rez."Malique tergelak sambil mengangguk.

"Itulah tu. Apa kata kita try pikat hati diorang? Aku tengok macam hati diorang ni keras semacam ja. Mana tahu kita dapat cairkan hati diorang?"cadang Malique.

Dilihat dua sahabatnya menganguk menyetujui rancangannya.

"Misi dapatkan hati diorang"Serentak tiga jejaka tu berkata.

"Hm Rez boleh aku tanya?"Gadis tu mengangguk saja dan menoleh ke arah Xavier.

"Mak ayah kau masih ada lagi? Sorry kalau soalan nampak macam kurang ajar."Rez menggeleng kepala nya perlahan.

"Dah meninggal 4 tahun lepas."Xavier terdiam seketika. 4 tahun lepas? Fikirannya mula mengingati.

"Kereta terbakar?"Perlahan suara Xavier dan didengari oleh gadis disebelah nya ni. Rez menoleh ke arah nya.

"Macam mana kau tahu?"Xavier segera menggeleng kepala nya.

"Tak ada apa pun. Cuma tersebut"Sengih nya. Rez mengangguk tanpa syak apa apa.

Xavier meletakkan kepalanya di lengannya dengan menghadap ke arah dinding. Bibirnya mengukir senyuman. Tidak salah lagi. Gadis yang selama ni dia cari sudah ada dekat dengannya.

Dan apa yang pasti dia akan cairkan hati keras Farezel.

9. GHH | MISSION [C]Where stories live. Discover now