BAB 25

3.4K 226 9
                                    

Selama satu bulan Rez menetap di US. Selama satu bulan jugak lah Xavier seakan tidak terurus apabila isterinya tiada di sisi.

Terasa menyesal mula hadir dalam dirinya. Menyesal kerna halau Rez keluar dari rumah. Dia rindu kan isterinya, dia rindukan pelukan gadis tu. Dia rindukan pipi gebu itu. Semuanya tentang Rez dia rindu.

"Sayang, abang rindu."Dilentokkan kepalanya di katil. Bonda dan ayahda nya sudah tahu dan dia dimarah teruk kerana menghalau Rez keluar dari rumah.

"Boss, saya nampak adik boss di US"

Menegak terus badan Fairel apabila anak buahnya menelefonnya dan beritahu yang adik perempuannya berada di US.

"Seorang diri?"soal Fairel.

"Tak boss, dia jalan dengan 4 orang lelaki "

Berkerut dahi Fairel. Dan seketika dia mendapat idea.

"Cuba kau langgar bahu adik aku tapi aku nak panggilan jangan dimatikan"Arah Fairel dan anak buahnya hanya ok kan saja.

Jim pura pura yang dia terburu buru dan dengan tidak sengaja dia terlanggar bahu Rez.

"Oi! Buta ke hah? Boss Cae oke?"Rez mengangguk.

"Sorry cik saya tak sengaja tapi sekejap Cae? Ketua ice dragon?"dilihat Gadis tu mengangguk. Jim segera menundukkan badannya.

"Maafkan saya Demon Cae."Mohon nya.

"Tak apa sikit ja"Disambung langkahnya.

Fairel yang berada di talian terdiam seribu bahasa. Adik dia Cae? Ketua ice dragon?

"Boss adik boss ketua ice dragon. Nasib dia tak tahu saya anak buah boss kalau tak mati saya boss"

Fairel menelan air liur nya tidak dia sangka adiknya ketua mafia juga bahkan di Rangking pertama. Dia pun kalah.

"Tak apa Jim. Terima kasih"Ditamatkan panggilan nya. Dia masih terkejut apa yang dia dapat.

Diambil jaketnya dan didail nombor adik iparnya.

"Kau bagitahu aku sekarang macam mana adik aku boleh pergi US? Kau buat apa dekat dia?"Tanya Fairel dengan tatapan tajam ke arah adik iparnya yang menunduk.

"Saya minta maaf bang Rel. Saya pukul dia dan saya halau dia sebab saya dapat tahu dia keluar dengan lelaki lain."Fairel mengetap gigi nya kuat.

"Kau memang cari pasal Xavier. Isteri kau bukan orang biasa."Jejaka tu mengangkat muka.

"Apa maksud bang Rel?"Jejaka tu tersenyum sinis dan ditunjuk ke arah luar restoran.

Terdapat 6 jejaka berpakaian hitam yang ditugaskan untuk menjaga Xavier dari jauh. Wajah mereka ditutup dengan mask.

Earpiece tersemat di telinga masing masing.

"S..siapa diorang?"Fairel bangun dari duduknya dan menepuk bahu Xavier.

"Goodluck Xavier..tanya Rez sendiri siapa dia sebenarnya dan masa tu kau fikir lah baik baik."Fairel melangkah keluar dari restoran tersebut.

Xavier turut keluar dari restoran dan seperti apa yang dia fikirkan, ke enam jejaka tu ada dimana dia berada.

Rez naik ke private jet nya untuk pulang ke Malaysia semula. Apa yang dia mahukan sudah dapat dan dia akan balas balik apa yang mereka lakukan padanya.

Xavier hanya melihat saja tempat isterinya. Cikgu Hasreen melangkah masuk.

"Kita akan ada pelajar baru dan di tempat sebelah Xavier akan diduduki olehnya."Xavier menghela nafas perlahan..dia mahukan isterinya yang duduk sebelahnya. Muka disembamkan di meja.

Rez melangkah masuk dengan mengunyah gula gula getah.

Dia terus duduk di sebelah suaminya sendiri.

Dikeluarkan earphone nya dan disumbatkan ke dalam telinga. Lagu dibuka.

Ditoleh ke arah Dira dan Syahla yang tersenyum melihatnya. Diukir senyuman sinis nya.

Bunyi saja loceng rehat. DG bingkas bangun. Kebetulan Xavier yang turut bangun bertentang mata dengan gadis yang dia rindui.

"S..sayang?"Rez mengatur langkah pergi dari situ tanpa mempedulikan Xavier. Jejaka tu mengejar langkah nya.

Ditangkap tangan Rez namun direntap kasar.

"Tak payah nak sentuh aku"Dingin suaranya dan menyambung langkahnya.

Xavier menghela nafas nya perlahan. Bahunya ditepuk dari belakang.

"Pikat lah hati dia balik. Kau tahu tak kita dah nak berjaya cairkan hati diorang tapi disebabkan kita percaya gambar gambar tu hati diorang keras semula"tutur Assyraaf.

9. GHH | MISSION [C]Where stories live. Discover now