BAB 16

3.4K 239 0
                                    

"ada, masa dua ribu berapa entah ada sepasang suami isteri ni datang rumah arwah makcik Fatimah dengan pakcik Hashim. Diorang arahkan Makcik Fatimah untuk jagakan seorang budak ni. Setahu akak budak lelaki tu nama dia Fazril Carlos tetapi ibu dan ayah budak tu suruh tukarkan nama. Akak tak tahu kenapa."jelas Kak Aina panjang lebar.

DG berpandangan.

"Boleh saya tahu apa nama budak lelaki tu selepas ditukarkan?"Kakak Aina terdiam seketika.

"Oh ya Muhammad Hakimi"Rez terkedu.

"Eh sekejap ya akak pergi buatkan air."DG cepat cepat menghalang.

"Eh kak Aina tak payah lah susah susah. Kami datang ni sekejap jaa. Lagipun dah kenyang dah sebelum datang sini."tutur Syahla lemah lembut.

"Lah kalau macam tu tak apalah. Ni kamu bertiga masih sekolah ke?"DG mengangguk serentak.

"Baru 17 tahun kak. Oh lupa pula nama saya Dira, ini Syahla dan ini pula Farezel."Kakak Aina menganguk faham.

Setelah berpuas berbual, DG meminta izin untuk pulang kerana sudah lewat petang.

Semasa dalam kereta, Rez hanya memikirkan tentang Hakimi atau lebih tepat Fazril Carlos.

Nafas dihela perlahan. Di buat panggilan pada sepupunya yang dia mahu berjumpa dengan Hakimi sekejap.

Diparkirkan keretanya di rumah yang pernah Hakimi bawa semasa jejaka tu menculiknya.

Dibuka pintu tu perlahan dan melangkah masuk. Dicari susuk tubuh tu. Kaki diatur melangkah ke bilik. Dikuak pintu tu dan terpandang akan jejaka tu sedang tidur dengan posisi meniarap.

Didekati Hakimi. Ditatap wajah tu. Jadi selama ni Hakimi adalah Fazril Carlos? Abang kandungnya yang dari dulu dia cari.

"Abang."air mata mula bertakung. Cepat cepat dikesat air mata nya. Hakimi mencelikkan matanya apabila terasa bahunya ditepuk.

"Hmm Rez?"Jejaka tu bangun dari baringannya.

"Kenapa kau menangis?"Rez berdehem.

"Tak pun cuma tadi habuk masuk mata."Diukir senyuman nipis. Hakimi mengeliat kecil.

"kenapa datang ni? Rindu aku eh?"Mengecil mata jejaka tu memandang Rez.

"Boleh tak Kim ikut Rez pergi pantai?"Jejaka tu mengangguk.

"Aku nak mandi dulu."Rez bingkas bangun melangkah keluar dan menunggu di dalam kereta.

Pintu kereta gadis tu dibuka dan melangkah masuk.

"Kau ada apa apa nak dibincangkan ke sampai kau datang jumpa aku sendiri."Rez mengangguk.

"Penting untuk Kim tahu."Jejaka tu mengangguk faham.

Setiba nya di pantai, mereka melangkah keluar dan mendekati bangku yang berada disitu.

"Boleh Rez tanya?"Kim mengangguk.

"Kim ada ibu dan ayah?"dilihat jejaka tu mengeleng.

"Dah meninggal dunia. Kenapa kau tanya?"Rez menatik nafasnya dahulu.

"Nama betul hakimi bukan Muhammad Hakimi kan?"Jejaka tu tergelak.

"Apa kau mengarut ni? Nama aku memang Muhammad Hakimi"katanya dan dipandang air laut tu.

"Tak. Nama hakimi adalah Tunku Fazril Carlos. Dan makcik Fatimah dengan pakcik Hashim bukan orang tua kandung Hakimi. Orang tua kandung Hakimi ialah Tunku Celine dengan Tunku Faishal" jejaka tu bangun mengejut dan memandang wajah Rez.

"Apa kau mengarut ni hah? Ibu dan ayah aku jaga aku dari kecil tau tak. Kau datang datang nak cakap macam tu kau ingat kau siapa?"Rez menunduk.

"Makcik Fatimah dengan pakcik Hashim tak pernah cerita?"Jejaka tu terdiam.

"Kimi, kalau kamu dah bersedia. Buka lah surat dalam kotak ni yer. Dan ibu nak selepas kamu dah tahu ni jangan bencikan diorang yer."

"Bawa aku pergi rumah ibu aku."Rez mengangguk dan mereka berdua segera melangkah ke kereta.

Setiba nya dirumah makcik Fatimah dengan pakcik Hashim. Hakimi berlari ke bilik dicari kotak tu.

Surat tu di buka dan dibaca. Mengigil tangannya dan kertas tu terlepas dari tangannya.

'hakimi anak ibu, ibu tahu masa kimi baca surat ni mesti ibu dan ayah dah tak ada disisi kamu. Ibu nak kamu tahu yang ibu dan ayah bukan orang tua kandung kamu. Orang tua kandung kamu ialah Tunku Celine dengan Tunku Faishal. Diorang arahkan ibu dan ayah untuk jaga kamu dari musuh diorang. Jangan bencikan diorang ya Hakimi. Ibu minta maaf sebab rahsiakan benda ni. Nama kamu yang sebenar ialah Fazril Carlos bukan Hakimi. Ibu pasti kamu akan berjumpa dengan keluarga kandung kamu sendiri. Maafkan ibu dan ayah sekali lagi ya.'

9. GHH | MISSION [C]Where stories live. Discover now