BAB 10

3.9K 239 5
                                    

DG mengintai terlebih dahulu sebelum keluar dari tandas.

"Line clear jom"DG keluar dari tandas. Kebetulan Kings turut keluar.

"OI!! KEJAR DIORANG!"DG tersentak dan membuka langkah seribu.

"Berpecah weih!"Arah Syah. Mereka bertiga berpecah.

Rez melangkah masuk ke dalam sebuah bilik stor. Dia berundur beberapa tapak dan dengan tidak sengaja siku nya terkena bucu meja yang ada dalam bilik tu.

"Aish berdarah lagi. Rimas betul lah."Rez mendengus kasar dan melangkah keluar dari bilik stor. Paip air dicari untuk membasuh luka. Bandage dibuka terlebih dahulu.

"Jumpa pun kau."Xavier mengatur nafasnya kerana penat mencari gadis ini.

"Siku kau kenapa?"Soal Xavier.

"Terkena bucu meja dalam bilik tu."Walaupun pedih dia terpaksa basuh juga.

Xavier menarik gadis tu ke bangku. Dikeluarkan sapu tangannya. Dilap perlahan siku Rez.

Diikat siku Rez agar darah tidak mengalir lagi.

"Suka ehh lukis dekat muka aku. Sini kau."Dia mahu menarik gadis tu namun Rez bingkas bangun melarikan dirinya.

"wiee tak dapat"Xavier mengetap bibirnya dan segera mengejar langkah gadis tu. Xavier menangkap Rez dari belakang. Kedua tangan Rez dicantum kan di belakang.

"Xavier.. siku"Jejaka tu mengaru keningnya dan terus mencempung tubuh gadis tu.

"Weih turunkan aku lah!"Xavier tersenyum sinis. Mudah kerja dia.

"Alahhh lepaslahh!"syahla meronta ronta dari pegangan Assyraaf. Dibawanya dia macam dia ni perompak.

"Duduk."tegas suara Assyraaf. Syah duduk di kerusi.

"Eh??"Ternganga mereka melihat Xavier yang mendukung Rez secara bridal style.

Xavier menurunkan gadis tu dan disuruh agar duduk di kerusi.

"Kenapa conteng muka kitorang?"serentak Kings bertanya dengan melutut depan DG.

"Bosan."serentak DG membalas.

"Korang perlu dapat denda"Berkerut dahi DG.

"Apa?"

"Jadi kekasih kami selama 2 bulan. Kalau korang jatuh hati dengan kami. Kita lanjutkan jelah sampai ke pelaminan."DG tersenyum sinis. Dan serentak menunduk mendekatkan wajah dengan Kings.

"Kitorang takkan buat."Rez mencuit hidung mancung Xavier.

"Ni hukuman sebab korang conteng muka kami."jelas wajah King's tak puas hati.

"Kitorang takkan buat apa yang korang suruh."DG bersandar di kerusi.

"Tak adil!"Kings bangun dari melutut dan dipandang tajam ke arah DG.

Mata Rez meredup memandang wajah Xavier. Jejaka tu melarikan pandangan kerana gugup.

Hatinya berdegup kencang apabila gadis ni memandang nya bergitu.

"Why do you look at me like that?"Soal Xavier. Entah kenapa dia lemah jika gadis tu melihatnya sebergitu.

"Tak tahu. Rez nak tidur"Disembamkan mukanya di pengelangan tangannya.

Sepupunya turut buat seperti nya.

"Kenakan diorang pulak nak?"cadang Malique. Xavier segera mengeleng menandakan jangan.

Jejaka tu duduk di tempatnya. Rambut Rez diusap perlahan. Ditarik gadis tu agar Rez tidur di pehanya.

Rambut ikal mayang gadis tu diusap perlahan. Wajah ini lah yang dia rindukan 4 tahun yang lalu.

Dia ingatkan yang dia takkan berjumpa dengan Rez lagi dan akhirnya Allah mempertemukan mereka berdua lagi.

Xavier melihat Rez membuka matanya dan memandang ke arahnya.

"Kenapa hm?"

"Sakit kepala lah. Boleh tolong picitkan?"Xavier menganguk dan diurut perlahan pelipis tu.

Dipandang kedua sahabatnya yang turut menjaga DG.

Pelajar lain hanya buat hal masing masing saja. Guru pula jarang masuk ke kelas.

Xavier mencubit-cubit pipi gebu Rez. Terasa geram pula.

Petang itu, Rez bersiar siar di taman yang berdekatan walaupun hari tidak cerah. Kemungkinan akan hujan sekejap lagi.

Rez terasa kepalanya basah. Didongak melihat hujan sudah mulai turun. Kaki diatur langkah untuk pulang.

Rez terdengar bunyi tin yang disepak. Ditoleh ke belakang namun tidak ada sesiapa. Dibuka langkah seribu dan seorang tu turut membuka langkah untuk mengejar  gadis tu.

Rez berteduh di sebuah rumah usang. Hujan yang lebat membasahi bumi. Tangan naik berpeluk tubuh kerana sejuk.

Mulut gadis tu ditekup dari belakang sehingga Rez tidak sedarkan diri. Dia segera mencempung tubuh tu ke port nya.

9. GHH | MISSION [C]Where stories live. Discover now