"BAHH!"Sergah Dira dan Syahla. Tersedak ke 6 jejaka yang sedang menghisap rokok di blok belakang sekolah.
"EYY PEREMPUAN NI!! PEDIH KERONGKONG AKU!"Haikal mahu bangun mendekati DG namun dihalang oleh Reyhan.
"Merokok di belakang blok sekolah akan dikenakan denda lari di padang sebanyak 25 pusingan dan push up sebanyak 10 kali. Sebarang bantahan akan di naikkan denda"Dira tersenyum sinis.
Pengetua mengarahkan mereka untuk memantau pelajar pelajar disini. Jika ada yang merokok, menjahanamkan harta benda sekolah, menconteng dinding akan dikenakan denda yang diberi oleh DG.
"Kalau kitorang taknak buat?"Faizul menghembuskan asap rokok nya.
"Kitorang akan buat sampai korang buat"datar suara Syahla.
Namun ke enam jejaka tu hanya tergelak saja.
"Korang tu perempuan. Kitorang ni lelaki. Kalau jadi pemuas nafsu kami pun boleh jugak ni. Tengok muka dah putih mesti body pun aumm jugak kan?"Mereka tergelak.
"tak payah banyak cakap. Habis sekolah kitorang nak korang ada dekat padang sekolah. Kalau aku tak nampak batang hidung korang, tengok lah apa kami buat."Tutur Dira dan DG melangkah pergi.
Namun langkah mereka di halang oleh ke enam jejaka tersebut. Mereka mengelilingi DG.
"Cepat cepat nak kemana cik adik?"Malik tersenyum nakal.
Malik dan Faizul meluru ke arah Rez. Gadis tu mengelak dari dua jejaka tu. Rez melangkah jauh dari sepupunya.
Ditangkap tangan Malik dan disepak perut Faizul.
"CUKUP!"Lantang suara Rez. Terhenti pergaduhan mereka.
Malik memusingkan badannya dan disepak pinggang Rez. Gadis tu terundur dengan memegang pinggangnya.
"Rezz"Syah dan Dira meluru ke arah Rez yang terduduk lemah. Malik terkedu kerna tidak sengaja menyepak gadis tu.
"Weih blah jom."Malik mengeleng kepalanya. Didekati Rez.
"Rez kau okey tak?"Gadis tu mengangguk dan bangun perlahan-lahan.
"Aku minta maaf"DG memandang ke arah Malik.
"Denda korang dibatalkan"Malik menghalang langkah DG.
"Kitorang akan lakukan denda tu"Malik mendekati Rez dilihat gadis tu menegang pinggang nya.
"Sini aku tolong."Malik mahu menolong Rez namun dihalang oleh gadis tu.
"Tak payah."Diatur langkah pergi dari situ. Malik mahu mengejar namun namanya di panggil oleh Syahla.
"Malik. Bagitahu geng korang denda tu tak payah buat. Kitorang pergi dulu."Dua gadis tu mengejar langkah leader mereka.
Malik menghela nafas perlahan..dia sudah dayus kerna menyepak pinggang gadis tadi. Dia perlu minta maaf pada gadis tu.
"Rez. Kau dari mana?"soal Xavier. Dia melihat Rez memegang pinggangnya.
"Kenapa dengan pinggang kau? Hey jawab lah."Risau dia apabila gadis tu hanya diam saja.
"Tak ada apa."balasnya dan disembamkan mukanya di meja.
"Korang pergi mana? Apa jadi ni?"Tanya Malique.
"Bukan urusan kau."datar suara Dira dan dibuka bukunya.
Hakimi hanya melihat gadis tu dari jauh. Dia pasti ada sesuatu yang terjadi dan dia harus bertanya dengan gadis tu.
"Rez makan jom?"ajak Syahla apabila loceng sudah berbunyi.
"Malas"jawabnya tanpa mengangkat muka. Mood makan nya hilang harini. Xavier menyelak rambut Rez.
"Kenapa ni hm? Ada orang rosakkan mood kau ke?"Rez mengeleng.
"Hm Rez kitorang pergi makan dulu okey? Kalau kau nak apa apa telefon lah."Gadis tu hanya mengangkat simbol okeyh saja.
"Xavier, cafe jom"Jejaka tu mengangguk dan bangun dari duduknya.
"Bye sweetie" diusap dahulu kepala Rez sebelum keluar dari kelas bersama dua sahabatnya.
Rez bersandar di kerusi. Baju di pinggang diselak sedikit. Jelas lebam disitu. Nafas dihela perlahan.
"Siapa buat?"Terkejut Rez dan segera diturunkan semula bajunya. Gigi diketap rapat. Kenapa dia tidak tahu yang hakimi masih ada dalam kelas ni?.
"Jawab pertanyaan aku Rez. Siapa buat!"Suara Hakimi mula meninggi dan diletakkan kedua tangan nya di atas meja Rez.
Gadis tu mengeleng perlahan menandakan tiada sesiapa.
"PANDANG AKU! CAKAP DEKAT AKU SIAPA BUAT HAH? JANGAN SAMPAI AKU DAPAT TAHU SENDIRI"dipegang dagu Rez dan didongak agar memandangnya.
YOU ARE READING
9. GHH | MISSION [C]
RomanceHighest #1 in dendam Kehadiran tiga gadis ke sekolah tu membuatkan tiga jejaka tu seakan tertarik dengan sikap tiga gadis tu yang sangat berbeza dengan gadis yang lain. Dingin? Semestinya. Pelbagai cara mereka lakukan untuk memikat hati ketiga gadis...