BAB 46

2.9K 182 3
                                    

5 bulan kemudian.

"Sayang hati hati."Dipegang erat lengan isterinya. Rez duduk di sofa sambil memegang perutnya yang sudah membuncit.

"Abang dah ada nama ke untuk anak kita?"Jejaka tu mengangguk sambil tersenyum.

"Kalau lelaki abang nak letak nama Tunku Xander Chandra kalau perempuan Tunku Fazella Ezana." Rez mengangguk sambil tersenyum.

"Cantik nama."puji Rez. Xavier menyelak baju di perut isterinya. Dicium perut Rez dan diusap lembut.

"Tak sabar nak tunggu anak ayahda ni keluar."Dicium cium perut Rez.

"Eh sayang dia tendang lah"Teruja Xavier. Isterinya hanya tersenyum saja melihatnya.

"Anak ayahda ni duduklah diam diam tak baik tendang bonda berdosa" Rez terus menepuk dahinya.

"Tak ada lah Ayahda gurau ja."dicubit perlahan perut isterinya. Rez menampar perlahan tangan Xavier.

"Tak payah lah cubit."Jejaka tu tergelak. Dicium kedua pipi isterinya yang makin tembam.

"Terima kasih sebab mengandung kan anak abang. Abang sayangkan sayang"Dicium lama dahi isterinya memberi kasih sayang.

"Dah memang tugas sayang pun."jawabnya. Xavier mengukir senyuman manis. Dia bersyukur mempunyai isteri yang sabar seperti Rez.

"Sayang, abang nak berterima kasih tau sebab jadi isteri yang penyabar. Abang minta maaf sangat sangat apa yang abang dah buat dekat sayang dulu sampai abang pernah pukul sayang. I am sorry babygirl" tutur Xavier.

"Tak apa, Sayang dah maafkan abang cuma sayang pun nak minta maaf kalau pernah tertinggi kan suara ke atau kurang ajar dengan abang."Xavier mengusap kepala isterinya.

"Segala salah silap sayang dah abang maafkan cuma jangan tinggalkan abang yer."Rez mengangguk.

"In shaa Allah abang."Jawabnya.

"Astaghfirullah sayangggg kenapa plastik coklat bersepah ni hm?"Assyraaf bercekak pinggang.

Mata isterinya mula berair.

"Haaa abang marah sayang kee hiks"Assyraaf menghela nafas perlahan dan didekati isterinya.

"Tak, abang tak marah sayang pun cuma janganlah buang plastik coklat merata tempat. Dah jangan nangis."Diseka lembut air mata isterinya. Ditarik Syah ke dalam pelukannya.

Sejak sejak mengandung ni isterinya jadi sensitif. Tak boleh tegas sikit nanti berair lah mata tu.

"A..abang tak sayangkan sayang dah ke?"Assyraaf menekup kedua pipi isterinya.

"Aippp apa cakap macam tu hm? Abang sayangkan isteri abang ni tau. Dah taknak nangis lagi okeyh sweetie."digesel hidungnya dengan hidung mancung Syah.

Syah memeluk tubuh tegap Assyraaf dengan erat.

"Ya Allah mana pulak isteri aku niii?"Malique mengaru kepalanya. Pening dia dengan Dira yang sekejap sekejap hilang.

Sejak bila lah bini dia ni ada kuasa halimunan?.

"Lah sayang buat apa tenung pokok pelam tu?"Malique bercekak pinggang. Dira menoleh ke arah nya.

"Abanggg nak pelam! Please Dira nak pelam."Wajah dibuat comel.

"Ha yelah tapi jangan makan banyak sangat sebab masam. Okeyh?"Gadis tu mengangguk faham. Malique memanjat pokok tersebut.

Dibawa turun dua biji buah pelam. Didekati isterinya yang teruja .

"Sayang pergi tunggu dekat ruang tamu biar abang tolong potongkan ye."Dira mengangguk dan melangkah ke ruang tamu.

"TERIMA KASIH ABANG! SAYANG ABANG!"jejaka tu hanya tersenyum sahaja. Dibasuh buah tu terlebih dahulu sebelum di potong.

Setelah siap potong, dituangkan serbuk yang dikhaskan untuk mencicah buah ke dalam mangkuk kecil.

Didekati isterinya yang menunggu di sofa ruang tamu.

"Sini abang suap."Dira membuka mulutnya apabila Malique mahu menyuap nya.

"Comel ja isteri abang ni."Diusap kepala Dira seperti budak kecil.

9. GHH | MISSION [C]Where stories live. Discover now