Perlahan lahan mata dicelikkan. Dilihat siling putih tu dan dilihat pula kaki dan tangan nya diikat di katil.
Pintu dikuak oleh seseorang. Dilihat jejaka tu yang melangkah mendekati nya.
"Apa kau nak?"Soal Rez. Dia meronta ronta untuk dilepaskan namun jejaka ni bukan mengikat nya mengunakan tali. Malah menggunakan rantai.
"Organ dalaman kau."Datar suara jejaka tu dan tergelak sinis sambil melangkah ke arah meja nya yang terdapat alatan tajam.
Bau darah di bilik tu membuatkan kepala Rez terasa menyengat. Dipandang bilik tu dipenuhi balang balang yang terdapat organ dalaman manusia.
"Tapi kenapa aku?"Jejaka yang dikenali sebagai Hakimi tu menoleh ke arah nya dengan senyuman menyeramkan.
"Kau masih mentah dan aku tahu dalam diri kau pun mesti fresh juga."Didekati Rez sambil memutarkan pisau rambo nya.
"Lepaskan aku please. Cari lah orang lainn."mohon nya. Hakimi merangkak naik dan diusap perlahan pipi gebu tu.
"Kalau aku taknak?"Terukir senyuman sinis nya. Dagu Rez terangkat ke atas apabila pisau rambo tu berada di lehernya.
"Aku mohon lepaskan aku. Aku tak kenal kau. Aku tak cari pasal dengan kau."Hakimi tergelak sehingga bergema bilik tersebut.
"KORANG PEREMPUAN SEMUA SAMAAA. HANYA MAHUKAN HARTA AKU JAA! AKU BENCI PEREMPUAN DEKAT BUMI NI!"Bengis wajahnya memandang wajah Rez.
"Kenapa? Takkan disebabkan satu perempuan, kau nak salahkan semua perempuan dekat sini. Setiap orang tu berbeza." Hakimi terdiam mendengar kata kata gadis ni.
"tipu! Korang semua hanya dekat dengan aku sebab harta dan hanya nak kikis duit aku!"Diletakkan pisau Rambo nya di pipi Rez.
"tak semua perempuan tergila kan harta. Mungkin kau masih belum jumpa seseorang yang tepat. Jangan disebabkan satu perempuan kau nak salahkan semua perempuan dekat bumi ni."Rez menghela nafas nya perlahan. Lenguh tangannya diikat.
Hakimi duduk di sebelah gadis tu.
"Dia curang dengan aku. Dia hina aku yang aku ni buruk. Dia hina aku ni tak kaya macam bf baru dia."Berkerut dahi Rez.
"Buruk apa nya. Kau hensem lah. Muka putih melepak cakap buruk. Buta itu orang."Hakimi tergelak kecil. Gadis ni pandai mengusik hati nya.
"Kalau aku hensem kenapa dia tinggalkan aku? Sebab aku tak kaya macam bf baru dia?"Dialihkan badannya menghadap gadis ni.
"Kau kaya ke tak itu bukan nya jadi masalah pun. Kalau kaya berduit tapi tak kaya adab tak boleh juga. Kan?"Dijongket keningnya.
Hakimi menganguk perlahan.
"Dah lah tak payah fikir sangat tentang perempuan tu. Eh jap asal kau tak culik dia then bunuh dia?"Hakimi tergelak lagi dan ditunjuk ke arah balang di rak.
"Aku dah ambil."Rez menelan air liurnya. Ok lelaki ni psiko. Jadi dia perlu berhati hati.
"Kau taknak lepaskan aku ke? Besok aku sekolah tau. Kasihan lah dekat aku ni."Hakimi segera membuka ikatan di kaki dan tangan Rez.
"Tapi kau perlu janji dengan aku yang kau takkan bagitahu sesiapa tentang ni. Aku akan selalu perhatikan kau faham?"Rez mengangguk.
Setiba nya dirumah dia diserbu oleh Syahla dan Dira.
"Kau pergi mana Rez? Malam baru kau balik. Risau tahu tak! Nasib kitorang tak bagitahu abang abang kau lagi."Rez mengusap belakang tengkuknya.
"Aku kena culik tadi. Tapi tak apa aku dah selamat. Aku tak boleh cerita tentang tadi. Dah aku nak naik atas."diatur langkah naik ke bilik untuk tidur.
Hakimi hanya melihat bilik gadis tu terang menerang. Dia hanya bersembunyi di sebalik pokok sahaja.
Seketika gadis tu membuka pintu balkoni. Rez melihat bintang di langit malam. Dan seketika dia memandang ke arah pokok yang berhadapan dengan balkoninya.
Hakimi melambaikan tangannya dan dibalas oleh Rez.
"Goodnight."Hakimi menganguk sambil tersenyum. Gadis tu masuk semula ke dalam biliknya.
Jejaka tu segera mengatur langkah pergi dari situ.
YOU ARE READING
9. GHH | MISSION [C]
RomanceHighest #1 in dendam Kehadiran tiga gadis ke sekolah tu membuatkan tiga jejaka tu seakan tertarik dengan sikap tiga gadis tu yang sangat berbeza dengan gadis yang lain. Dingin? Semestinya. Pelbagai cara mereka lakukan untuk memikat hati ketiga gadis...