Seminggu kemudian.
Fairel sudah kembali pulih cuma dia perlu banyakkan berehat.
"Along jangan buat kerja berat berat pula yerr"Pesan Rez melalui panggilan nya.
"Iya babygirl." Naik bosan dia mendengar pesanan tu bukannya sekali dua malah berpuluh puluh kali mereka hanya berpesan tu saja.
"Okeyh lah long, Rez tutup dulu ya. Bye along ku yang hensem"Ditamatkan panggilan nya. Fairel tergelak kecil disana.
"Aku nak keluar sekejap. Kau tak payah tunggu."Rez hanya memandang suaminya yang keluar dari rumah. Bukan dia tidak perasan sejak sejak pulang dari rumah alongnya 3 hari lepas, jejaka tu berubah mendadak.
Panggilan juga turut bertukar kepada aku-kau. Tiada lagi abang-sayang.
Rez pelik dengan sikap Xavier yang tiba tiba saja berubah. Bila difikirkan balik dimana salahnya?.
Selalunya Xavier akan bermanja dan berkepit saja dengannya tetapi jejaka tu seakan mahu menjauh darinya. Jika dulu Xavier tidak suka keluar malam kini jejaka tu sering keluar malam.
Diketuk jarinya di dagu. Tetapi dia cuba berfikir positif mungkin dia keluar mahu berjumpa dengan Assyraaf dan Malique.
Kaki diatur melangkah naik ke bilik untuk tidur.
12 malam.
BAM..BAM..BAM!
"WOI BETINA BUKA PINTU NI LAH!"Rez berlari turun dan dibuka pintu. Dilihat baju Xavier yang tidak rapi. Rambutnya serabai.
"KAU PEKAK KE HAH? AKU DAH PANGGIL BERPULUH PULUH KALI TAU TAK!"ditampar pipi Rez. Terteleng wajah tu.
"Maaf Rez tertidur."Ditundukkan kepalanya. Takut melihat Xavier yang sedang marah.
"TIDUR JA KERJA KAU! DAH MALAM NI KAU TIDUR BILIK SEBELAH!"diatur langkah naik ke bilik. Rez mahu memanggil suaminya namun dibatalkan niatnya.
Ditutup pintu rumah semula dan melangkah ke bilik sebelah. Dipandang pintu bilik mereka. Dihela nafas perlahan.
Pipi yang masih terasa sakit dipegang. Sudah lama Xavier tidak naik tangan tapi kalini jejaka tu menamparnya.
Air mata nya mengalir ke pipi mulus nya namun dikesat secepatnya. Mungkin suaminya stress. Dia harus berfikit positif.
Pagi tu Rez menyediakan sarapan sebelum mereka ke sekolah. Ditoleh ke arah Xavier yang melangkah turun.
"Abang, makan dulu jom?"Jejaka tu menoleh ke arah nya.
"Malas."Diatur langkah keluar dari rumah tersebut. Rez mengeluh.
Semasa di sekolah mereka tidak bercakap. Masing masing hanya diam sahaja.
"Cikgu nak kamu jarakkan meja ya, cikgu ada ujian untuk kamu sebelum kamu akan menduduki SPM yang sebenar. Kamu dibenarkan untuk membaca buku dahulu sebelum cikgu bagi kertas."Mereka mula menjarakkan meja dan mula membaca buku terlebih dahulu.
Cukup saja jam, mereka menyimpan buku dan dimasukkan ke dalam bag. Cikgu iyna mula mengagihkan kertas exam.
Semasa menjawab, Rez terpandang akan suaminya. Dilihat jejaka tu menyerabaikan rambutnya. Wajahnya seakan tertekan.
"Apa dah jadi dengan abg?"perlahan saja suaranya dan hanya dia yang dengari.
1 jam kemudian.
"Baiklah kamu semua boleh berhenti. Sila pastikan nama dan kelas ditulis ya. Selepas ni kamu boleh pergi makan."Cikgu iyna mula mengutip kertas exam tersebut.
"Jom Rez."mereka bertiga melangkah keluar namun langkah mereka terhenti apabila Assyraaf memanggil.
"Boleh kami join korang?"DG mengangguk seakan ada sesuatu yang tidak kena.
"Rez kau tengok apa?"tanya Syah apabila nampak sepupunya seperti melihat sesuatu.
"Tu."Dijuihkan bibirnya. Mereka menoleh.
"Itu bukan ke Leora? Orang kanan kau?"Rez mengangguk. Leora dan Xavier seakan rapat dan seperti sudah lama kenal.
Tetapi yang dia pelik Xavier tidak pernah kenal dengan Leora yang kelas dari 4 Gold.
"Hm Rez kitorang nak jujur sesuatu."gadis tu menoleh ke arah Assyraaf dan Malique.
"Sebenarnya kitorang ternampak Xavier dengan Leora dekat Club'K semalam" tersedak Dira.
"Apa diorang buat?"tanya Rez.
"Leora duduk atas peha Xavier dan Xavier hanya biarkan ja sambil dia usap kepala Leora."jelas Assyraaf.
"Macam mana korang boleh nampak diorang dekat club?"tanya Syahla.
"Kan abang cakap dekat sayang yang abang dengan Malique nak keluar beli jaket ni sebab jaket lama abang tu dah pudar warna dia. Dan kami tak sengaja ternampak Xavier dengan leora dekat Club'K."tutur Assyraaf panjang lebar.
"Hm Rez, Xavier ada marah marah kau tak?"Gadis tu menganguk.
"Ada. Kenapa?"Dira diam seketika.
"Aku tak tahu apa yang aku cakap ni betul ke tak tapi aku rasa yang suami kau kena santau dari Leora. Kau pun tahukan Xavier sukar berbual dengan orang yang tak rapat."kata kata dari Dira buatkan diorang diam.
Rez memandang ke arah Xavier yang bangun dari duduknya tambahan lagi Leora merangkul lengannya erat.

ANDA SEDANG MEMBACA
9. GHH | MISSION [C]
RomanceHighest #1 in dendam Kehadiran tiga gadis ke sekolah tu membuatkan tiga jejaka tu seakan tertarik dengan sikap tiga gadis tu yang sangat berbeza dengan gadis yang lain. Dingin? Semestinya. Pelbagai cara mereka lakukan untuk memikat hati ketiga gadis...