BAB 45

2.9K 179 3
                                    

Sudah seminggu Xavier selalu muntah muntah bahkan Assyraaf dan Malique turut seperti itu. Bila di ajak ke klinik pasti ditolak.

"Abang jom ikut Rez pergi klinik. Tak ada bantahan faham?"tegas suara Rez. Sejak dua menjak ni dia menjadi tegas pula dengan suaminya.

"Alaaa taknakkkk"Rengek Xavier. Dihentak kaki nya. Rez menekup kedua pipi suaminya.

"Tak ada bantahan faham? Kalau tak nak tidur luar malam ni lebih baik ikut apa yang Rez cakap."tercebik bibir jejaka tu.

"Okeyh fine abang ikut hm"Katanya dengan tidak rela hati.

"Dah seminggu suami saya ni muntah muntah doktor sampaikan saya pun tak tahu nak buat apa."tutur Rez. Doktor Wana memandang ke arah Rez.

"Boleh awak ikut saya sekejap?"Rez menganguk dan bangun dari duduknya mengikuti langkah doktor Wana.

"Mana isteri saya doktor?"tanya Xavier setelah doktor Wana kembali ke tempatnya.

"Tunggu sehingga isteri awak datang semula" setelah 10 minit, Rez datang dan menyerah kan pregnant test tersebut.

Doktor Wana melihat benda tu dan seketika dia tersenyum.

"Tahniah kamu sudah hamil 1 weeks. Suami kamu muntah muntah mungkin disebabkan terkena alahan. Kadang kadang suami yang akan terkena alahan ketika isteri mengandung."Xavier menekup mulut dan ditoleh ke arah isterinya.

"Yeayyy sayang pregnant!!"Dipeluk erat tubuh isterinya yang masih terkejut.

"Alhamdulillah"Doktor Wana tersenyum melihat suami isteri tersebut.

Semasa dalam kereta jejaka tu sangatlah teruja.

"Tak apa sayang walaupun abang yang terkena alahan tu sekurang-kurangnya sayang tak apa apa. Penat tau tak muntah muntah ja."Rez tergelak kecil.

"Sabar lah yer jaga Rez nanti ehehe."tangan kiri Xavier mengusap perut isteri nya yang masih kempis tu.

"Apa pun yang sayang nak nanti abang akan tunaikan"Ditoleh sekilas ke arah Rez. Gadis tu hanya tersenyum sahaja.

"Hm abang lapar nasi goreng China lah. Tengah hari tadi kita tak makan lagi"Xavier menepuk dahinya. Macam mana lah dia boleh terlupa.

"Okeyh kita pergi makan dulu. Kesian isteri kita ni lapar."Tersengih Rez.

Xavier tergelak kecil melihat isterinya yang berselera makan nasi goreng China sehingga nasi terlekat di tepi bibir Rez.

Ibu jarinya mengesat nasi yany berada di tepi bibir Rez dan gadis tu mengangkat muka.

"Makan tu jangan gelojoh sangat nanti tercekik."Rez mengangguk.

"Okeyh abang." Rasa geram pula dengan isterinya ni. Nampak makin comel mungkij aura ibu mengandung ni lain macam sikit.

"Along, Rez ada sesuatu nak bagitahu."Jejaka tu menjongket keningnya. Selepas makan tadi terus Xavier membawa dia ke rumah abang abangnya.

"Kitorang pun ada nak bagitahu juga."serentak mereka menoleh ke arah Dira dan Syahla.

"Apa benda korang ni? Cepat sikit boleh tak?"gesa Fazril entah kenapa hatinya berdegup kencang. Adiknya nak bercerai ke?.

"Serentak nak?"tanya Dira pada dua Sepupunya. Mereka mengangguk.

"Kitorang mengandung satu minggu"Ternganga mereka.

"YEAYYY KITORANG DAPAT ANAK BUAH!!!"jerit Fawwaz teruja.

"Amboi laju buat kerja."Fairel menjongket keningnya ke arah King's. Tersengih tiga jejaka tu.

"Tak tahan."jawab malique tenang dan dia mendapat cubitan di pinggang nya. Terjerit dia.

"Jadii korang tak boleh buat kerja berat berat tau. Jaga kandungan tu baik baik. Jangan lasak sangat."pesan Arashah.

"Baik abang Rash."Serentak mereka berkata.

"Abang mengantuk lah sayang."Dilentokkan kepalanya di bahu isterinya.

"Korang tidurlah sini dulu lagipun lewat ni. Risau pula kalau apa apa jadi dekat jalan nanti."Mereka mengangguk dan segera bangun.

"Kitorang naik dulu ya abang abang semua."Kelima jejaka tu mengangguk saja.

Xavier merebahkan badannya disebelah Rez dan ditarik pinggang gadis tu dekatnya. Tangan kanannya menyelinap masuk ke dalam baju Rez di bahagian perut gadis tu.

Diusap perlahan dengan mata terpejam. Rez sudah lama hanyut ke dalam mimpinya.

9. GHH | MISSION [C]Where stories live. Discover now