"tak ada sesiapa"Hakimi tergelak sehingga memenuhi kelas tersebut.
"kau.jangan.nak.tipu.aku."Ditekan satu persatu dengan mata menikam tajam ke arah gadis di hadapannya ni.
Tetapi Rez masih diam kan diri.
"JAWAB LAH!"meja dihentak dan itu membuatkan Rez terhinjut bahu.
"Bukan urusan hakimi lah! Tak payah nak sibuk boleh tak."Rez bangun dari duduknya untuk keluar dari kelas tersebut.
Tangan Rez ditarik dekatnya. Tangan kirinya melingkari pinggang Rez.
"Kau lupa siapa aku hm? Aku boleh cari siapa yang buat pinggang kau sampai lebam. jangan ingat aku tak nampak."Rez meronta ronta namun Hakimi mengeratkan lagi pelukannya.
"Lepaskan aku lah Kim"Hakimi mengeleng kepalanya dan dicium lembut pipi Rez.
"Bagitahu aku sekarang sweetheart" bisiknya. Dia tidak mahu menggunakan cara kasar dengan Rez.
"Malik."Hakimi menganguk dan dicium sekilas pipi tu sebelum melangkah keluar dari kelas tersebut.
Rez meraup kasar wajahnya dan mengejar langkah Hakimi. Setiba nya di belakang blok sekolah. Tangan Rez naik menekup mulutnya.
Hakimi menumbuk muka Malik dengan sekuat hatinya. Tangan yang di angkat untuk menumbuk muka Malik sekali lagi terhenti disebabkan ada tangan yang memegang tangan nya.
Ditoleh ke arah orang tersebut dengan mata menajam. Rez mengeleng kepalanya supaya Hakimi tidak membelasah Malik lagi.
Ditarik Hakimi ke belakang.
"Dah Kim."Nafas jejaka tu turun naik menahan amarah.
Malik mengesat darah di bibirnya dan bangun.
"Sekali lagi kau cederakan Rez memang mampos kau aku kerjakan."keras amaran diberi oleh Hakimi.
Ditarik tangan Rez ke bilik R&R. Ditolak gadis tu ke katil. Baju di pinggang Rez diselak olehnya.
"Sakit tak?"Diusap perlahan pinggang Rez. Gadis tu mengeleng kecil.
"Tak sakit dah."Hakimi mencapai minyak dan dituang ke jarinya untuk disapu di pinggang Rez.
Balik saja dari sekolah terus Rez mencapai laptopnya. Dicari maklumat tentang hakimi namun di maklumat tu hanya Muhammad Hakimi bin Abdullah berumur 19 tahun.tidak mempunyai ibu bapa. Seorang penyakit mental.
Berlipat dahi Rez. Seketika apa yang arwah bonda nya cerita kan padanya mula terimbas.
"Adik, nanti adik tolong cari seseorang ni nama dia Tunku Fazril Carlos. Abang kedua adik. Masa dia umur 3 tahun bonda terpaksa bagi dia pada Makcik Fatimah dan pakcik Hashim untuk jagakan dia disebabkan musuh Ayahda nak target dia supaya kekuatan Ayahda dan bonda hilang."
Rez bangun dari duduknya dan didekati almari. Dicari gambar yang pernah bonda berikan pada nya.
Dilihat gambar tu terdapat tiga budak lelaki yang wajah agak iras. Dia tahu yang di bahagian kiri adalah Along dan yang belah kanan adalah Fawwaz. Yang tengah ni dia pasti Fazril Carlos.
Entah kenapa dia dapat rasakan yang Fazril Carlos ni adalah hakimi. Kerna wajahnya agak iras dengan Fairel dan Fawwaz.
Seketika mata Rez terpandang akan satu kotak. Di ambil kotak tu lalu dibuka.
Mykid Fazril Carlos serta gambar gambar jejaka tu.
"Tak akan lah Hakimi tu ialah Fazril Carlos?"diketuk jarinya di dagu.
Didekati laptopnya dan dicari alamat rumah yang Hakimi tinggal dahulu.
"Ini ke rumah nya Rez?. Sunyi ja."DG memandang rumah usang tersebut. Setelah Rez mendapat alamat rumah makcik Fatimah dan pakcik Hashim terus dia bawa sepupu nya ke sini.
"Adik bertiga ni cari siapa?"DG menoleh ke arah seorang kakak.
"Hm kak boleh saya tanya. Ni rumah makcik Fatimah dengan pakcik Hashim kan?"Kakak tu mengangguk.
"Betul ni rumah makcik Fatimah dengan pakcik Hashim tapi diorang berdua dah lama meninggal sejak setahun yang lalu. Mari ke rumah akak dulu."DG mengikuti langkah kakak tu. Rumah gadis tu hanya bersebelahan saja dengan rumah makcik Fatimah dan pakcik Hashim.
"Kamu bertiga boleh panggil saya kakak Aina. Kakak ni jiran sebelah rumah arwah makcik Fatimah dengan arwah pakcik Hashim ni"DG mengangguk faham.
"Kak Aina boleh saya tanya?. Arwah makcik Fatimah dengan pakcik Hashim pernah ambil anak angkat ke?"Soal Rez.

ANDA SEDANG MEMBACA
9. GHH | MISSION [C]
RomantizmHighest #1 in dendam Kehadiran tiga gadis ke sekolah tu membuatkan tiga jejaka tu seakan tertarik dengan sikap tiga gadis tu yang sangat berbeza dengan gadis yang lain. Dingin? Semestinya. Pelbagai cara mereka lakukan untuk memikat hati ketiga gadis...