"Rez. Boleh aku masuk?"Diketuk terlebih dahulu pintu tu. Dan pintu tu dibuka dari dalam. Terpapar lah wajah kosong gadis tu.
Rez menyuruh Syah untuk masuk. Syah melangkah masuk dan duduk di atas katil gadis tu.
"Ada apa?"Soal Rez dan dilabuhkan punggung nya di kerusi seperti kerusi kerja.
"Kau dah siapkan pakaian untuk sekolah besok?"Rez mengangguk.
"Kau?"Syah turut mengangguk menandakan dia sudah siapkan semua.
"Kau masih sedih ke Rez?"Gadis tu menggeleng perlahan.
"Aku redha."Jawabnya. Walaupun sakit tapi dia harus redha agar kedua orang tuanya pergi dengan tenang.
"aku taknak sepupu aku seorang ni sedih terlalu lama. Tak baik untuk kesihatan kau."Syah bangun dari duduknya.
"Aku pergi masuk tidur dulu.. goodnight Rez. Jangan tidur lewat sangat"Syah menutup pintu bilik Rez.
Gadis tu segera mendekati katil dan direbahkan badannya untuk tidur. Besok mereka perlu ke sekolah.
"Aku tengok group sekolah tadi ada pelajar baru yang akan masuk. Tak tahu lah lelaki ke perempuan."Mereka bertiga duduk di hadapan tv sambil makan keropok.
"Pengetua tak bagitahu ke lelaki ke perempuan? Kalau perempuan boleh aku usha segak ke tidak."tutur Malique dengan mata tidak lepas dari menonton Spiderman the movie.
"Kau pantang nampak perempuan lawa sikit ada jaa kau nak usha eh."Assyraaf menjeling ke arah kawannya.
Xavier hanya diam mengingati tentang gadis tadi. Entah kenapa dia terasa ada sesuatu yang tidak kena.
Pagi tu DG bersiap untuk ke sekolah baru mereka. DG hanya pergi menaiki motor sahaja namun banyak mata yang memandang ke arah mereka.
"Itu ke pelajar baru?"Malique menoleh ke arah Assyraaf. Sahabatnya mengangkat bahu.
"Mungkin."jawabnya.
DG mengatur langkah ke pejabat tanpa memikirkan pandangan pelajar pelajar disitu.
Setelah di beri keizinan untuk masuk. DG menguak pintu tu perlahan.
"Morning pengetua."Pengetua Izzati tersenyum ke arah tiga gadis tu.
"Morning juga. Ni kad kamu bertiga. Kelas kamu adalah 5 diomand."Dia sudah tahu tentang tiga gadis ni kerana Rez yang memberitahu nya.
"Rez. Kau tahu ke 5 diomand dekat mana?"tanya Dira. Gadis tu mengangguk. Dia sudah hafal selok belok sekolah ni semalam semasa dia melihat map sekolah ni melalui laptopnya.
Setibanya di kelas 5 diomand, Syah mengetuk pintu tu. Kelas yang awalnya bising kini bertukar sepi.
"Pelajar baru? Silakan masuk dan perkenalkan diri."DG melangkah masuk. King's yang melihat dari tadi seakan terpana melihat ketiga gadis tersebut.
"hye saya Syahla"
"Saya pula Andira"
"Rez"
Terpinga pinga mereka. Takkan itu saja nama diorang?.
"Nama panjang?"Syah serta Dira menggeleng kepala mereka.
"Maaf. Kitorang tak boleh bagitahu."Tutur Syah dengan lemah lembut. assyraaf menelan air liurnya. Lemah lembutnya alahai.
"Sebelum kamu bertiga duduk di tempat kamu. Saya nak ubah kedudukan kamu menjadi dua dua."pelajar disitu sudah mengeluh.
"Assyraaf kamu bangun dan duduk disana"jejaka tu segera bangun dan duduk di tempat kosong.
"Syahla kan? Kamu duduk sebelah Assyraaf."Ternganga jejaka tu. Syahla mengangguk dan melangkah ke arah jejaka tu.
"Andira duduk sebelah Malique dan Rez duduk sebelah Xavier." Rez hanya pasrah dan duduk sebelah jejaka tu. Xavier segera menoleh ke arah lain. Hatinya berdegup kencang apabila dekat dengan gadis ni.
Yang cikgu pun satu hal. Kenapalah harini jugak dia nak ubah kedudukan pun. Selama ni tak pulak.
Rez menyandarkan badannya di kerusi sambil berpeluk tubuh.
"Hm hye saya Xavier."Rez menoleh ke arah jejaka tu.
"Rez."Xavier mengangguk perlahan. Jarang dia mahu jumpa gadis yang dingin dengannya. Kebanyakan pelajar perempuan disini tergila gilakan nya tetapi lain dengan gadis yang bernama Rez ni.
Perasan ingin tahu nama panjang gadis sebelahnya ini mula membuak buak.
YOU ARE READING
9. GHH | MISSION [C]
RomanceHighest #1 in dendam Kehadiran tiga gadis ke sekolah tu membuatkan tiga jejaka tu seakan tertarik dengan sikap tiga gadis tu yang sangat berbeza dengan gadis yang lain. Dingin? Semestinya. Pelbagai cara mereka lakukan untuk memikat hati ketiga gadis...