BAB 24

3.4K 233 22
                                        

"awal korang datang"Ke enam jejaka tu tersenyum sahaja.

"Aku nak bagitahu korang semua. Ke enam jejaka ni ahli baru Ice Dragon. Aku taknak korang layan diorang macam hamba. Layan diorang mcm family sendiri"Tutur Rez.

Kesemua anak buahnya mengangguk faham.

"Ingat jangan dedahkan identiti korang yang korang anak buah ice dragon"6 jejaka tu mengangguk faham.

"Boleh tak kitorang nak berlatih menembak?"Tanya Iskandar.

"Jom ikut kitorang"6 jejaka tu mengikuti langkah ketiga gadis itu ke bilik latihan menembak.

"Tunjuk lah sikit skill kau dalam menembak. Nak tengok jugak skill ketua ice dragon"kata Malik dan kawan kawan nya mengangguk.

"Tapi Rez"Kata kata Syahla terhenti apabila Rez membuat isyarat agar diam. Dikeluarkan pistol nya dan dilepaskan tembakan. Peluru tu terkena di titik tengah yang berwarna hitam.

"Wuih tepat"Ternganga Aryan. Yang lain tergelak melihat mulut Aryan yant terbuka. Faizul menolak dagu jejaka ke atas.

Rez memegang bahunya kerna dia menembak menggunakan tangan kiri.

"Rez kau ni kan degil betul lah tengok bahu kau berdarah lagi."Peluru Malik tersasar apabila terdengar apa yang dikatakan oleh Dira.

"Kau cakap apa tadi? Bahu Rez berdarah?"Malik mendekati gadis tu namun Rez menghalang nya dari melihat bahunya.

"Aku nak balik dulu"Rez bangun dari duduknya dan melangkah keluar dari bilik latihan tersebut.

Masuk saja ke dalam rumah dia ditengking oleh Xavier.

"KAU SINI ! DAH PUAS MENGATAL DENGAN LELAKI HAH?"ditarik rambut Rez dan ditolak ke lantai. Bahu kiri gadis tu dicengkam kuat.

"arghh sakit"Dia mahu melepaskan cengkaman Xavier namun tenaga nya tidak setanding dengan tenaga jejaka ni.

"Abang sakitt!"Xavier melepaskan cengkaman nya. Dibahu Rez dipenuhi dengan darah.

"Kau tahu sakit lepastu hati aku sakit sebab kau pergi keluar dengan jantan ingat hati aku tk sakit?"Ditunjuk gambar di telefon nya.

"B..bila masa Rez pergi mall?"Xavier tergelak sehingga bergema rumah tersebut.

"KAU TAK PAYAH NAK PURA PURA TAK TAHU LAH!! AKU NAK KAU KELUAR DARI RUMAH NI! AKU TAKNAK TENGOK MUKA KAU! AKU MUAK!"Rez tergamam dan mengangguk perlahan.

"Baiklah kalau tu yang kau nak."Dia bangun melangkah naik ke bilik untuk mengemas barang nya. Setelah selesai dia membawa bag nya keluar dari rumah tersebut.

"aku harap kau tak menyesal lepas kau dapat tahu hal sebenar."Ditutup pintu tu.

Xavier terduduk di sofa. Diraup kasar wajahnya.

"Aku nak pergi US. Jangan risau tentang aku dan jangan bagitau orang lain."Ditamatkan panggilan nya dan dipandu laju ke airport.

"Apa Xavier buat dekat Rez sampai dia pergi US?"Tersedak Dira mendengar apa yang dikatakan oleh Syah.

"What?? Xavier pukul Rez ke hah?"Syah mengeleng tanda tidak tahu.

"Dia larang kita untuk bagitahu dekat orang lain."Syahla menghela nafas perlahan.

Xavier melihat sekeliling rumah tu. Sunyi saja apabila isterinya tidak ada. Disebabkan kata katanya, isterinya pergi meninggalkan dia seorang diri.

"balik lah sayang, abang rindu"Ditundukkan mukanya. Hening saja rumah tu. Jika ada Rez boleh lah dia usik gadis tu.

Rez hanya diam di dalam private jet milik keluarganya. Nafas dihela perlahan.

"Cari siapa yang buat fitnah dekat aku. Hack telefon Xavier untuk dapatkan gambar yang dia dapat."Arah Rez malalui earpiece yang dia pakai.

Dia takkan duduk diam jika ada yang berani mahu merosakkan rumah tangga nya. Buat masa sekarang biarlah dia bertenang disini dahulu.

9. GHH | MISSION [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang