BAB 12

3.7K 235 1
                                    

"selamat pagi semua. Harini akan ada pelajar baru. Yang diluar silakan masuk."Jejaka tu melangkah masuk ke dalam kelas 5 diomand.

Wajahnya tidak nampak kerana ditutupi dengan hoodienya.

"Hakimi."Ringkas sahaja. Tiada seorang pun yang mengangkat tangan untuk bertanya.

"Baiklah kamu boleh duduk di meja hujung sana."Hakimi melangkah ke arah satu meja yang berada di tepi tingkap. Dia tidak suka kebisingan.

Rez hanya diam melihat jejaka tu. Hakimi?. Kepala Ditundukkan semula untuk bermain game.

Kring...

Sebaik loceng rehat berbunyi mereka semua melangkah keluar untuk ke cafe. Namun Hakimi hanya diam di dalam kelas. Rez melihat sekilas ke arah jejaka tu sebelum mengikuti langkah sepupunya.

Rez mengintai ke dalam kelas. Tiada sesiapa dan diatur langkah mendekati Hakimi. Botol air mineral diserahkan kepada jejaka tu.

"Hm ambil lah. Nanti perut kau masuk angin pula."Hakimi menyambut huluran gadis tu dan diletakkan botol air di atas meja.

Penutup hoodie diturunkan. Terkejut Rez dan dia segera mahu lari keluar. Malangnya tangannya direntap oleh Hakimi dan itu membuatkan dia terduduk di atas peha jejaka tersebut.

"Miss me?"Diukir senyuman sinis.

"H..how?"Hakimi tergelak kecil.

"Aku tipu pengetua sekolah ni. Umur aku dah 19 tapi aku bagitahu yang aku 17."Diusap kepala Rez. Gadis tu mahu bangun namun ditarik pinggang gadis tu semula.

"Lepaskan aku Kim"Hakimi mengeleng.

"Never."bisiknya dan digesel hidungnya di pipi gebu tu. Terdiam Rez.

"Lepaskan aku lah!"Dileraikan tangan Hakimi yang berada di pinggang nya dan bangun keluar dari kelas tersebut.

Rez menghela nafas perlahan. Bagaimana pengetua boleh tertipu oleh Hakimi?. Tapi dia tidak boleh bertindak terburu-buru. Jejaka tu berbahaya walaupun nampak biasa saja.

Diraup kasar wajahnya.

Pelik. kenapa Hakimi ambil keputusan untuk masuk kolah ni? Untuk memastikan dia tidak bocorkan tentang apa yang telah jadi?.

"Eh Rez? Kenapa duduk dekat sini? Jom lah masuk kelas."Rez bangun dari duduknya dan mengikuti langkah sepupunya ke kelas.

Dia tidak boleh bergini. Dia perlu kuat dan lawan Hakimi. Dia tidak mahu jatuh dalam genggaman jejaka tu.

Rez memakai earphone. Lagu dibuka. Disembamkan mukanya di meja dan dipejamkan matanya.

Xavier mengusap kepala Rez dengan perlahan.

Hakimi yang melihat dari tadi mengetap giginya kuat dan dipandang ke arah luar tingkap.

"Rez"Syahla mengoncangkan tangan gadis tu. Rez terjaga dari tidurnya. Dia tidak sedar pula dia tertidur dalam keadaan mendengar lagu.

"Petang ni kita pergi rumah abang kita. Katanya nak ajak kita dinner malam ni dekat rumah sana."Rez mengangguk sambil menggosok matanya.

Hakimi tersenyum nipis melihat gadis tu yang baru bangun.

"Eh? Mana yang lain?"soal Rez apabila hanya tinggal DG serta Hakimi saja.

"Diorang semua pergi tolong cikgu angkat barang untuk bilik musik. Aku malas nak pergi."Rez mengangguk faham dan Disembamkan mukanya semula.

Hakimi bangun dari duduknya dan duduk berhadapan dengan Rez. Dicubit sedikit pipi tu. Rez mengangkat muka.

"Kau ada apa apa dengan lelaki sebelah kau ni ke?"Datar suara Hakimi.

"Kawan."jawabnya.

"Kawan atau lebih?"Dijongket keningnya seakan tidak percaya yang mereka berdua hanya sebatas kawan.

"Kawan ja. Tak lebih pun."Hakimi menyerabaikan rambut Rez. Gadis tu hanya biarkan saja. Jika dilarang bukannya faham bahasa.

"Balik nanti tunggu aku."Rez mengangkat simbol okey. Sempat Hakimi mencubit pipi Rez sebelum duduk di tempatnya semula.

Bunyi loceng tamat sekolah, DG bergegas bangun mengalas bag untuk pulang. Hakimi menarik bag Rez sehingga gadis tu terundur ke belakang.

"Aku dah cakap kan tunggu aku."Dibisikkan di tepi telinga gadis tu.

Come on Rez jangan biarkan lelaki tu boleh buat apa saja dekat kau.

"Hish nak balik lah."Ditepis tangan Hakimi yang berada di bag nya dan segera mengatur langkah ke parking.

Hakimi mengepal penumbuknya dikejar langkah Rez. Dia berdiri depan gadis tu.

"Tepi lah."Tajam mata Rez memandang wajah hakimi. Dia ke kiri jejaka tu ke kanan. Dia ke kanan jejaka tu ke kiri.

"Rez cepatlah."Dilihat sepupunya sudah berada di kereta. Rez menolak Hakimi ke tepi. Pengelangan gadis tu dipegang oleh Hakimi.

"Tak payah jual mahal sangat."Diukir senyuman sinis nya.

"Lantak aku lah kau nak sibuk pehal."Direntap tangannya dan segera ke kereta sport nya.

9. GHH | MISSION [C]Where stories live. Discover now