BAB 39

2.6K 176 1
                                    

"Cari kedudukan Syah dengan Dira."Arah Cae melalui earpiece nya.

"Bilik yang pintu berwarna hitam di tingkat dua."Sebaik dia mendengar balasan Daiyan yang ditugaskan sebagai hacker, dia segera melangkah ke arah belakang markas Avanda.

Team pemanah mula menarik anak panah dan dilepaskan pada konco Avanda. Bunyi ditembak kan mula didengari.

"Boss Ice Dragon datang serang!"Avanda berdecit dibuang rokoknya dan dipijak. Diatur langkah keluar dari bilik tersebut.

Fairel menembak konco konvo Avanda yang mahu mendekati nya. Setelah selesai dia berlari ke belakang semak untuk mengelakkan dirinya di lihat oleh Avanda.

"Hapuskan diorang semua!"lantang suaranya.

Cae tersenyum sinis ditarik bom tu dan dibaling depan pintu markas tu.

BOMMM!.

Fairel tersenyum sinis dipandang adiknya yang berada agak jauh.

"Serang!"Berpuluh puluh anak buah Mafia Knight meluru ke arah konco Avanda. Ada yang melibas pedang ada yang hanya menggunakan tangan kosong sahaja.

Cae menyelinap masuk ke dalam bilik tersebut melalui balkoni. Ditembak dua konco Avanda yang berada disitu.

Didekati sepupunya dan dibuka ikatan di tangan serta kaki.

"Lompat keluar dari bilik ni. Biar aku yang settlekan Avanda."Dua gadis tu mengangguk.

"Hati hati Cae. Balik dengan selamat"Cae mengangguk dan melangkah keluar dari bilik tu melalui pintu tersebut manakala Syah serta Dira lompat dari balkoni.

Anak buah Ice dragon menyambut dua gadis tu dan dibawa ke kereta yang telah disediakan. Cae menyorok di belakang sofa  untuk mendekati Avanda dari belakang.

"Serahkan diri kau Avanda. Dah tua pun bodoh."Diacukan pistol ke arah orang tua itu. Avanda menoleh ke belakang.

"Cae huh?"Gadis tu berdecit.

"Kau lupa ke kau bodoh? Aku Tunku Farezel Caesar takkan tak ingat?"Avanda tergelak.

"Oh cucu terakhir Tunku Fazreen Carl mestilah uncle ingat. Dah besar kamu yer"Cae mendengus.

"Kau nak buang masa dekat sini ke hah orang tua?"Avanda tersenyum sinis dia menyelit kaki Cae namun gadis tu melompat.

Ditembak ke arah Avanda namun dielak olehnya. Vanda menumbuk ke arah gadis tu tetapi ditangkap kemas.

Disiku perut Vanda dan ditendang orang tua itu sehingga terbaring di lantai.

Avanda mengeluarkan pistol nya dan ditembak di pengelangan tangan Cae. Gadis tu meringis kesakitan.

"Babi punya orang tua!"Dilepaskan tembakan di dada Avanda.

Bang.

Bang.

Bang.

Tiga peluru tersemat di dada Avanda. Dipandang tubuh kaku tu dengan tiada perasaan.

Cae memusingkan badannya dan ditangkap pisau tersebut. Tapak tangannya mula mengalirkan darah.

Pistol di tangan Cae berada di perut jejaka tu. Dijongket keningnya.

Bang.

"Uhuk"Jejaka tu tertuduk dengan mulut mengalirkan darah. Cae melangkah melintasi jejaka tersebut dan diatur langkah keluar dari markas Avanda.

Dipandang suasana disitu. Kesemua konco Avanda ditumpaskan dan anak buahnya serta anak buah Mafia Knight ada yang tercedera tapi tidak terlalu parah.

"Adik. Dah tumpaskan dia?"tanya Fairel dengan nafas termengah-mengah kerana penat berlawan.

Cae membuka masknya dan tersenyum manis dengan kepala dianggukan. Fairel tersenyum.

Bang.

"Arhh"Fairel memegang dadanya. Dilihat tapak tangannya yang berdarah.

"Along!"Cae menoleh ke belakang dengan gigi diketap kuat. Dikeluarkan dua pucuk pistol di belakangnya dan ditembak gadis tu dengan penuh amarah.

Jena rebah dan terjatuh dari atas bumbung markas tu disebabkan tembakan dari Cae yang tidak terhenti henti.

"BAWA FAIREL KE HOSPITAL SEKARANG!"anak buahnya membawa Fairel ke kereta untuk ke hospital.

"Bertahan long."Dia berlari masuk ke dalam keretanya dan dipecut laju ke hospital. Hatinya risau jika apa apa terjadi pada alongnya.

"Adik, long macam mana?"tanya Fawwaz apabila tiba di hospital. Xavier meluru ke arah isterinya dan dipeluk erat.

"Long masih dekat dalam."jawabnya dengan mata yang merah kerana menangis.

"Shh sayang jangan nangis. Abang ada dengan sayang. In shaa Allah Along tak apa apa."Diseka air mata Rez.

Sejam mereka menunggu akhirnya pintu wad tu terbuka oleh seseorang. Rez sudah terlelap di dalam pelukan suaminya.

"Doktor macam mana dengan along kami?"tanya Fazril risau.

"Alhamdulillah keadaannya stabil kerana peluru tu tidak sempat menembusi jantungnya. Buat masa sekarang dia masih belum sedarkan diri lagi. Kemungkinan esok atau lusa dia akan sedar."tutur doktor Aqila.

"Alhamdulillah terima kasih doktor."Doktor Aqila menganguk dan melangkah pergi.

"Xavier, kami masuk tengok long sekejap."Jejaka tu menganguk saja sambil tangan nya mengusap kepala Rez.

"Sayang."panggil Xavier. Gadis tu tersentak dari tidurnya. Digosok matanya dan dipandang sekeliling.

Baru dia ingat yang dia di hospital dan seketika dia teringatkan sesuatu iaitu alongnya.

"Mana yang lain? Along dah sedar ke?"tanya nya.

"Diorang masuk tengok along sekejap. Doktor cakap along masih tak sedarkan diri lagi. Kemungkinan esok atau lusa dia akan sedar. Sayang nak masuk tengok ke?"gadis tu mengangguk dan bangun dari duduknya.

"Jom"ditarik lengan suaminya untuk masuk ke dalam wad. Sayu hati Rez melihat alongnya terbaring lemah di atas katil.

Jika dia tahu bergini, dia pasti tak akan mengajak alongnya untuk pergi tumpaskan Avanda.

9. GHH | MISSION [C]Where stories live. Discover now