(26 March - 12:²⁸ p.m)
Aku letak kepala atas meja. Bila nak habis kelas ni? Eherrkk.... Lama betol kelas sejarah hari ni. Nape la kena belajar sejarah? Reason sebab taknak benda sama berlaku. Iyo la. Nanti kalau benda sama berlaku la, buku sejarah adalah benda pertama aku bakar. Kenangmu akan ingat selalu. Eh!?
"Okay sampai di sini saja kelas kita", Cikgu Dyba bersuara serak tiba². Dia baca buku sejarah lama sangat. Sampai hilang suara. Lepas ni Cikgu tayang video je la.
Yeahhh!! Lagi satu kelas. Pastu habis, boleh balik. Balik! Balik! Tak sabar nak balik. Aku kemas buku Sejarah dalam loker meja. Masa simpan tu aku dengar someone gelak kecil.
Aku pusing tepi. Dia tengah tutup mulut sambil tahan gelak. Oi! Apa yang kelakarnya. Eeeerhh!! Dah la tido je tadi. Habis je kelas terus segar mamat ni! Apahal kau bangun!? Kenape tak tido sampai semua pelajar dah balik je? Biar kau tinggal kat sini sorang².
Rul: Comel
Dia cakap sambil senyum seksi. Terus aku alihkan pandangan ke depan. Kau jangan nak guna senyuman kau pulak. Aku takkan termakan. Dah la semalam buat aku sakit jantung. Tiba² pagi tadi mood dia baik. Punya mengada je sepanjang hari ni. Nak asah pensil pun suruh aku. Nak bukak botol air pun suruh aku. Nak tarik kerusi pun suruh tarik.Hishh..Takde tangan ke?!
Aku ambik buku BM. Sudah. Nape kelas akhirnya BM? Mati dia buat kelas sampai Asar japgi. UWAAA!! Nasib family aku datang lambat je. Kalau tak memang aku du.....erkk!!
Aku pandang bawah. Benda apa dia buat ni? Jangan la macam ni! Kita dalam kelas kot. Tangan Rul atas paha aku. Terus aku nak tolak. Tapi bila aku nak touch tangan dia je, dia tiba² dari pegang paha aku ke genggam tangan aku pulak. Dia genggam tu sampai terlock aku nak gerakkan jari. Aku pandang dia. Dia pandang aku semula dengan senyum nakal. Nasib handsome je.
Oi! Badrul Shah! Kita dalam kelas ye! Aku ulang, dalam KELAS! KELAS! Aku buat reaksi muka marah. Dia just gelak comel dengan senyap. Then, dia bawak tangan aku yang dia genggam tadi ke atas. Ke bibir dia.
Chup!
Hah?! Automatik aku pandang sekeliling. Classmates aku yang lain tengah buat hal masing². Fuh! Tapi aku perasan ada seorang perempuan kat meja belakang ni macam pandang ke arah sini. Aku pandang dia, dia alihkan pandangan. Sudah. Aku terus nak pukul kepala Rul dengan lagi satu tangan.
"BANGUN!!"
Dia lepas! Aishhh!! Tak sempat nak pukul. Beruk betol. Jangan la buat gini. Gulp. Aku takut orang nampak. Dah la Rul. Rul ni kalau rumor dia memang berjalan pantas. Takde satu hari tu pun yang perbualan berkenaan Rul tak berlangsung. HISH! Suka buat masalah.
"Okay duduk! Hari ni saya nak semak tentang Karangan hari Khamis sebelum kita periksa hari tu", arah Cikgu Meena dengan suara lantang dia. Suara Cikgu Meena ni memang sama volume dengan speaker. Bukan speaker ya. Nak sama je.
Wah!! Takde dah mukadimah ke? Tanya khabar ke? Terus ke pointnya. Aku check beg aku. Nak cari buku Karangan.
Rul: Baby...tolong buka
Aku: Hurm?
Aku pandang dia. Dia hulur buku Karangan dia. Hah? Oi! Mamat ni kenape teruk sangat ni? Teruk betul boyfriend macam ni. Mengada apa ni? Suruh buka buku dia pulak. Buku aku pun tak keluar lagi. Buka sendiri la.
Aku: Takde tangan ke..
Aku bebel sambil sambung cari buku note aku. Alahai dalam bag takde. Aku cari dalam loker meja pulak. Takde juga. Hah! Sudah! Mana buku aku ni.
Rul: Babbyy... buka kan!! baby....
Terus aku tutup mulut Rul dengan tangan dan ambik bag dia. Aku check dalam beg dia. Takde jugak. Eh! Aku tertinggal dalam asrama ke?! Haish! Habis la. Mesti Cikgu Meena marah ni! Dah la Cikgu Meena tu pantang kalau tak bawak or tak siap dia punya kerja. Dia marah dengan suara lantang dia. Berdarah telinga aku.
YOU ARE READING
SWEET HUBBY ( HIATUS🐊)
Romance(BOOK 2: SWEET BUDDY) Cuti pertengahan penggal pertama habis. Kembali ke sekolah! Hidup Adam makin berubah..... Adam: Aku ade boyfriend perangai beruk! "Hah? Takmau paham!!!..Baby takmau comel²....nanti I mati", 😎 Adam: BERUK!! ++++++++++++++++++++...