Nama aku Syamil tapi semua kawan aku panggil aku palemi. Sebab apa? Sebab muka aku. Walapun dia orang semua sebut macam sebutan kepala tapi asalnya tu perkataan English. Pale. Sebab muka aku ni selalu kelihatan pucat macam hantu. Terpaksa la aku terima panggilan tak seberapa enak kat telinga ni sebab muka aku je. Nasib la diarong tak panggil aku hantu.
Maka nak dikisahkan, bersekolah la aku dekat sebuah sekolah tua yang mempunyai asrama di hujung pinggiran kampung aku. Dah sekolah ni je agak dekat dengan rumah aku tapi tu pun aku kena paksa dengan ibu bapa aku untuk duduk asrama. Kata perlu berdikari dan cabaran sikit. Alahai sekurangnya bagi la aku sekolah yang ada asrama upgrade sikit ,ni pintu bilik pun ada takde je.
So, bila kau sebut je sekolah tua dan asrama tua yang berdudukan di pinggiran, mestilah orang semua fikir tempat tu keras. Betul tak? Bukan main mata kau berfungsi tengok tempat tu macam berpuaka. Banyak hantu sana sini. Setiap bulan ada je la chapter kisah seram tak diundang akan popular dalam kalangan student sini.
Maka beberapa hari ni kawan-kawan aku sering heboh kisah seram tentang "Hantu Penunggu Bilik Air" yang kononnya selalu muncul di bilik air pada tengah malam. Tapi, aku ni jenis tak pernah percaya pada perkara mistik macam tu. Yela, reka je lebih ni bila kau duduk asrama. Lagi-lagi, semua kisah seram tu akan wujud rekaannya untuk menakutkan pelajar baru setiap tahun. Memang takde keje agaknya.
Pandangan aku macam tu la pada mulanya tapi suatu malam tu aku tiba-tiba melalui kejadian aneh. Pada suatu malam, ketika sedang mengulang kaji pelajaran sorang-sorang, aku tiba-tiba terasa ingin ke bilik air.Kawan sebilik aku memang semua dah ke alam lain. Nak bising pun, jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi masa tu. Terpaksa la aku pergi juga tandas yang berada dekat hujung koridor ni.
Walaupun teringat kisah hantu tu masa nampak tandas asrama tua ni dari jauh dengan lampu yang cukup malap, tapi aku buat tak tau je la. Nak takut apa, bende tak pernah aku tengok. Nampak sangat rekaan. Aku berjalan selamba meluru koridor sambil ditemani udara dingin malam.
Selepas selesai, aku macam biasa menuju ke singki untuk mencuci tangan, tiba-tiba lampu bilik air ni berkelip-kelip. Ha dah la malap, kau nak mati pula ke. Aku bebel dalam hati. Selesai je cuci tangan aku angkat kepala dan melihat cermin. Hampir putus jantung aku bila aku melihat cermin. Di cermin, terlihat bayangan samar seseorang di belakang aku. Terus aku tersentak dan tubuh aku kaku. Bulu Roma dekat belakang aku memang dah naik mencacak tinggi. Bayangan seseorang itu berpakaian putih lusuh, dengan rambut panjang menutup mata dia. Aku hanya dapat melihat bibir pucat dia tersenyum. Dah la aku ni sama pucat dengan dia bila dalam cermin ni. Buat aku pun nampak dah macam kawan dia je.
Tiba-tiba, perlahan-lahan bayangan itu mendekati aku. Suasana bertukar dingin serta merta dan dapat merasakan bulu roma aku meremang lebih teruk. Jantung aku dah tak kedengaran macam berdegup bila gugup macam ni.
Dengan suara serak, bayangan itu berbisik, "Boleh tolong aku?"
Terus aku mula rasa panik. Dia makin tersenyum lebar. Aku cuba kekal tenang tapi tak jadi bila nampak senyuman pucat dia yang tak nampak mesra tu."Kau... kau nak apa?" soal aku terketar-ketar.
Bayangan itu semakin mendekat bila aku dah mula jawab pertanyaan dia. Dia berdiri hampir sangat dekat dengan telinga aku.
"Aku... tak tahu macam mana nak buka paip ni. Boleh tolong aku? Tangan aku basah sangat..."
Aku tergamam. "Hah? Itu je?", aku soal pelik.
Bayangan itu mengangguk perlahan, mukanya masih tampak senyum dengan serius. "Iya, paip ni macam tersumbat. Susah betul nak buka", dia sambung lagi bila tengok aku tak cuba bergerak. Tapi perasan gementar aku dah hilang lepas dengar permintaan pelik bayangan ni.
YOU ARE READING
SWEET HUBBY ( HIATUS🐊)
Romance(BOOK 2: SWEET BUDDY) Cuti pertengahan penggal pertama habis. Kembali ke sekolah! Hidup Adam makin berubah..... Adam: Aku ade boyfriend perangai beruk! "Hah? Takmau paham!!!..Baby takmau comel²....nanti I mati", 😎 Adam: BERUK!! ++++++++++++++++++++...