(23 April - Riadah Time)
(🌵 CACTUS- RUL'S Version)
Tiga-tiga baring atas padang yang hijau. Orang pertama, orang ke-2 dan ke-3. Menghadap langit indah yang biru. Hhmm? Indah? Mcm tak ya juga, aku nampak mendung je. Bnyk ye awan kelabu berkumpul hari ni. Langit yang mungkin hujan tapi tak berangin dan tanpa amaran.
"Aku tak faham" (1)
Salah sorang daripada tiga tu bersuara. Iaitu orang pertama (1).
"Apa yang kau tak faham" (2)
Jawab orang ke-2 dengan soalan. Haih.... Apa bende yang aku nk citernya ni. Takpe la, kita sambung.... Kau orang kalau tak faham nanti pun, jangan risau. Aku pun tak faham. Biasa la tengok beruk berbual, mana nak faham kecuali kalau spesies :). Kau orang spesies apa?
"Apa yang kau tak faham?" (2)
"Aku tak faham, apa benda yang kita buat", jawab orang pertama dalam nada keliru. Muka dia turut keliru. Berkerut habis raut muka.
"Kita tengah baring?" (3)
Orang ke-3 yang senyap dari tadi bersuara tiba-tiba dengan nada keliru juga. Makiiiiiiiiiiin la aku keliru 😭. Tolong!!!
"Lagi satu aku tak faham...", orang pertama hiraukan pertanyaan dari orang ke-3. Dia masih mengutara kekeliruan dia tanpa rasa malu. Membuatkan kita semua keliru termasuk orang ke-2 dan ke-3. Apa la tujuan dia?
"Apa yang kau masih tak faham?", orang ke-2 bertanya kembali dengan persoalan yang sama seperti soalan awalnya tadi. Keliru sangat agaknya sampai tanya soalan sama. Tapi memang tak akan ada jawapan.
"Aku tak faham kenapa bosan sangat",
Jawab orang pertama untuk soalan orang ke-2.Orang ke-2 buat muka konfius. Terus dia bangun dari posisi baring ke duduk. Duduk bersila. Dia pandang orang pertama dengan riak muka yang makin konfius sambil menyilang tangannya.
"Sebab kau membosankan", orang ke-3 bersuara semula dengan pernyataannya lagi. Tapi kali ni dia sedikit memerli dengan nada suara yang kuat.
"Aku tak faham kenapa keadaan sekarang sangat membosankan", orang pertama tetap memalau pernyataan orang ke-3. Dia masih mengutarakan kekeliruannya. Terus orang ke-3 pula bangun dari posisi baring ke duduk. Dia memandang orang pertama seperti orang ke-2 namun bukan dengan riak keliru tetapi riak muka geram. Dia mengetak giginya kuat. Boleh dengar ketakan giginya, geram sangat.
"Aku masih tak faham kenapa kita masih bertahan", orang pertama bersuara lagi tanpa sedar akan perbuatan orang ke-2 dan ke-3 yang merenungnya. Seorang dengan riak confuse, manakala seorang lagi dgn muka geram.
"Aku masih tak faham kena...
"SUDAH LA BODO!", terus orang ke-3 memukul bahagian atas kepala si orang pertama dengan penumbuknya.
Haih...aku TAK FAHAM apa 3 ekor ni buat sebenarnya T^T. Dari tadi diarong ni, buat bende ni. Takde keje agaknya. Orang yang lalu pun pandang macam apa la si tiga ekor badut tu buat hal dia. Ritual ke? Dah la tengah² padang, orang nak main bola pun tak jadi dah nampak creatures tak menyenangkan ni.
"Sakit la bodo, kau kenapa pukul tiba², cari gaduh ke!!?", Rul bangun duduk merengek sambil gosok bahagian atas kepala dia yang dipukul. Mulut dia dah mencebik. Comel. Comel je la, baiknya idok!
"Kau la dari tadi tak faham tak faham, aku yang tak faham bodo kau tu kenapa bodo sangatt!!!", Cikdi maki tiba-tiba dengan suara speaker dia sambil tunding-tunding jari dekat kepala Rul. Dia maki Rul tapi aku pun macam rasa dimaki sekali sebab suara dia kuat sangat.
"Aku masih pening la s*al apa yang kau cakap tadi", Oma pula memaki Rul dengan muka yang masih keliru dari tadi. Pastu mula la 3 ekor tu main tarik rambut macam budak-budak bila Rul mula tarik Cikdi dan Cikdi pergi tarik rambut Oma untuk selamatkan diri dia je. Apa masalah 3 ni, kenapa aku perlu ada kat sini untuk saksikan perangai monyet ni. Kalau tak perlu bayar ticket pun untuk show ni, aku masih tak mau tengok 😭😭 Buat aku pening je la.
YOU ARE READING
SWEET HUBBY ( HIATUS🐊)
Romance(BOOK 2: SWEET BUDDY) Cuti pertengahan penggal pertama habis. Kembali ke sekolah! Hidup Adam makin berubah..... Adam: Aku ade boyfriend perangai beruk! "Hah? Takmau paham!!!..Baby takmau comel²....nanti I mati", 😎 Adam: BERUK!! ++++++++++++++++++++...